CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1041|Reply: 3

Impak rabun warna pada emosi

[Copy link]
Post time 7-11-2021 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Impak rabun warna pada emosi

Rabun warna jejaskan emosi, mudah cemas, tertekan dan kemurungan.- Gambar hiasan


WARNA memainkan peranan penting dalam aktiviti seharian kerana ia ada kaitan dengan emosi dan kualiti kehidupan.

Bagaimanapun, ada individu menghidapi rabun warna kongenital (pewarisan) sejak lahir.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mendapati individu menghidap rabun warna kongenital akan berdepan masalah emosi dan mengalami gangguan kualiti hidup untuk jangka masa panjang.

Pakar Optometri dari Fakulti Sains Kesihatan UKM, Prof Dr Sharanjeet Kaur Malkeet Singh, berkata pelajar sekolah rendah dengan rabun warna kongenital didapati sangat sensitif, suka bersendirian dan perhatian terhadap sesuatu lebih pendek.

Malah, pencapaian akademik pelajar juga yang kurang baik dan kebanyakannya berada dalam kelas lemah.

"Begitu juga dengan murid sekolah menengah yang didapati mempunyai masalah tingkah laku dalaman, tidak berkeyakinan, kurang penyertaan dan tumpuan di dalam kelas.

"Bagi orang dewasa pula, kajian menunjukkan cenderung mengalami masalah emosi, lebih gemar mengasingkan diri, mudah cemas, tertekan dan murung berbanding yang normal penglihatan warna," katanya.

Tahap kesedaran rendah

Dr Sharanjeet Kaur menjelaskan, keadaan rabun warna kongenital tidak dapat diubati menyebabkan penghidap terus mengalami masalah ketika melakukan tugasan visual tertentu.

Keadaan itu seterusnya mempengaruhi kualiti hidup dalam jangka masa panjang.

Masalah rabun warna kongenital ini mungkin kurang disedari ibu bapa, malah penderita itu sendiri.

Hanya 16 peratus ibu bapa anak bersekolah rendah dan 12 peratus ibu bapa bagi pelajar sekolah menengah menyedari anaknya mempunyai rabun warna kongenital.

"Tahap kesedaran yang rendah ini menyebabkan kebanyakan penderita lambat didiagnos dan ini memberi impak kepada status emosi dan tingkah laku mereka.

"Tambahan lagi pemeriksaan penglihatan mandatori di sekolah tidak mewajibkan pemeriksaan untuk rabun warna," katanya.

Simptom rabun warna

Antara simptom paling biasa dialami penghidap rabun warna kongenital termasuk kesukaran membezakan dan mengenal pasti warna.


Pelajar sekolah rendah dengan rabun warna kongenital sangat sensitif dan suka bersendirian. - Gambar hiasan

"Ada pelajar mewarnakan daun pokok dengan warna coklat dan batangnya hijau, selain itu mereka juga mengalami masalah mengenal pasti tona sesetengah warna seperti merah, hijau, coklat, ungu dan biru serta cenderung memilih makanan.

"Anak yang mengalami simptom ini perlu ujian komprehensif penglihatan warna. Optometris akan menggunakan plat pseudoisokromatik Ishihara.

"Selepas rabun warna kongenital dikesan, ujian lanjutan menggunakan farnsworth D-15 dan farnsworth Munsell 100 hue untuk mengesan jenis dan tahap keterukannya.

"Individu mempunyai rabun warna kongenital lebih berupaya menyesuaikan diri dan membuat pilihan kerjaya lebih baik jika mengetahui status penglihatan warnanya," katanya.

Ujian saringan rabun

Dr Sharanjeet Kaur yang juga pakar penglihatan warna di program optometri UKM sudah menghasilkan plat ujian saringan rabun dan inovasi bernilai ini antaranya bertujuan memudahkan penyaringan dan pengesanan masalah rabun warna seawal kanak-kanak masih di prasekolah.

Beliau dan pelajar doktor falsafahnya, membangunkan modul latihan saringan penglihatan warna bagi guru sekolah supaya guru dapat melakukan saringan penglihatan warna di sekolah bagi mengesan murid rabun warna.

Disebabkan rabun warna kongenital tidak boleh diubati sepenuhnya, terdapat dua jenis bantuan di pasaran berbentuk aktif dan pasif yang disifatkan mampu menambah baik persepsi penglihatan pesakit rabun warna kongenital.

Alat bantuan berbentuk aktif katanya, akan mengubah suai warna imej yang dilihat dengan menggunakan algoritma pemprosesan imej, iaitu proses memanipulasi imej atau gambar secara digital menggunakan perisian dalam komputer untuk meningkatkan kontras warna.

Syarikat seperti Microsoft, Google dan Apple katanya, sudah mereka bentuk ciri dalam sistem operasi mereka untuk membantu individu dengan rabun warna.

Alat bantuan pasif, adalah optikal yang terdiri daripada kanta lekap, kanta kaca mata berwarna serta penapis berwarna.

"Kini, terdapat beberapa alat bantuan pasif di pasaran. Kanta lekap dan kaca mata berwarna mengubah kadar panjang gelombang dalam spektrum cahaya tampak yang masuk ke dalam mata.

"Mata individu dengan rabun warna kongenital kurang peka terhadap cahaya berwarna tertentu, bergantung kepada jenis kekurangan yang dialami.

"Penggunaan kanta berwarna dapat meningkatkan jumlah cahaya berwarna ini memasuki mata supaya ia lebih senang dikesan," katanya

Beliau mencadangkan saringan penglihatan warna dimasukkan dalam pemeriksaan penglihatan mandatori untuk semua sekolah dan memberi pendedahan kepada ibu bapa dan guru berkaitan isu ini.

"Ini bertujuan pelajar tidak rasa tersisih dan memastikan mereka mendapat bantuan dalam aspek pembelajaran, peperiksaan dan pemilihan kerjaya.

"Sekiranya, pelajar mengalami masalah emosi dan tingkah laku, mereka perlu dirujuk kepada psikologis klinikal untuk rawatan lanjut.

"Garis panduan perlu disediakan pada peringkat kebangsaan bagi tujuan ini supaya pesakit tidak mengalami impak negatif ke atas emosi dan tingkah laku, hubungan sosial serta prestasi akademik mereka," katanya.

Info

Mengenai rabun warna

* Anomali trikromasi - rabun warna paling biasa dan keabnormalan ringan.

* Dikromasi - rabun warna perwarisan yang teruk.

* Akromatopsia - Buta warna menyeluruh yang sangat jarang berlaku.

- Berlaku disebabkan ketiga-tiga sel kon tidak berfungsi dan tidak dapat melihat warna.

* Rabun warna kongenital jenis merah-hijau paling prevalen di seluruh dunia.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hujun ... un-warna-pada-emosi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 12:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 12:04 AM | Show all posts


Cermin mata untuk buta warna




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 02:40 PM | Show all posts

ohh lawa je i tgk spec dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.133447 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list