CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Kelantan] Dua lelaki didakwa bunuh warga Kemboja

[Copy link]
Post time 18-10-2021 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki didakwa bunuh warga Kemboja[size=0.8][size=0.9]Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my


Dua lelaki termasuk seorang warga Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan Mustapha, Kampung Penambang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR




Kota Bharu: Dua lelaki termasuk seorang warga Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada 3 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu warga Kemboja, Nasri Roza, 29, dan Mohd Faiza Akma Md Noor, 36, di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu masing-masing bekerja sebagai tukang rumah dan pencanting batik didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dengan niat telah melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian Sovann Arozak, 40.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Mustapha, Kampung Penambang di sini, antara 9.30 malam hingga 10 malam, pada 3 Oktober 2021.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang membolehkan mereka dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sharifah Amirda Shasha tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua mereka dan memohon tarikh untuk laporan forensik.

Mahkamah menetapkan 24 Januari tahun hadapan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, perselisihan faham mengenai bayaran upah membaiki tandas dipercayai menjadi punca seorang buruh binaan warga Kemboja dipukul hingga mati oleh rakan senegaranya.

Mangsa cedera di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Pada prosiding sama, Nasri turut didakwa berada di Malaysia tanpa sebarang pas masuk sah bertempat di hadapan kedai runcit di Bukit Marak di sini, pada 11.20 pagi 5 Oktober 2021.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan tidak lebih daripada enam sebatan.

Mahkamah menetapkan 25 November depan untuk tarikh fakta dan jatuh hukuman.

Disiarkan pada: Oktober 18, 2021 @ 4:42pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 3.717879 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list