CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 37370|Reply: 22

Doa penguat/pemulih semangat

[Copy link]
Post time 22-7-2010 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Aku tulis thread ni kat board ni sebab aku sepanjang aku kat sini aku perasan ramai yg kat sini yang boleh tahan pandai bab2 agama, jadi aku nak minta nasihat korang, walaupun sebenarnya apa yang berlaku takde kaitan dgn misteri atau paranormal.

Baru2 ni rumah aku kena rompak, dan aku actually berdepan dgn perompak tu dan dia pukul aku. Sampai sekarang aku trauma, dan bila keluar rumah aku jadi macam paranoid, dan selalu perhatikan org kot2 org itu adalah perompak yg memukul aku.

Jadi aku nak minta tolong, kalau sesapa boleh kongsi doa pemulih atau penguat semangat sebab mmg sampai sekarang aku hidup ketakutan. Kalau aku kat rumah, aku takut tiba2 ada org tiba2 ceroboh rumah aku dan pukul aku sekali lagi. Kalau aku kat luar dan nak balik rumah, aku takut kalau tiba2 masa aku balik, rupanya ada org dah masuk rumah aku. Memang aku hidup tak tenteram la.

Aku juga nak minta tolong, siapa2 tau doa pendindingdiri? Doa untuk keselamatan dan harta benda atau doa2 yg sewaktu dgnnya.

Terima kasih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 08:27 PM | Show all posts
aku tak tau doa2 khusus yg boleh ilangkan trauma
tu kena tanya forumers yg lebih arif
tapi dlm keadaan kita rasa takut, trauma, tertekan etc, paling bagus kalau kita ingat (zikir) Allah..
dgn zikir fikiran & hati boleh jadik tenang & insya allah tuhan bagi kita kekuatan & keberanian
boleh juga baca doa 'Tolak Bala'. boleh rujuk kepada buku Doa2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 12:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by te_peng at 23-7-2010 00:38

1. Itu baru kena rompak, kalau yang kena rogol bgmnkah traumanya? Lagi teruk smpi gila. Ok, secara umumnya doa adalah satu terapi jiwa. Yang penting faham maksud doa dilafaz....dgn lafaz2 yang baik kita melantun keluar melalui suara penuh pengharapan...di dengar oleh telinga, disaksikan oleh hati maka ia meresap dalam jiwa. Dgn ucapan2 yang baik maka ia dpt meredakan ketenangan jiwa. Jadi bangunlah di tgh mlm berdoa sungguh2 dikuatkan semangat.

2. Kaedah lain boleh diguna spt terapi minda bawah sedar atau hypnoterapi...ia spt juga konsep doa diterang di atas.

3. Kalau doa tu banyak, bace Fatihah pun lagi bagus. Atau doa2 pelindung spt, Bismillahillazi... atau Doa Anas r.a ketika berhadapan Hajjaj Saqafi. Doa doa ini elok diamalkan. Kemudian bnykan berselawat, tasbih spt Tasbih Fatimah yg diamal stiap lepas solat dan sblm tidur. Utk tulisan arab boleh rujuk dlm buku2 doa.

4. Kalau rawatan tradisional biasa mandi dgn air yg telah didoakan.

5. Belajarlah ilmu pertahanan diri. Dgn belajar ilmu tersebut keyakinan diri kita lebih bertambah.

6. Cuba bergaul dgn ramai orang.......pertama pergi masjid bergaul dgn masyarakat masjid/surau. Semua itu dpt menenangkan hati dan lama kelamaan bila hati kuat maka hilanglah penyakit takut tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:40 AM | Show all posts
Amalkan bacaan Doa Tammah
                  

"Aku berlindung diri dengan kalimah- kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya dan seksaanNya dan dari kejahatan hamba- hambanya, dan dari gurisan-gurisan syaitan dan dari kehadiran mereka itu."
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:03 AM | Show all posts
Reply 4# Saat

yg saat ckp tu yg ni ke...
   
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:55 AM | Show all posts
Reply  Saat

yg saat ckp tu yg ni ke...
dn_vision Post at 23-7-2010 08:03



   yer..betul laa nie laa dia doa tammah yang lengkap. ada yang pendek pun ada. kena amalkan setiap pagi dan ptg dalam bilangan ganjil 3x, 7x. 11x atau 21x.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2010 09:09 AM | Show all posts
kesian kat tt ..
semoga bertambah kuat semangat ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 06:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by nist02 at 23-7-2010 17:31

Dipetik dari website Darussyofa.

Sy sendiri mengamalkannye...

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Klik disini untuk mendengar bacaan doa ini - http://www.darussyifa.org/audio/PendindingAyatPengerak.mp3

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 07:16 PM | Show all posts
Harap2 TT boleh amalkan ayat yg nist02 pos tu....mmg ayat tu sgt bagus utk perlindungan...dan kena yakin tiada apa yg memudaratkan tanpa izin ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by gondang_9 at 24-7-2010 13:55

yup doa2 diatas bagus diamalkan lepas solat subuh & asar.

selain tuh boleh amal zikir nih

"Hasbunallahu wa ni'mal wakil"
"Hasibiyallahu wa ni'mal wakil"
"Cukuplah bg kami Allah sebagai penolong dan sebaik2 pelindung"
"Cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik2 pelindung"
boleh rujuk quran - Ali-imran(3) : 173


zikir ditutupi dengan "ni'mal maula wa ni'mannasir"
"Sebaik2 di dalam melindung & sebaik2 dalam menolong"
boleh rujuk quran - Al anfal(8) : 40




Insya-Allah  semoga bermanafaat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 03:39 AM | Show all posts
yup doa2 diatas bagus diamalkan lepas solat subuh & asar.

selain tuh boleh amal zikir nih

"Has ...
gondang_9 Post at 23-7-2010 20:22



   bagus info ni....minta izin untuk disalin dan amal. semoga saudara diberkati Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 12:01 PM | Show all posts
Salam.

Aku tulis thread ni kat board ni sebab aku sepanjang aku kat sini aku perasan ramai yg kat ...
tengku_juh Post at 22-7-2010 07:30 PM


mu baca ayat kursy jer doh .....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 01:53 PM | Show all posts
bagus info ni....minta izin untuk disalin dan amal. semoga saudara diberkati Allah.
Saat Post at 24-7-2010 03:39


Amal jer .. janji sebutan tuh betul ...Kalamullah/kata kata Allah kan..

yang penting sekali adalah niat kita... nk zikrullah / ingat akan Allah S.W.T ... masa yang same kita niat ingin pinta pelindungan dan pertolongan dari dia..

Yup ayat qursi pun boleh amal juga... yang bagus bace lepas solat fardu... kalau waktu kita rase resah pun bagus baca...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 02:47 PM | Show all posts
la hawwa wala quwwata illa billah...

amalkan ayat ini juga boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 04:55 PM | Show all posts
1. Itu baru kena rompak, kalau yang kena rogol bgmnkah traumanya? Lagi teruk smpi gila. Ok, secara umumnya doa adalah satu terapi jiwa. Yang penting faham maksud doa dilafaz....dgn lafaz2 yang baik kita melantun keluar melalui suara penuh pengharapan...di dengar oleh telinga, disaksikan oleh hati maka ia meresap dalam jiwa. Dgn ucapan2 yang baik maka ia dpt meredakan ketenangan jiwa. Jadi bangunlah di tgh mlm berdoa sungguh2 dikuatkan semangat.

2. Kaedah lain boleh diguna spt terapi minda bawah sedar atau hypnoterapi...ia spt juga konsep doa diterang di atas.

3. Kalau doa tu banyak, bace Fatihah pun lagi bagus. Atau doa2 pelindung spt, Bismillahillazi... atau Doa Anas r.a ketika berhadapan Hajjaj Saqafi. Doa doa ini elok diamalkan. Kemudian bnykan berselawat, tasbih spt Tasbih Fatimah yg diamal stiap lepas solat dan sblm tidur. Utk tulisan arab boleh rujuk dlm buku2 doa.

4. Kalau rawatan tradisional biasa mandi dgn air yg telah didoakan.

5. Belajarlah ilmu pertahanan diri. Dgn belajar ilmu tersebut keyakinan diri kita lebih bertambah.

6. Cuba bergaul dgn ramai orang.......pertama pergi masjid bergaul dgn masyarakat masjid/surau. Semua itu dpt menenangkan hati dan lama kelamaan bila hati kuat maka hilanglah penyakit takut tersebut.
te_peng Post at 23-7-2010 00:25


yups..... hamba sokong 100%.....  saudara te_peng nihh banyak ilmunya... insyaallah boleh digunakan segala saranannya.... kalau tuan Thread nihh dok JB, hamba buatkan air penenang insyaallah.... bagi hilangkan trauma dan ketakutan..... kalau berminat hamba ajarkan 'self defense system' dalam diri iaitu kaedah pernafasan..... insyaallah terhindar dari kezaliman yang nyata dan tidak nyata....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:37 AM | Show all posts
yup doa2 diatas bagus diamalkan lepas solat subuh & asar.

selain tuh boleh amal zikir nih

"Has ...
gondang_9 Post at 23-7-2010 07:22 PM


Bagus gak ayat ni.. thanks for sharing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2010 02:42 PM | Show all posts
AKu tumpang jeh la thread ni..
Boleh ye TT?

Ada kawan aku cakap ayat 7 tu panas betol ke?
Kununnya kalau baca hari2 nanti mudarat diri
Tapi selama aku amalkan ni Alhamdulillah takde apa pun
Ke aku yang sengal tak perasan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:49 PM | Show all posts
AKu tumpang jeh la thread ni..
Boleh ye TT?

Ada kawan aku cakap ayat 7 tu panas betol ke?
Kununnya kalau baca hari2 nanti mudarat diri
Tapi selama aku amalkan ni Alhamdulillah takde apa pun
Ke aku yang sengal tak perasan?
kekure Post at 26-7-2010 14:42


Ayat 7 baik diamalkan.... AYAT 7 juga dipetik dari petikan ayat Al-Quran.... bilakata AYAT AL-QURAN maka, tiadanya sejuk atau panas sebenarnya... semuanya sama.... amalkan ianya atau boleh dijadikan zikir juga sebagai pendinding diri insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 05:29 PM | Show all posts
Reply 15# edy137


Taklah byk mane sekadar berkongsi2 sedikit maklumat dan pengalaman serta bertolong-tolongan. Berkenaan ayat 7, yang dikatakan panas begini, saya bagi contoh pada Ayat Kursi, kenapa bila orang kerasukan kita baca Ayat Kursi? Selain ianya disebut dalam Hadith ianya berdasarkan pengalaman ulama terdahulu. Apabila dibaca jin terbakar, musnah dan sebagainya, maka dari situ orang kata Ayat Kursi panas.

Walhal tiada dalil dari Quran Hadith kata barangsiapa amal sekian2 jadi panas. Maka benarlah apa dikata tiadalah ayat Quran panas sejuk. Kemudian yang kata ada panas sejuk? Ianya berdasarkan pengalaman orang spt saya sebut di atas. Bahkan kalau kerasukan dan kita baca doa makan pun maka ia menjadi mudarat bg jin jikalau kena pada orang yang membacanya. Jadi panas atau sejuk bukan perkara yang wajib diimani. Maka dari situ timbul satu kaedah - ayat tidak memberi bekas bahkan Allah jualah berkuasa - dari situ pula datangnya kaedah ilmu tauhid. Maka lahirlah keagungan ayat Allah dan ilmuNya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 05:46 PM | Show all posts
Taklah byk mane sekadar berkongsi2 sedikit maklumat dan pengalaman serta bertolong-tolongan. Berkenaan ayat 7, yang dikatakan panas begini, saya bagi contoh pada Ayat Kursi, kenapa bila orang kerasukan kita baca Ayat Kursi? Selain ianya disebut dalam Hadith ianya berdasarkan pengalaman ulama terdahulu. Apabila dibaca jin terbakar, musnah dan sebagainya, maka dari situ orang kata Ayat Kursi panas.

Walhal tiada dalil dari Quran Hadith kata barangsiapa amal sekian2 jadi panas. Maka benarlah apa dikata tiadalah ayat Quran panas sejuk. Kemudian yang kata ada panas sejuk? Ianya berdasarkan pengalaman orang spt saya sebut di atas. Bahkan kalau kerasukan dan kita baca doa makan pun maka ia menjadi mudarat bg jin jikalau kena pada orang yang membacanya. Jadi panas atau sejuk bukan perkara yang wajib diimani. Maka dari situ timbul satu kaedah - ayat tidak memberi bekas bahkan Allah jualah berkuasa - dari situ pula datangnya kaedah ilmu tauhid. Maka lahirlah keagungan ayat Allah dan ilmuNya.
te_peng Post at 26-7-2010 17:29


Ya Allah bang Te_peng.. saya cukup mengagumi statement bang te_peng... saya tau bang te_peng pon ada belajar nihh... kongsi2 kan lah ilmu saudara itu... insyaallah kita dapat manfaat bersama....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.065371 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list