CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2660|Reply: 1

Dua cucu nyaris dijual nenek

[Copy link]
Post time 17-11-2021 12:46 PM | Show all posts |Read mode
  

DUA beradik malang yang cuba dijual nenek mereka akibat kelaparan berjaya diselamatkan oleh NGO Afghanistan.



Kabul: Di sebalik senyuman ceria terukir, dua kanak-kanak comel ini tidak menyedari mereka terpaksa dijual demi sesuap nasi susulan krisis kebuluran terburuk di Afghanistan.

Itu nasib malang menimpa dua beradik yatim di pedalaman wilayah Ghor yang dijual ahli keluarga mereka pada harga 50,000 Afghan (RM2,270).

Perkara itu didedahkan Ketua Unit Media pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Afghanistan, Ehsas Welfare And Social Services Organization, Baish Khan Shasaq, 25, ketika pasukannya menghantar bantuan kemanusiaan di wilayah itu minggu lalu.

Menurutnya, lokasi berkenaan terletak 14 jam perjalanan menggunakan jalan darat dari ibu kota Kabul.



"Saya terkejut menerima maklumat penduduk di kampung pedalaman itu berhubung tindakan nenek dua kanak-kanak terbabit yang mahu menjual dua cucunya.

"Difahamkan ayah kanak-kanak itu meninggal dunia tahun lalu dan kanak-kanak malang terbabit tinggal bersama ibu dan neneknya," katanya ketika ditemui penulis di pusat NGO itu, semalam.

Baish Khan berkata, kedaifan dan kemiskinan hidup keluarga itu menyebabkan dua beradik berusia lima dan tujuh tahun itu dijual demi kelangsungan hidup.

"Mungkin ada menganggap ia tindakan zalim namun kemiskinan tegar dialami jutaan penduduk Afghanistan memungkinkan pelbagai perkara di luar jangkaan. Keluarga itu terlalu lapar dan tiada makanan tersisa di rumah," ujarnya sedih.

Dia berkata, pihaknya sempat menghalang proses jual beli dua beradik itu selain memberi bantuan kepada keluarga daif terbabit.

"Dua beradik itu diselamatkan dan kami berusaha menempatkan mereka di rumah penjagaan anak-anak yatim," katanya.

Menurutnya, sekatan bekalan makanan oleh badan antarabangsa selain kemarau menyebabkan jutaan kanak-kanak kini dihambat krisis kebuluran terburuk dalam tempoh dua dekad.
Apa yang berlaku ini bukan kisah terpencil berikutan media turut pernah mendedahkan tindakan seoran

g bapa di Afghanistan yang terpaksa menjual anak perempuannya berusia sembilan tahun untuk membeli makanan pada 4 November lalu.

Mangsa, Parwana Malik dijual pada harga AS$2,200 (RM9,000) kepada lelaki berusia 55 tahun.

Bapa kanak-kanak itu dikatakan merayu kepada lelaki terbabit menjaga anaknya dengan baik dan jangan memukul anaknya itu.

Namun lelaki itu memberitahu, dia bukan membeli Parwana untuk menjadikannya sebagai isteri, tetapi untuk dijaga isterinya sebagai anak angkat mereka.

Ibu bapa Parwana berkata, mereka terpaksa melakukan demikian susulan krisis ekonomi negara itu.

Sejak daripada itu, mereka tidak mampu untuk membeli barangan keperluan termasuk makanan.

Keluarga Parwara kini menetap di sebuah kem pelarian yang terletak di utara wilayah Badghis sejak empat tahun lalu. Beberapa bulan sebelum Parwara dijual, kakaknya mengalami nasib sama bagi membolehkan keluarganya membeli barangan keperluan.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 12:00pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:45 PM | Show all posts
kau dh kenapa nek, x syg cucu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.654850 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list