Sang Freud Press dengan berbesar hati menjemput anda semua ke pelancaran 28 Hari: Jurnal Rock n Roll oleh pemuzik Indie, Mohd Jayzuan (Bloodymary, Free Love), pada 12 Jun 2010, bertempat di Anexxe, Central Market, jam 4-5.00 petang.
'28 Hari: Jurnal Rock n' Roll'. Sebuah buku yang menceritakan pengalaman Mohd Jayzuan mengembara mengelilingi Semenanjung Malaysia seorang diri. Buku tersebut menceritakan tentang apa yang dilaluinya sepanjang perjalanan dan sebab-sebab mengapa dia mula mengembara.
Pelancaran akan dibuat oleh Fathullah Luqman Yusuff. Pelancaran ini akan diiringi persembahan oleh pemuzik-pemuzik indie Mysthicus, Beeha, Ainul Aishah, Faan dan Khottal
Buku Mohd Jayzuan
Antara pembeli terawal buku ini:
Yuna
Noh Hujan
Loque Butterfingers
Mira Tilu
Moga kehadiran saudara saudari akan lebih memeriahkan majlis.