CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1286|Reply: 1

[Johor] Cuti pegawai, anggota bomba Johor dihadkan 10 peratus

[Copy link]
Post time 31-10-2021 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Cuti pegawai, anggota bomba Johor dihadkan 10 peratus[size=0.8]Oleh Essa Abu Yamin - Oktober 31, 2021 @ 1:31pmbhnews@bh.com.my


Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis ketika melawat pameran aset dan peralatan menyelamat JPBM Johor di BBP Muar, hari ini.- Foto NSTP/ Essa Abu Yamin



MUAR: Cuti pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor dihadkan hanya 10 peratus, berikutan persediaan sekiranya berlaku situasi banjir luar biasa pada musim tengkujuh, kali ini.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis, berkata perkara berkenaan tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa yang akan dikeluarkan oleh JBPM.

"Sekiranya musim tengkujuh melanda, maka permohonan cuti anggota akan dibekukan serta-merta.

"Jika keadaan mendesak, waktu bekerja giliran pegawai dan anggota akan ditukar daripada 12 jam kepada 24 jam bagi meningkatkan jumlah keanggotaan harian anggota," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Pengendalian Bot dan Jurumudi Sempena Kesiapsiagaan Musim Banjir Negeri Johor di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, di sini, hari ini.

Yahaya berkata, di Johor sebanyak 33 balai bomba dan sebuah pos kawalan bomba di Benut, Pontian yang menempatkan seramai 1284 pegawai serta anggota dan dibantu 149 anggota Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang bertugas mengikut giliran ketika ini.

"Jika berlaku bencana banjir dalam skala lebih besar, Regional Forward Base (RFB) yang berpusat di BBP Ayer Hitam, Johor akan diaktifkan dan bantuan RFB Team daripada tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan membabitkan keanggotaan dan logistik yang akan bergilir tugas bagi tempoh 7 hari.

"JBPM Johor juga kita telah menempatkan sekurang-kurangnya sebuah bot dan terdapat
balai yang mempunyai dua bot berserta kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE) serta peralatan penyelamatan bagi menghadapi musim banjir kali ini," katanya.

Katanya, seramai 54 pemandu bot baru melalui kursus jurumudi dan pemanduan bot berkenaan yang telah dilaksanakan untuk menambah kekuatan semasa menghadapi banjir.

"Penambahan sebanyak 85 Personal Floating Device (PFD) bagi perolehan tahun 2021 yang menjadikan jumlah keseluruhan PFD sebanyak 957 unit milik JBPM Johor.

"Ini bertujuan bagi memastikan kerja dapat dijalankan dengan lebih baik di samping
keselamatan kepada anggota dan juga orang awam ketika kerja pemindahan," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2021 09:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.591207 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list