CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6179|Reply: 21

Cara rawatan begini, adakah menggunakan jin/ atau ianya tangkal?

[Copy link]
Post time 19-8-2010 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by pemalu at 19-8-2010 08:30

Salam, saya orang baru di sini. Harap beri tunjuk ajar kalau salah ya. Saya ada beberapa soalan.

Suami saya terkena sihir dan gangguan jin.
Sudah beberapa tempat pergi berubat. Ada 2 tempat yang saya musykil sikit. Saya nak tanya, adakah cara rawatan begini dibenarkan dalam Islam?

1) Cara rawatan:
- Perawat cuma membaca (yang boleh didengar) Allah.. Allah.. Allah,
- menggolekkan batu hitam di ibu jari pesakit.
- Mandi air limau di masjid lama menggunakan air perigi masjid
- Memindahkan jin ke dalam ayam dara dan melepaskannya.
- Bayaran tidak dikenakan cuma boleh sedekah di tabung masjid
- Sehari selepas rawatan, pesakit demam dan semua simptom/benda pelik yang sebelum ni datang bergilir2 datang serentak... antaranya sakit perut, sakit kepala, sakit belakang, menggesek gigi dengan kuat sekali.

2) Cara rawatan:
- Saya tak tahu dengan detail bacaan dan kaedahnya sebab tak ikut sekali.
- Suami saya bawa balik duit 1 sen yang ditebuk dan diikatkan dengan tali dipinggangnya. Saya tak beri dia pakai. Dia cuma pakai sehari, mungkin tak selesa sebab tali tu tali hijau yang mungkin kasar rasanya. Katanya duit 1 sen itu menarik (dgn izin Allah) cas-cas negatif (tak silap saya) dan mengelakkan gangguan jin.
- Dia juga ada mandi limau selepas pukul 12 malam. Katanya perawat keluarkan semua benda asing (halus) yang ada dalam badan (rupa2nya ada seri muka - bukan kuih, yang diturunkan dek org-org tua tanpa dia sedar) dan masukkan ilmu dia pula.  

Sekian terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 09:36 AM | Show all posts
tunggu otai2 komen dulu..thread ni nampak menarik jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 10:05 AM | Show all posts
Reply 1# pemalu


    Macammana keadaan hubby TT sebelum pegi berubat? Apa yg jadi kat dia? Perawat tu cakap apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 10:11 AM | Show all posts
macammane keadaan hubby after berubat? emm ade perubahan tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 10:23 AM | Show all posts
selepas rawatan cara 1), malam tu dia tidur dengan sangat gelisah. Menggesek gigi dengan kuat. Esoknya dia demam dgn symptom gangguan datang sekaligus. Keadaan ni berterusan beberapa hari. Kemudian kami berubat dengan jiran yang menggunakan jurus (saya rasalah). Anak dia boleh nampak jin. Jadi dia tarik 3 jenis gangguan berupa benda yg mengikut macam kabus hitam, sihir di bahagian perut (memang suami selalu sakit perut), dan ketiga ni benda ni tak pasti apa dia, tapi yang ni paling susah nak suruh keluar. Selepas berubat dengan jiran saya ni baru okay. Alhamdulillah, dgn izin Allah.
Selepas kejadian ni berubat yang no 1 tu (bukan jiran), anak saya mula menggesek gigi (saya dengar dia ada kena mengena dgn makhluk halus, betul ke?). Semasa rawatan yang tu memang kami bawa anak, terpaksa sebab tak ada orang menjaganya. Dan saya pula perlu ada kerana pakcik perawat tu kena mintak izin dengan saya (sbg isteri) untuk keluarkan.

Untuk rawatan no 2 pula, keadaan okay. MAsih ada gangguan. Kata perawat2 sebelum ni, oleh kerana gangguan ini lama jadi semmbuh itu ambil masa lama sikit. Kami sebenarnya mulanya tak terfikir itu gangguan jin. Selepas keadaan dah teruk, baru kami terbuka hati dapatkan rawatan alternatif.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 10:41 AM | Show all posts
Assalamualaikum wrt. wbt.,
Pertama, kita kena ingat makhluk jin ini kita tidak nampak dgn mata kasar & memang Allah tak bagi kita nampak... maksud nampak di sini, nampak jin dlm kejadian asalnya... macam mana kita nampak cik minah kita di rumah!.. Jin boleh merupa dgn segala macam rupa kerana diizinkan Allah sedemikian, kecuali satu... merupa sbg Nabi Muhammad.. sewaktu jin ini merupa, orang yg tahu dapat kenal, dan pada ketika ini jin boleh ditangkap hatta dibunuh sekalipun... Jadi macam mana dakwa, jin dpd polan polan sudah dapat dibuang/dikeluarkan?
Tidak dinafikan kita boleh mengesan jin... dgn kaedah/amalan tertentu.. bukan saja kesan, kita boleh berinteraksi dgn jin... walau bgmanapun... kita tetap tidak diizinkan dapat melihat jin secara wujud kejadiannya (tidak diizinkan Allah sebegitu!) sebaliknya, jin boleh nampak kita, malah boleh masuk meresap ke dalam diri kita... (diizinkan Allah begitu!)... Jadi persoalan membuang, menangkap, mengurung, membunuh jin ini... boleh dipertikaikan kesahihannya... tapi tidak dinafikan dgn kaedah/amalan tertentu... kita boleh panggil, suruh, bercakap dgn jin... malah kita boleh menguasai jin... (tapi sehingga satu masa tertentu sahaja).
Begitulah serba sedikit kita kena faham tentang hubungan manusia dgn jin...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2010 11:24 AM | Show all posts
salam pemalu. cuba la bawa suami u berubat di pusat rawatan tradisional kat subang jaya. cara rawatan cukup simple. xde pakai syiling ke apa ke.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 12:16 AM | Show all posts
darulsyifa??? ok x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 12:38 AM | Show all posts
Reply 1# pemalu


   rawatan pertama cara transfer2 ke haiwan ni banyak di praktikkan kat indon, kalu sakit 'bisa' yg ringan2 pakai ayam, lagi berat pakai kambing..mcm kaedah pakai telur cuma ni pakai haiwan bernyawa..lepas habis rawatan haiwan tu akan sembelih untuk tgk keadaan dalaman haiwan tersebut, kat mana dan apa benda yg ada pada pesakit boleh di lihat pada haiwan tersebut..biasanya kalau dah pakai transfer2 ni keadaan pesakit berubah baik sedikit demi sedikit dalam 2-3hari...proses ni pun disudahi dengan mandi bunga or limau....kat malaysia mungkin kureng sket sbb kita amat prihatin pada makhluk2 ALLAH yg x berdosa ni...
rawatan kedua, terdapatnya unsur2 besi/logam yang secara batin dapat menjauhkan badan kita dari energi2 jahat dan songsang...bukan dlm kepercayaan kita je....kaum hindu dan buddha pun amik cara ni....aku dulu masa kecik2 arwah mak aku ikatkan   
skru kecik dgn benang 3 or 7 kaler kat pinggang sbb aku suka nangis malam2.........dan selalu nampak benda2 halus....

semua kaedah dan cara rawatan adalah berbeza mengikut aliran masing2...sama mcm sekolah....asas dia sama cuma aliran lain2....
yang mana kita nak pilih? terpulang...cuma jgn terkeluar dari landasan agama kita..

kadang2 'jodoh' kita dalam mencari penawar ni...ada yg singkat dan ada yg panjang....semua ni anggaplah sebagai dugaan dan ujian dari Yang Maha Esa untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan kita semua...............InsyaAllah..


wallahualam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 07:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by pemalu at 20-8-2010 08:07

Reply 9# juragan_malam


   

Rawatan yang ayam tu dia tak sembelih tapi dia lepaskan ke bawah masjid. Masjid ni masjid lama yang dah ditinggalkan, sebelah je dia masjid baru. Kemudian selepas ayam dilepaskan melalui lantai masjid yang dah berlubang, suami saya mandi limau. Selepas ni yang sakitnya makin teruk. Hati saya tak sedap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 08:07 AM | Show all posts
terima kasih semua yang membalas.
darus syifa' pernah try, 2 kali.
darus salam 2 kali.
1 pusat rawatan kat PJ 2 kali.

Masa dibacakan ayat ruukyah di darus syifa' dan kat PJ tu, suami menjerit kuat sangat-sangat, seakan mengaum pun ye. Sambil tangan mencengkam.

Sebelum saya mula membawa suami untuk jalani rawatan, saya pernah telefon seseorang. Dia kata suami saya diganggu oleh saka keluarga belah saya. Salah seorang uwan (nenek) saya (belah mak saya) masih hidup dan beberapa orang perawat kata dia ada saka. Tapi tak dibuang sebab mak saudara saya tak percaya.  Arwah uwan (sebelah bapa) saya pula memiliki kebolehan mengubat orang tanpa belajar. Agak pelik. Jadi... tak tahu adakah simptom gangguan terhadap suami saya ni berulang ada kena mengena dengan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 08:15 AM | Show all posts
Assalamualaikum wrt. wbt.,
Pertama, kita kena ingat makhluk jin ini kita tidak nampak dgn mata kasa ...
tokwan_jantan Post at 19-8-2010 10:41


terima kasih tokwan
adik yang nampak ni mungkin maksudnya jin yang telah merupa. Dia dapat kebolehan ini dalam mimpi. Anugerah. Ayah dan ibunya rajin ikut kuliah agama. Dan tanya ustaz adakah benda ni salah dan boleh beri kesan kepada akidah? Kata ustaz itu anugerah, bukan sesuatu yang salah sebab dia tak de amalkan apa2. Malah pakcik ni dan anaknya mengubat pun untuk membantu. Kita nak beri duit pun dia tak nak, katanya nak bantu je. Alhamdulillah... semoga Allah balas budi baik mereka sekeluarga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 08:25 AM | Show all posts
Sebenarnya suami saya kerap sakit perut, sakit kepala bila nak pergi kerja. Sukar tidur, dan bila tidur kerap mimpi yang tidak bagus seperti mimpi jatuh, binatang bisa. dihimpit semasa tidur. Bangun tidur badan kerap lebam-lebam. Ini sudah terjadi sejak kami belum berkahwin lagi. Lebih 9 tahunlah kiranya. Sudah buat banyak test di hospital pakar, memang tiada apa. Sihat. Cuma low bloood sekali-sekala.

Kami tidak pernah mencuba perubatan alternatif. Ya la, tak terfikir dan ingatkan memang spesies suami saya begitu heheee

Sampailah gejala itu sangat kronik, dan suami saya diberhentikan kerja kerana rekod kedatangan yang sangat teruk. Padahal sebelum ni memang dia bekerja dengan baik walaupun selalu MC. Naik pangkat pun cepat walaupun bukan jenis kaki kipas. Sudah jadi begini, masih kami tidak percaya.

Akhirnya adalah beberapa orang kawan yang prihatin suggest bawa berubat  cara alternatif.  Itu yang mulanya berubat tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 08:26 AM | Show all posts
thread ini patut dibaca daripada bawah ke atas
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 08:47 AM | Show all posts
Sila check PM box anda....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 08:51 AM | Show all posts
kalau pakai jin,if betul kaedah..tiada masalah aku rasa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 10:46 AM | Show all posts
kalau pakai jin,if betul kaedah..tiada masalah aku rasa....
tuah_r Post at 20-8-2010 08:51



    NO... tak boleh!!. kita lebih aulia drp bangsa jin...  jangan jadi syirik sebab tipu daya bangsa jin adalah lebih halus...minta terus dari Allah Azza Wajalla. Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 12:57 PM | Show all posts
Anak saya yang umur tadika mimpi puting beliung malam tadi di rumah kami. Risau pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 02:53 PM | Show all posts
try rawatan kat shah alam jalan kebun.. dekat kota kemuning..
ikut islam..
aku pernah try.. puas hati...
org kanan akrine..

pernah kuar astro oasis
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 05:15 PM | Show all posts
banyak orang kita yg mendakwa mereka dpt ilmu merawat/mengubat ni melalui mimpi... ya nampak macam anugerah... tapi tuan/puan... siapalah kita utk beroleh karamah sedemikian!... sekali lagi tokwan pinjam istilah guru tokwan, apa2 perlakuan yg 'mencarik adat'... sumbernya bolehlah diragui... kerana golongan jin dan syaitan ini tidak pernah berputus asa membuat tipu daya kpd manusia...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.093717 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list