saje nak memeriahkan suasana...mintak maaf kalau ada kekurangan...sbb ni 1st time daku cuba mengarang cerita...mmg pasti akan banyakkkk kekurangan...harap2 ada la yang suka... cite ni adalah sebahagian dari sejarah hidup aku dan di tujukan khas untuk sorang insan yang pernah singgah dalam hidup ini...
Terngiang2 bait2 lirik lagu dari kumpulan Slam yg baru berkumandang di stesen radio sinar. Mengingatkan aku pada kenangan lalu. Terbit kekesalan dalam diri yg tak mungkin ku lupakan selagi ada hayat di dunia ini.
November 1999… kali pertama aku melihatnya. Seorang pelanggan yang hampir pasti setiap hari datang berurusan di bank tempat aku bekerja yang bertempat di pekan Kuah, Langkawi. Tiap kali dia melangkah masuk…tiap kali itulah mata lelaki2 yg ada di dalam bank ini akan terarah kepadanya. Sesekali dia kelihatan agak kekok bila melangkah masuk. Mungkin juga dia juga menyedari setiap langkahnya diperhatikan.
Ya… dia juga yg berjaya membuat hatiku tak keruan tiap kali matanya terarah kepadaku…mungkin juga dia pun sedar aku sering mencuri pandang padanya. Dia tidaklah seorang gadis yang terlalu cantik. Orangnya sederhana. Kulitnya tidaklah terlalu cerah, tidak juga kategori gelap. Penampilannya juga sederhana, berjubah dan bertudung labuh. Sekali pandang macam student, kekadang macam cikgu. Tetapi entah kenapa hampir semua lelaki disini bagai dipukau tiap kali dia datang. Ada sesuatu tentang dirinya yg menarik perhatian… hmmm… ntahlah… kadangkala mengundang cemburuku bila kawan2ku asyik bercakap tentangnya walaupun aku tidak mengenalinya secara dekat.
Satu hari aku terdengar perbualan rakan2 yang masing2 menyatakan rancangan untuk mengenali dirinya. Aku jadi tak keruan. Ada juga yg menyatakan akan buat sehingga dia cair dipangkuan mereka. Entah kenapa darahku menyirap. Adakah aku dah jatuh hati padanya? Aku tak pasti! Tapi naluriku kuat untuk melindunginya dari menjadi mangsa kepada rakan2ku yg bernafsu rakus.
Sebulan berlalu…aku masih dibuai mimpi indah untuk melindunginya..tanpa aku sedar, itu Cuma angan2 yang belum aku laksanakan. Sedangkan ada diantara rakan2ku sudah mula menghubunginya dan dari cerita2 yg disampaikan dia seorang yang peramah dan mudah diajak berkawan. Aku mulai kembali resah. Aku mesti bertindak sebelum terlambat. Lalu ku cari rekod syarikat tempat dia berkerja, dan ku catit nombor telefon pejabat tempat dia bekerja. Tapi bagaimana? Aku tak tahu pun namanya?
Nombornya ku dail… terdengar talian disebelah sana berjawab…
‘hello… USAHACOM SDN BHD di sini’
Dadaku berdebar…apa aku nak cakap ni?
‘hello… errrr… boleh saya cakap dengan…emmm…sape yg yg selalu datang RHB bank tu?’
Di sebelah sana menjawab ‘ooo… ok..kejap ye’
Aku bertambah debar…
Dia: ‘hello…ye…sape ni?’
Aduhhhh… lembutnya suara…lembut yang bukan dibuat2…
Aku: ‘errr…ye..ye..saya...errr… saya Tahir dari RHB Bank’
Dia: ‘ye.. ade ape ye?’
Jantungku bagai nak pecah. Alamak!! Apa aku nak cakap ni?ah!! belasah je la…
Aku: ‘err… saje je call… selalu nampak awak datang bank..tapi tak tau nak panggil apa?’
Dia: ‘panggil saya kaklong je… bos saya pun panggil kaklong…’ katanya sambil tertawa halus…
Dia: ‘ade apa hal ye call saya ni?’
Aku bertambah gelabah… nak cakap apa nih?
‘err…saya nak kenal awak boleh?’
Dia: ‘nak kenal? Kan dah kenal? Hari2 saya pegi bank..takkan tak kenal lagi?’ guraunya…
Hah!!! Boleh tahan loyar buruk gak minah ni!!
Aku: ‘errr…tu kenal orangnya je..nama tak tau pun’
Dia: ‘Panggil je saya Syafina…’
Aku: ‘errr… okey… Syafina…sedap nama… boleh saya call awak lagi lain kali?’
Dia: ‘boleh…saya tak kisah..er…saya pun dah nak balik ni’
Aku: ‘okey2… nanti saya call lagi’
Dia: ‘Assalamualaikum’
Aku menjawab salamnya… Fuhh!! Lega… itulah permulaan bagi hubungan kami… kalau sebelum ni..dengan hanya melihatnya aku dah angau… lepas bercakap dengannya…aku bagai orang gila… apa saja yang ku buat…aku asyik terfikirkan dirinya… wajahnya… suaranya… hayunan langkahnya…segalanya menarik perhatianku.
la ni dok tulis cite ikut tajuk lagu plak ya? cam cite dlm tv plak..lpas satu...satu cite hantu kuar huhuhu..jgn mare ya!!! nanti kena jual hahaha..ingat cite p.ramlee
kekadang bkn krn sesorang tu cantik/jelita boleh membuatkan lelaki tu terpikat tapi ada sesuatu pd dia yg membuatkan org mudah jth hati..selalu gak jumpa org cam ni..tak lawa (baik lelaki @ pompuan) tapi bila pandang manis aje