View: 1809|Reply: 1
|
WithU Yamaha RNF Racing sedia gegar litar musim depan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) akhirnya mengumumkan kerjasama bersama syarikat berpangkalan di Itali, WithU bagi meneruskan perjuangan untuk musim 2022.
Pasukan itu kini akan dikenali dengan WithU Yamaha RNF Racing Team yang dikendalikan oleh Datuk Razlan Razali.
Dalam perkembangan yang sama, pasukan dari Malaysia itu turut memaklumkan bantuan daripada Yamaha Motor Co. Ltd pada musim 2022 dan mungkin akan disambung untuk dua musim seterusnya 2023 dan 2024 dalam kelas perdana.
Pasukan itu mengikat perjanjian lima tahun dengan Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) bersama WithU Yamaha RNF Racing Team dan akan terus bersaing sebagai pasukan sehingga 2026.
Razlan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan komitmen WithU yang sudi menjadi penaja utama pasukan itu.
"Ia akan menjadi sejarah baru dengan jalinan kerjasama bersama WithU Yamaha RNF. Europe Energy adalah salah satu daripada dua penaja pertama kami untuk pasukan Petronas SRT pada 2018.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Matteo Ballarin selaku presiden Europe Energy Group dan Lin Jarvis (Yamaha) atas kepercayaan mereka kepada saya untuk meneruskan perjalanan luar biasa ini," katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan RNF Racing akan mendapatkan bantuan penuh dari Yamaha dengan menggunakan jentera Yamaha YZR-M1 dengan menyandarkan harapan kepada Andrea Dovizioso dan pelumba Moto3, Darryn Binder yang akan beraksi dalam kelas utama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-litar-musim-depan |
|
|
|
|
|
|
|
RAZLAN (kiri) mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan komitmen WithU yang sudi menjadi penaja utama pasukan itu. FOTO Ihsan Facebook Yamaha Racing |
|
|
|
|
|
|
| |
|