View: 18828|Reply: 109
|
4 tahun bercinta tapi endingnya xbest
[Copy link]
|
|
Hai uolls,
Aku baru lepas putus cinta hari selasa tu. Hari ini, hari aku dengan ex aku sepatutnya gembira celebrate annversary kitaorang yang ke 4 tahun. Tapi apa leh buat jodoh dah xder
Semua ni berlaku sebab perkara yang kecik. Minggu lepas, dia dapat kerja kat Bintulu. Bila aku dapat jer berita tu aku speechless. Aku nak kata melarang tak juga tapi berat hati sangat nak lepaskan dia. Jadi, everyday dia yakin kan aku yang dia sememangnya akn setia dan tak akn tinggalkan aku. Aku masih lagi dengan perasaan bodoh aku. Hari-hari aku meroyan, aku xbanyak cakap, bila kol jer nangis, bila msg jer aku akn bg hint supaya dia xterima kerja tu. erm, aku xder niat langsung nak menghalang. Tapi dah tersiaran langsung aku mmg menghalang.
Hari-hari gaduh, tiba-tiba hari isnin tu aku terlepas cakap yang dia langsung tak nak berkorban untuk aku sedangkan dulu aku pernah berkorban untuk dia. Aku lepaskan peluang belajar kat Universiti Awam gara-gara xnak berjauhan dengan nya. Isnin depan (5hb) dia dah report duty kat Bintulu. Aku jd stress lah malam tu, tiba-tiba aku cakap lebih baik aku & dia putus jer. Keesokan paginya, aku masih degil xnak kol & msg dia. Bila petang aku msg dia yang aku nak jumpa dia. Dia tanya kenapa & sempat warning, kalau nak berbaik jangan harap.. No Turning Back katanya.Aku degil jugak, aku jumpa dia. Mula-mula aku tunjuk ego aku, lepas tu aku hold tangan dia tapi berat hati aku nak cakap merayu dia balik. Tiba-tiba dia cakap yang dia dah tak ada hati, cinta, sayang terhadap aku. Aku terkejut, 4 tahun kami susah senang bersama tapi dalam sehari jer dia boleh lupa semua. Bila aku tanya kenapa?? dia jawab, dia nak hidup single. Bercinta bg nya hanya membuang masa, sakitkan hati & mmbazir duit. Dia nak fikir ttg masa depan & hati dia benar-benar tertutup untuk aku dan semua perempuan. Baginya, Aku first & last. Masa aku tengok muka dia penuh dengan ego, tp dlm masa yang sama aku tau dia tak rela aku pergi darinya. Dia bosan dengan aku, aku ni pengongkong, tak mmberi kebebasan, tak menyokong & aku sentiasa meragui kesetiaanya.
Bila dah balik rumah, dia kol aku utk pastikan aku selamat sampai. Bila aku tanya, dia ambil berat ker? dia jawab tak, cuma takut aku mati keluarga aku salahkan dia & dakwa dia. hmm, takkanlah keluarga aku nak buat macam tu. Aku merayu-rayu sampai dah tak tau nak cakap apa. Dia tetap dengan pendiriannya xakan berbalik dengan aku sbb dia mmg dah xcinta aku lagi. Aku masih lagi degil & dia pun setuju dia akn berbalik tp harap aku jangan mengharap sbb dia hanya nak aku senyap jer, dia kata bercinta dgn aku skalipun tp di hatinya kosong. Aku benar-benar sedih, dia cinta pertama aku dan ini kali pertama aku putus cinta.
Malam tadi aku request kat dia memandangkan xlama lagi annversary, aku suruh dia pretend seolah-olah kmk ni happy couple. Tu lah perancangan yang paling gila aku buat, sbb aku lah org yg paling terluka. Bila dia kol, xlah dia hepi sangat tp bg aku cukuplah dia jawab setiap semua ucpn yg aku ucap. Aku tnya dia, adakah dia masih cinta aku? dia cakap masih tp sikit jer. Aku kecewa dengar & aku cakap aku beri masa kat dia andai ingin kembali bersama aku. Dia menolak dan terus cakap perkara yg sama xsuka aku lagi.
Aku tak tau nak buat apa.. aku tak tau macamner lah nak hidup tanpa dia. Susah senang kami sama, ketawa menangis tp dia lupakan aku terus. Aku tak tau lah perasaan dia sekarang tp aku tau dia xmain-main . Aku buntu, aku tau salah aku. Aku insaf dengan apa yg pernah aku buat kat dia. Aku tau aku tak menyokong tp aku xpernah control hidup dia. Dia selalu bahagia dengan aku. Aku tetap nak ambil hati dia tp aku pun rasa nak lupakan jer dia.. Tolong aku selesaikan masalah aku.. ex aku org yg setia. Dia xpernah sakiti aku tp kadang bila marah dia suka jerit aku.. ehmm.. terima kasih kerana membaca |
|
|
|
|
|
|
|
klakar plak cite nie... |
|
|
|
|
|
|
|
dah silap sendiri..
terima jer la kenyataan..
agaknya selama ni dia pun dah puas bersabar dgn kerenah TT..
biarkan la dia pergi..
harap TT x meratap/meraung lama2 .. |
|
|
|
|
|
|
|
ko tunggu jelah dlm sebulan dua
bf ko mesti cari ko balik
jika dia x jmpa gurl lainlah masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# ctzeed
ok ler tu......kegagalan ko n bf mungkin membuka dua peluang org lain lak b'temu jodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
dia masih cintakan TT sebenarnya...
tp skrang ni kerja is the 1st place kat hati dia..
antara kerjaya dgn makwe, aku sure lelaki akan pilih kerjaya...
tak mcam pompuan...sanggup bekorban...
apa yg ex TT tgh buat skrang..
keraskan hati utk menidakkan perasaan dia pada TT
sbb dia nak kejar kerjaya dia tuh...
kalo kat bintulu sana xder makwe lain kacau...
tak mustahil dia akan balik pada TT
buat masa skrang TT redha jer apa keputusan dia...
jgn tunjuk kita ni kalut & terhegeh2 sgt....
mmg sakit beb putuih cinta....rasa mcm something tercekik kat dada ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# cupin001
tajul gi berak...... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ai jadi bf yu pun, ai akan break up jugak. :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# tajul186
xnak oper diri ke..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# tajul186
orang laki ni pikir camni "kalo aku korbankan kerjaya ni demi cinta,lum tentu aku akan kawin ngan dia.tapi kerjaya ni pasti".
so elok la tu dia pentingkan masa depan. kalo gf aku dok halang aku pun,dah kene sembur dah. sila bagi lelaki mencapai kerjaya & tak perlu kontrol dorang bab2 ni.
hanya lelaki faham perasaan lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
Reply tajul186
xnak oper diri ke..?
cupin001 Post at 1-7-2010 15:13
dh agak dh akan ada org tnye cmgini....hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctzeed at 1-7-2010 16:36
Tq beri komen suma. Aku tau salah aku, tapi bila dah setiap hari bahagia tiba-tiba jer jd macam nie.. erm iman jer jd pegangan kalau xder iman huh, gerenti aku dah pikir nak cederakan diri.
Aku tak pernah nak menghalang kerjaya nya. Cerita dia begini, company aku pernah supply manpower kat company ex aku dapat ni. Orang yang jg contract tu adalah aku. Apa yg ex aku dapat pun bukan nya permanent, tp contract. Kalau permanent aku xpernah nak menghalang sekali pun. Sepanjang aku jg kontrak tu, dari awl sampai akhir aku dengar keluhan pekerja kat sana. Tambah lagi dengan management kat sana hampeh. Dulu ada staff pompuan, department dia xguna khidmat dia lagi relex2 jer dia kena terminate.
Nasib suma org berbeza tp daripada dia menggadai masa depan dia kat sana, sekurang-kurangnya kerja dia sekarang tetap biarpun swasta. Time dia interview, ada sorang staff comp. baru kata dia permanent staff. Aku terkejut lah bila ex aku cakap mcmtu, dulu dia contract staff mungkin dlm hati aku dia dah diserap masuk. Aku tnya kawan-kawan aku yg contract staff kat sana jugak. Dorang cakap ler, laki yg mention diri dia dah permanent sbnrnya masih contract. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# Orange_7491
terima kasih oren. Sy pun rasa dia masih cintakan saya.
Saya terima dgn redha, tapi ttp berdoa agar hubungan ni dapat kembali.
Saya cakap kat dia, andai hatinya terbuka aku sentiasa setia menanti.
Dia kata mungkin bukan sekarang, tp satu hari kelak.
Lepas berpisah dgn dia, xmungkin aku terbuka hati utk org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply tajul186
hanya lelaki faham perasaan lelaki
B.K Post at 1-7-2010 15:42
kans.... |
|
|
|
|
|
|
|
komen aku: banyak yang bercinta..bertahun tahun putus juga
ku harapkan dgn dirimu..walaupun singkat pendekatan(ikut nada lagu JANGAN BILANG TIDAK)
konklusi: jodoh belum kesampaian kots..semoga TT BERTABAHLAH!!! |
|
|
|
|
|
|
|
taknak
nanti career disekat
tajul186 Post at 1-7-2010 16:39
Hmm, terasa aku |
|
|
|
|
|
|
|
komen aku: banyak yang bercinta..bertahun tahun putus juga
ku harapkan dgn dirimu..walaupun singkat ...
ctsueraya Post at 1-7-2010 16:41
Insyalah aku tabah menghadapinya.
Hidup mesti colourful |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|