CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11311|Reply: 62

Main game burung hantu...

[Copy link]
Post time 28-6-2010 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Ni aku ada cerita baik punya masa aku form 5 sekolah teknik tahun 2003. Ni sekolah baru bukak, dan aku batch yg ke 4. Alkisahnya, dekat sekolah ni ada 3 blok yg ber'link'. Blok A ada 3 tingkat yg merupakan blok pentadbiran. Semua bilik guru, pengetua, koperasi, bilik kebal, kaunseling apa kejdah semua nya dekat blok ni. Blok B lak ada 4 tingkat yang merupakan kelas semata2. Manakala blok C lak adalah blok makmal fizik & kimia, 3 tingkat. Ketiga2 blok ni ber'link' and parallel antara satu sama lain. A & B ber'link' kat kiri, kanan dan tengah bangunan dan B & C hanya ber'link' dekat tengah je. Setiap aras ada link dia. Panjang blok B ni lak adalah 10 bilik darjah dan semua blok adalah sama panjang. So boleh bayangkan eh mcm mne struktur blok2 ni.

Bila dah dikatakan sekolah teknik ni, mostly semuanya duk hostel. Samalah macam aku. Time ni aku ni setiausaha pengawas sekolah dan asrama. Kena lak time tu f4 dulu aku best student skolah. Nak riak jap. Hahaha... So bila dah nama pengawas, aku duk satu dorm dengan bebudak pengawas yg lain.

Satu hari tu, di malam jumaat, asrama mmg akan buat bacaan yassin dan ceramah agama between Maghrib dan Isya' kt surau yg merupakan surau sekolah juga. Kiranya surau ni besar yg amatlah sbbnya ada dua tingkat utk jemaah pompuan. Macam biasa, klu time bacaan yassin atau ceramah, mostly bebudak lelaki akan lepak kat luar surau. Ada yg borak, baring even tdo pun ada juga. Tapi dia org x dibenarkan balik ke kawasan asrama atau gi dewan makan.

So yg kita org bebudak pengawas ni pun bukannya baik sgt pun. Selalu juga ngelat bacaan yassin n ceramah. Lagipun klu bebudak pengawas hilang, org tak syak apa2 sbbnya mmg kita org ada jadual tuk ronda dorm ke dorm utk pastikan xde sapa yg skip surau. Sorry mukadimah lama sgt, just nak bg gambaran sekali lintas keadaan sekolah teknik tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2010 08:46 PM | Show all posts
Cerita bermula.....

Ada satu malam jumaat tu, aku cadangkan kat bebudak pengawas lain, apa kata kita main burung hantu kat kawasan sekolah time bacaan yassin tu. Lagipun bukannya jauh sekolah dgn surau, dalam 100m je. So bila dah ajak mengajak ni, akhirnya kita org dpt 8 org pengawas yg nak join. Ada 3 org yg offer tuk tunggu bawah just nak cover line, while 6 lagi gi amik posisi masing2 dekat 3 blok yg berlink td. Untuk maklumat, wlupun 3-3 blok ni dekat ngan surau, tapi kawasan dia mmg gelap gelita. So yg 3 org jaga line ni nama dia Omar, Daus dan Din. Sementara Farhan duk aras 3 blok pentadbiran, aku kat aras 4 blok kelas, Kadar kat bawah aku aras 3, Faiz kat aras 3 blok makmal dan Acap kat bawah Faiz aras 2. So syarat main dia masing2 kena duk kat koridor aras masing2 sehingga Azan Isya'. Ikutkan time tu adalah lagi dlm 30 minit je. Korang pun boleh bayangkan, macam mane panjangnya blok2 tu dengan dlm keadaan gelapnya lagi. So mmg x nampak pape lah. Pada sesetangah tempat je yg ada sayup2 cahaya lampu jalan yg samar2.

So cerita ni kita mulakan dengan pengalaman setiap org yg terlibat. Aku cuba ceritakan sedetail yg boleh supaya korang boleh gambarkan sendiri apa yg kita org alami.

Bermula dengan 3 org yg jaga kat ground level tu. Ikut cerita dia org, lps kita org naik ke aras masing2, Daus dan Din tetiba trasa busan dekat bawah. So dia org ingat nak jalan2 jap. So tinggallah Omar sorang2. Bila Omar ni dah duk sorang2, dia pun jalan2 lah juga dekat ground level just nak hilangkan busan dia. Sehingga lah satu ketika, dia berenti dekat depan pintu stor yg berkunci di Blok A. Then dia duduk sambil bersandar kat pintu tu sambil main game ular kat tepo 3310 dia. Tetiba, dia dgr duit syiling jatuh ke lantai n guling2 ke arah dia. Yang buat lagi gempak, bunyi tu dr dlm stor tu, n duit tu guling2 ke arah pintu tempat dia sandar. So dia ingat mungkin perasaan dia kot tp still dia dah x sdap hati. Tetiba dia dgr suara aku jerit kata "Omar, jom balik". Dia pun peliklah kan, asal lak tetiba aku ajak balik. Dia panggil aku smula, tapi aku tak nyahut. So dia ingat mungkin kita org ni mmg dah balik surau. Dia pun dgn marahnya, terus ke surau sbb kita org main tinggalkan dia org2 je kat sekolah tu....

Cerita Faiz lak yang duk kat aras 3 blok makmal. Katanya masa dia duk sorang2 kat situ, tetiba dia rasakan ada benda dtg dekat ngan dia. So dia pun jalan lah dr hujung ke hujung just nak hilangkan khayalan dia tu. Benda tak nampak lagi, tp boleh rasa. Then bila tiba kat tengah makmal, tetiba dia nampak someone lalu dekat link blok kelas ke blok makmal sambil bawak cota. Dia ingatkan guard walaupun kita org semua tahu, guard takkan ronda dekat blok skolah time2 camni. So apa lagi, dia pun trus lagi terbongkok2 ke penghujung blok yg ada tangga, then nyorok dekat situ. Kebetulan dekat tangga tu ada susunan meja bertindih. So dia pun nyoroklah bawah meja tu. Katanya mmg jelas dia nampak org bercota tu sebab between dia dgn org tu tak sampai 10m. Bila dia duk bawah meja tu, dia boleh dgr bunyi tapak kaki yg menghampiri ke tangga. Time ni dah cuak habis, janganlah sampai kena tangkap. Tapi kan, dalam pada mengira jarak tapak kaki yg semakin hampir, katanya bunyi tapak kaki tu just melepasi laluan tangga tapi TAKDE org pun yang lalu. Maksudnya benda tu terus jalan kat koridor tu tanpa belok ke tangga. Untuk pengetahuan, selepas tangga adalah toilet yg berkunci. Dia dah start cuak, harap2 bukan khayalan semata2. So dia still duk kat celah2 meja dengan harapan cepatlah azan isya' ni. Tetiba... dia dgr bunyi syiling jatuh dari tandas sblh tangga tu dan guling2 menuruni tangga. Amik ko!! Dah lah x nampak pape sebab gelap tetiba duit syiling guling2 lak dtg arah dia. Terus dia turun bawah, cari Acap kat aras bawah dia tp x jumpa, then dia trus ke ground floor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 08:47 PM | Show all posts
Cerita Acap lak yg duk kat aras bawah Faiz di blok makmal. Menurutnya, time dia tgh duk menebeng kat koridor tetiba dia dgr bunyi syiling jatuh dari hujung blok sambil guling2 ke arah dia. Dia ingatkan kita org ni pakat nak kenakan dia. So dia buat muka toye je lah, janji x kena gelak dgn kita org. Tapi kan, dalam gelap2 tu, dia dapat rasakan bunyi syiling tu berguling dr jauh menghala ke dia. Agak2 bunyi tu dlm beberapa meter lagi dr dia, tetiba syiling tu terberenti. Bunyi dia mcm syiling golek2 setempat n senyap. Bila dia kata klu syiling tu tak sampai 3-4 meter dr dia, tp xde pun syilingnya, trus dia dah trasa smacam sgt2. Tah macam mne, dia nampak ada org tgh berjalan dkt dlm makmal. Blkg makmal ni surau yg dlm 100m tu, cahaya lampu surau tu menembusi tingkap makmal and kata Acap, dia nampak jelas ada org berjalan dlm makmal tu. Tak laju, tak perlahan. Macam berjalan biasa. Apa lagi, dia pun truslah trun ke ground floor.

Cerita Farhan di blok pentadbiran lak. Untuk makluman, koridor blok pentadbiran dgn blok kelas ni bertentangan. Basically, Farhan boleh nampak aku ngan Kadar sbb kita org duk di koridor yg bertentangan. Tapi kata Farhan, lepas dlm 15 minit gitu dia duk bersila kat lantai, dia pun berjalan lah dr hujung ke hujung smbil ngendap dlm bilik guru. Bila dah busan, x tau nak buat apa, dia ingat nak tengok borak dengan Kadar sebab dia org ni satu aras. Tapi dia tak prasan lak Kadar time dia jalan dr hujung ke hujung tadi. Mungkin dia ingat Kadar duk kat lantai kot. Tu yg dia tak nampak sbb tembok koridor halang. Lagipun Kadar ni agak gelap banyak, so mestilah dia tak nampak sbb gelap kan koridor tu. Mula2 dia panggil nama Kadar, tapi Kadar tak sahut. Masih lagi di aras 3 blok pentadbiran, dia panggil aku lak yg berada koridor tentang dia tp tingkat atas. Pun senyap. Dalam hati, cilaka korang sbb tinggalkan aku sorang2 dekat sekolah. So tuk pastikan, lalu kat link tu menghala ke aras Kadar, di carinya sekali lalu, Kadar xde kat aras dia. Sah, dia org mmg pakat nak tinggalkan aku kat sekolah ni. So dia pun trun lah ke ground floor.

Cerita Kadar, tak banyak yang berlaku dkt dia. Katanya, sma macam yang lain, dia dgr bunyi syiling jatuh dr jatuh golek2 menghala ke dia. Tetiba dia nampak kelibat aku turun tangga dr 'link' hujung. Serius katanya, mmg aku yg trun tangga tu. Kadar panggil nama aku, tapi aku wat de je. Itu kata dia lah. So bila dia dah tgk aku blah, so dia pun trus blah juga lak. Xde masanya nak duk sorang2 dkt situ lagi. Dah lah br skjp td dia dgr syiling golek2. Wlupun x sedap hati, dia anggap tu just khayalan dia je. Tak mungkin lah syiling boleh golek2 ni.So dia pun trun ke ground floor.

Habis cerita budak2 tu, sekarang cerita aku lak. Masa tgh menunggu tempoh game ni habis, aku x tahu entah kenapa, aku rasakan mcm masa lambat sgt berlalu. Ikutkan 30min bukanlah lama mne pun. Dah penat aku berjalan dr hujung ke hujung blok. Peraturan game ni pun just boleh bergerak pada aras msg2 je. Tak boleh jumpa org lain. So apa lah sangat boleh buat kan. Kebetulan aku ada bawak phone 3310. Then aku amik port dkt hujung koridor, sila atas lantai mengadap ke penghujung koridor yg 1 lagi. Sebelah kanan aku tangga. Sebelum tangga toilet. Pintu terbuka je. Tak kisah lah lagi. Time ni perasaan tak pernah terpikir apa2. So aku pun mainlah game ular. Tengah2 khayal main game, tetiba aku dengar bunyi syiling jatuh dr penghujung koridor. Serius, dapat budget mmg bunyi tu dr hujung. Time tu aku dah terpaku jap. Senyap sekejap. Terasa mmg lgsg x dgr bunyi apa2. Time ni aku cuba tangkap balik, betul ke td dgr bunyi syiling jatuh? Dalam pada cuba fokuskan apa yg aku dgr td, tetiba dgr bunyi syiling golek2 dr hujung menghala ke aku. Time tu mmg darah dah gemuruh sgt sbb aku yakin bukan khayalan lagi. Semakin lama semakin dekat, jantung pun mcm dah nak jatuh. Dalam hati kata janganlah tetiba muncul benda yg tah apa2. Sbbnya jarak penglihatan dkt situ x lbh 3m. Tengah2 gelabah tu, xde pun aku terfikir nak lari ke apa. Kaku je kat situ sambil kepala duk anggar jarak syiling yg semakin dekat bunyi dia. Tetiba duit tu terberenti dekat depan toilet. Yang paling bestnya, aku dapat rasakan duit tu dlm 2m je dr aku. Tetiba... PANG!!! Pintu jamban dlm toilet tertutup. Mmg mcm nak pengsan aku jadinya. Dgn menggelupuhnya, aku trus lari ke tangga yang berada di sebelah aku, nak cari Kadar yg ada kat aras bawah aku. Since aku dkt belah hujung blok, aku jalan laju2 di aras 3. Ingat mungkin Kadar ada dkt penghujung blok. Masa lalu dkt tgh blok, untuk pengetahuan ada tangga di tengah blok. Tetiba aku nampak Kadar tengah kocoh2 turun tangga. Aku panggil dia sruh tunggu. So dia berenti, toleh aku sambil sengih2 busuk. Tanya ko nak ke mana, tak dijawabnya, trus dia lari turun dr aras 3 ke aras 2. Aku kejarlah kan, tgh takut time ni. Bila aku kat aras 2, tgk kadar dah hilang. Pelik jap, mcm mne boleh hilang. Ikutkan, kalu dia lari samada ke kiri atau kanan, aku still boleh nampak dia sbb nak ke penghujung blok dr tgh blok ni ada 5 kelas. Lagipun time aku tegur dia kat tangga, jarak tak lah jauh sgt. Aku kat aras 3, dia lak kat tgh2 between aras 3 n 2. So berapa saat lah dia boleh hilang klu nak lari dari aku pun. Masa aku kat tgh tangga td, aku nampak kadar keluar ke aras 2, so aku yakin dia mesti nyorok dekat aras 2 juga. So aku pun berlarilah sampai ke penghujung blok, x jumpa. Tetiba dgr bunyi tapak kaki berlari dekat tingkat atas. So aku pun naiklah tingkat atas, aras 3. Xde sesapa. Sunyi je. So dr tempat aku depan tangga tu, aku jenguk ke koridor bawah aku, nampak Farhan, Kadar, Acap, Faiz n Omar tgh terbongkok2 berlari menuju ke tangga belakang aku, tp dia org dkt aras bawah aku je. Aku jeritlah "HOI", semua dongak arah aku sambil tersengih mcm dah terkantoi, terus masing2 lari lintang pukang ke tangga. Dalam hati aku time ni, cilaka korang takutkan aku td. So aku pun kejarlah dkt tangga tu. Dari tangga atas, aku boleh nampak dia org berlari turun tangga yg sama tp bawah selevel dr aku. Kejar punya kejar, aku sampai ke ground floor. Tgk dia org dah hilang. Bayangkan, aku dkt penghujung blok, toleh kiri tgk dia org xde. Time ni dah terang sikit. So aku bajet mesti dia org lari blkg blok. So aku pun gilah blkang blok, lagilah xde sesapa. Patah balik ke tangga td, barulah nampak kesemua org yg tgh lari terbongkok2 tu berkumpul dkt penghujung blok. Tgk pun dia org reramai nak blah. Sekali lagi aku "HOI" lah sruh tunggu. Kali ni mmg dia org tgg. Sampai je kat dia org, aku marah2 kata korang main tipu. Mana boleh jumpa org lain. Masing2 dah muka pelik sbb tgk aku pun dah pelik. Kebetulan masa aku nampak dia org tgh berkumpul tadi, azan Isya' pun berkumandang. So kita org pun geraklah ke surau. Tgh otw, tanya Kadar asal ko lari td masa aku panggil ko? Dia kata bila masa lak dia jumpa aku? So aku ckplah sekian sekian. Dia kata xde jumpa sesapa pun. Dalam kepala kata, PULAK DAH!! Tak puas hati lagi, aku ckp ms aku trun tangga td, aku nampak korang semua tgh lari terbongkok2 kat aras bawah 2. Baru je sekjap td. Then Omar kata, dia org dah lama ada kat bawah. Jerit2 nama aku dr bawah tp aku x sahut. So dia org ingat aku dah balik surau awal2 lagi dah. Tu yang dia org nak blah masa aku panggil td. Bila masa dia org jerit2 nama aku pun, aku x dgr. Ok fine. Lepas semayang Isya', masa prep aku buka cerita apa yg berlaku. Dari mula sampai akhir. Masing2 dah tercengang. Lepas aku cerita psl syiling golek2 tu, barulah masing2 buka cerita apa yg dia org alami. Persamaannya, semua org kena kacau dgn bunyi duit syiling bergolek. So tak boleh nak kata bunyi tu hanya khayalan je. Hanya Farhan je x dgr bunyi apa2.

Lagi pelik, lps Daus dan Din jalan2, masa dia balik ke tempat Omar td, tgk Omar dah hilang. So dia org assume Omar dah balik surau. Tapi dekat surau, dorang x nampak Omar. Mungkin Omar duk dalam kot sbb dia org ni jenis lepak belakang surau je. Tetiba dia nampak Omar dtg dr arah sekolah. Omar marah2. Kata kenapa balik tak bagitau? Penat je tunggu sorang2 dekat sekolah. Daus cakap lah yg dia gi tempat Omar td tp Omar dah xde. Tu yang dia org trus balik surau. Then Omar tanya mana bebudak lain? Sebab dia nak sound kaw-kaw kononnya kita org ni nak kenakan dia. Daus kata x nampak pun kita org kat surau. So time ni Omar msuk dlm, cari2 port kita org slalu lepak tp muka2 yg main game burung hantu ni xde. So dia ingat mungkin kita org msih kat sekolah lg. So dia pun patah balik. Omar ni jenis yg setia kawan. Dia takkan tinggalkan kawan kat belakang. So time kat sekolah tu lah dia nampak satu2 trun ke ground floor. Tak payah nak panggil, mcm dah dirancang je. So dia org berkumpul, tanya aku mana? Then si Kadar kata dia nampak td aku dah trun tangga. Mungkin dah lari balik surau. Omar kata aku xde kat surau td. Mgkin lari gi jamban kot, kata Acap. Tiba2 azan berkumandang, then dgr aku jerit "HOI" dr jauh...

******************************************************


Begitulah cerita game burung hantu di malam jumaat. Padan muka kita org, balasan ponteng baca yassin. Al kisahnya, mmg sekolah tu berpuaka, dikelilingi pokok kelapa sawit. Banyak kisah terjadi. Itu akan diceritakan kemudian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:13 PM | Show all posts
serammm....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:17 PM | Show all posts
teringat zaman sekolah dulu..masa tu sekolah vokasional sekarang sekolah teknik, tempat memang jauh dari penempatan boleh dikatakan tempat jin bertendang.. memang banyak kes histeria berlaku.. tapi alhamdulillah tak pernah mengalami sendiri, cuma pernah membantu kawan-kawan yang histeria..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:29 PM | Show all posts
aku ada citer tp aku sebagai fasilah....sebagai student xde pon pengalaman2 camni.....masa buat aktiviti burung antu kt student2 ni ada la tertangkap sekeping dua gabar berentiti....nnt aku upload tgk ramai2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-6-2010 09:32 PM | Show all posts
sori penyampaian cerita tak menyeramkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 09:54 PM | Show all posts
Kisah lain, bagi seorang anak warden pompuan. Warden ni muda lagi. Ada anak pompuan umur dlm 4 tahun. Anak tunggal. Dan warden ni duk dkt aras bawah blok aspuri. Mmg dah jadi kebiasaan, anak pompuan ni dibiarkan main sorang2. Ye lah, klu ke mana pun, budak ni tetap dlm kwsn sekolah juga. Lagipun, yg kita org tak suka dgn warden ni sbb dia ni jenis suka tinggalkan anak dia. Dia laki bini keluar tah mana2, disuruhnya bebudah student main dgn anak dia. Pandai betul. Sampaikan kdg2 waktu mlm anak dia dibiarkan tdo dlm dorm dgn bebudak lain.

One day, budak ni main basikal sorang2 time maghrib dkt sebelah blok aspuri mengadap ladang kelapa sawit. Tetiba dia nampak org lelaki tersandar dkt dinding dgn badan muka penuh darah. So dia pun lari balik uma, bagitau mak dia kata ada org berdarah dkt luar. Sbg warden aspuri, mak dia ingatkan ada student yg berdarah. So berlarilah dua beranak ni ke tempat org darah tu td. Tapi xde. Beria budak tu kata mmg betul ada org berlumuran darah siap mintak tolong lagi. So apa lagi, truslah mak dia tarik anak dia ajak balik.

Hah!! Tu lah, dibiarkan lagi anak tu berkeliaran waktu maghrib. Nasib baik x kena sampuk budak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 09:59 PM | Show all posts
kalau aku pon dulu2 zaman sekolah kalau jadi mcm tuhh dah ngelupur dahh ..... terkujat sioott pintu kena hempas mcm tuhh.... mesti berterabur lari punyerr..... citer ko nihh seram gaks....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 09:59 PM | Show all posts
Reply 6# zorokencoro


    jangan lupa tepek kat sini tau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 12:52 AM | Show all posts
seram gak

karangan ko best
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 09:43 AM | Show all posts
Beraninya korang ..mujur kena usik mcm tu je...mau kena sembunyik saje je jadi kes naya




Tapi karangan cete nafham best ... susunan ayat best ...tak sia2  bagitau  best student dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 11:47 AM | Show all posts
bestnye story...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 12:12 PM | Show all posts
sorry, serius aku baca ulang2 blk, wlupun ada typo hrp2 korang paham jln cerita tp aku lg berharap karangan aku ni lbh dramatik wlupun aku x pandai bercerita. =)
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 12:31 PM | Show all posts
Reply 14# nafham

penyampaian ko ok bro...kirenya sampailar kat palotak aku...boleh bayangkan tiap detail yg ko bagi tu...
tp yg x bestnyer aku dh naik seram lak mmbayangkannyer...ngehngehngeh...
kesimpulannyer korg kene kacau ngan hantu duit syiling lar nie??? ngehngehngeh...
ader ker antu duit syiling??? x pernah dgr pun...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 12:44 PM | Show all posts
detailnyeeee TT cerita sampaikan aku terasa2 mcm ada di tempat kejadian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 12:56 PM | Show all posts
seram gak... kira korang mmg kuat semangat laa... kalau aku.. mau da membisu sampai ari esok baru citer..
tp.. nak kata macam korang kena sorok pon ader.. sebab memasing x nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 01:22 PM | Show all posts
huwa takutnya.. keep up la TT. memang terasa takutnya membaca cerita ko.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 01:22 PM | Show all posts
TT, ape sebenarnya tujuan ko main burung antu nie selain nak escape dr baca yassin?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 01:44 PM | Show all posts
takut gak citer ni..tapi kurang best sbb korang tak nampak entiti..kot2lah ada yg terserempak ngan cik pon ke, cik lang ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060219 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list