Seperti yang dijanjikan sya cuba memanjang cerita ini. Andai kata ada tersilap dan terasa anggaplah satu gurau saja. Ampun maaf dari sya ekk...
BAB 1
Alkisahnya…… BAB 1 “Kau jadi ke pergi nanti?” tanya qimi pada kay yang sedang kyusuk membelek buku novel ditangannya. Hilang sekejap dan tidak menghiraukan sekeliling. “Insyallah, aku pergi. Kau macam mana.?” Pertanyaan itu diaju kembali kepada qimi. “Mestilah pergi. Tengah bulatan tu. Sepanjang aku berkenalan dengan banyak penulis dan blogger ni belum pernah gathering di buat tengah bulatan jalanraya. Lagipun Putrajaya tu. Harap-harap masa tengah makan-makan tu lalu lah pulak Tok Najib ke, Hishamuddin ke. Kan besttt!!!” Dengan penuh harapan qimi menyampaikan impian dan harapannya. “Kau ni! Angan-angan lebih.” Rungut kay sambil berlalu ke kaunter pembayaran. “Alahhh..jeles lah tu.” Qimi pun merungut dengan layanan kay yang tak layan tu. “Uncle! Berapa diskaun ni?” kay mengunjuk 3 buah buku novel yang tebal. Jangan Bersedih, Bercinta Lagi dan Andai Kau Jadi Milikku sudah berada dalam genggaman. “Haiyahhh! adik manis. Hari-hari mau diskaun kah?” uncle Maniam yang separuh umur itu mengeleng kepala beberapa kali. “Uncle jangan kedekut tau. Saya sudah banyak tolong uncle jual buku tau. Sini pun sudah jadi markas untuk pembaca novel tau.” Ugut Kay sambil menayang wajah cemelutnya. “Adik manis, itu perkataan markas jangan cakap kuat sangat. Nanti orang ingat ini tempat untuk orang simpan bom punya.” Usik uncle Maniam. “Apa uncle ni, memang sini markas kita oranglah.” Sampuk qimi tak puas hati. Ada nada geram disitu. “Sudahlah adik-adik manis, saya bagi itu persen 20 juga. Jangan marah ahh…” cepat saja uncle Maniam membeli hati qimi dan kay yang merenung tajam. “Jom kay, lain kali kita jangan datang sini. Kita pergi kedai lain. Biar padan muka uncle Maniam ni.” Ugut qimi sambil menarik tangan kay. “Alahhh…jangan marah adik manis. Saya gurau saja. Baiklah ini tempat sudah jadi markas untuk adik manis okey. Esok jangan lupa bawa kawan-kawan.” Pujuk Uncle Maniam beriya-iya. “Tau takut.” Senggih qimi dan kay. |