CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4016|Reply: 17

Saya juga Melayu : Zaid Ibrahim

[Copy link]
Post time 8-7-2010 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by book_khaki at 9-7-2010 12:50

Hi,
BK baru saja habis review 1 buku Saya Juga Melayu-Zaid Ibrahim. Mula2 nampak buku ni ingatkan macam buku biasa saja, tp makin lama BK baca.. wah, menarik juga. Banyak benda yg BK tau pasal Zahid Ibrahim lepas BK baca buku ni.

Zaid ada bagitau kenapa dia letak jawatan sebagai Menteri, keluar UMNO lepas 23 thn dia join dan ada yg desak dia suruh keluar dr rumpun Melayu. ishh.. sampai mcm tuh sekali. Pada BK, buku ni mmg menarik, berani dan seronok untuk dibaca sebab dia membolehkan kita memahami kemelut politik, ekonomi dan sosial di Malaysia sekarang.

4 bintang BK bagi pada Saya Juga Melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 07:55 PM | Show all posts
wah... x baco lg r
tp cm best gak... berkembang cket pemikiran kte
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 11:55 PM | Show all posts
Reply 2# syaiful

yea.. sgt menarik utk di baca. ada dlm BM & BI

boleh beli kat sini utk dapat potongan harga


http://www.booqc.asia/index.php?option=com_virtuemart&page=shop.product_details&flypage=flypage_books.tpl&category_id=91&product_id=478&Itemid=1


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 11:59 PM | Show all posts


cover depan buku tuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:51 AM | Show all posts
wah, buku terlaris ker...
self declare eh,,.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 11:27 AM | Show all posts
Bukan Zahid, Zaid.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2010 12:50 PM | Show all posts
Reply 6# bery


   sori.. dah edit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 12:51 PM | Show all posts
Reply 5# syaiful

terlaris la... BK suka baca buku ni.. buka mind kejap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 01:16 PM | Show all posts
teringin gak nk bc...sllu tgk kt MPH tp xde keinginan nk belek buku ni...

but wonder nape dia letak tajuk saya pun melayu...
boleh TT ulas sikit mengenai buku ini???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 01:43 PM | Show all posts
Reply 9# ako_chan

rugi tak baca... dia byk cerita kat kita pasal politik kat Malaysia..

better ako_chan beli, baca & lps tuh bole tau nape Tun Mahathir ckp buku ni sampah
For me, its quite interesting...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 01:46 PM | Show all posts
As BK tau, ada 4 objektif nape Zaid tulis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:38 PM | Show all posts
story la view yg ko dapek dari pembacaan ko
kupas la cket2
sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 12:46 PM | Show all posts
dah beli beli, tapi x baca lagi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2010 02:10 PM | Show all posts
baca la... rugi kalo beli lps tuh simpan daja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 10:02 PM | Show all posts
Objektif 1:
” Hanya dengan ilmu mereka dapat mengatasi kejahilan tentang perkara-perkara asas… Membaca Utusan Malaysia sahaja tidak akan mengembangkan pemikiran mereka…Membaca memang menambah ilmu. Dan ilmu itulah yang akan menukar nilai dan pandangan.Itulah yang memajukan orang Melayu”.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 10:02 PM | Show all posts
Objektif 2:
“Buku ini cuba mengingatkan kita bertapa bahayanya perkauman dan nilai fasis yang bahaya…biarlah orang Melayu jangan menjadi ekstrem, jangan menjadi ganas, dan jangan menjadi budak upahan pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab yang selalu mengapi-apikan perpecahan dan perkauman. Kita kaum dan bangsa yang bermaruah, dan inilah masanya kita tunjuk kepada mereka yang rakus kuas dan sombong bahawa Melayu ada harga diri dan Melayu mahukan keamanan dan kesejahteraaan untuk semua (peace and harmony for all).”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2010 10:03 PM | Show all posts
Objektif 3:
“…demokrasi di negara kita adalah demokrasi ‘kangkong’, iaitu demokrasi murahan (cheap democracy). Kita digelar demokrasi kerana kita ada pilihan raya lima tahun sekali. Itupun dengan penuh muslihat dan rintangan. Ciri-ciri negara demokrasi yang bebas dan rakyat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi masih belum wujud di negara kita. Malaysia juga banyak undang-undang tetapi semuanya berteraskan keadilan. Undang-undang tanpa keadilan adalah instrumen atau alat untuk melakukan kekerasan dan kekejaman terhadap rakyat. Oleh itu rakyat mestilah bersatu hati memperkuatkan tekad mempertahankan sistem yang berteraskan keadilan yang hanya ada dalam demokrasi yang tulen (genuine democracy).”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 10:07 PM | Show all posts
Objektif 4:
“Lebih-lebih lagi kalau kita anak orang kebanyakan yang bukan dari golongan ternama atau bangsawaan yang sudah ada nama dan pangkat. Kejayaan yang dicari mestilah berasaskan kepada keupayaan (ability) dan usaha gigih (effort). Tidak ada kejayaan yang dicapai oleh mana -mana bangsa di dunia ini dengan hanya bergantung kepada hak istimewa ataupun dengan pertolongan kerajaan semata-mata. Ianya bergantung kepada sesuatu bangsa untuk memilih cara hidup yang sihat, nilai yang baik, sanggup bersaing dan usaha yang kuat dan berterusan. Ketahanan kita sebagai kaum dan bangsa yang bermaruah sering diuji dalam dunia moden sekarang ini kemanusiaan menjadi bergitu realtif sekali”.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.072976 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list