View: 1239|Reply: 2
|
Awasi kuman dalam mulut
[Copy link]
|
|
Awasi kuman dalam mulut
PENYAKIT gusi disebabkan tampalan yang tidak sempurna.
Kebersihan mulut sudah semestinya tidak boleh diketepikan kerana ia menjadi salah satu tempat pembiakan bakteria yang begitu mudah.
Di dalam mulut sendiri selain daripada gigi terdapat juga elemen lain yang perlu diberi perhatian iaitu gusi dari segi kesihatannya.
Jika gusi tidak dalam keadaan sihat, ia mungkin boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit gusi.
Pensyarah dan Pakar Pergigian Restoratifdi Kuliyah Pergigian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kapten (B) Dr Mohd Haikal Muhamad Halil berkata, penyakit gusi ataupun lebih dikenali dengan nama penyakit periodontal dalam bidang pergigian ialah suatu jangkitan yang terjadi pada gusi sehingga menyebabkan berlakunya perubahan terhadap warna, tekstur, bentuk dan keadaan gusi sehingga mengakibatkan gusi menjadi tidak sihat serta menjejaskan fungsinya.
Katanya, penyakit gusi berlaku secara berperingkat. Biasanya pada peringkat awal, tanda-tanda gusi anda bermasalah adalah tidak terlalu ketara.
"Anda mungkin tidak perasan atau kurang peka dengan perubahan yang berlaku terhadap gusi.
"Selain itu, anda juga mungkin tidak menyedari bahawa anda menghidap penyakit gusi kerana pada peringkat awal, penyakit ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom rasa sakit (asimtomatik)," katanya.
KEADAAN penyakit gusi yang ‘advance’.
Katanya, sekiranya seseorang itu mempunyai tanda-tanda seperti gusi berdarah ketika memberus gigi, gusi berdarah spontan walaupun tanpa memberus gigi, gusi berwarna merah menyala dan bengkak dan tekstur gusi menjadi lebih lembut apabila ditekan dengan hujung jari, berkemungkinan mempunyai masalah itu.
"Tambahan pula, mulut berbau busuk, gusi terlihat menaik (gigi atas), gusi terlihat menurun (gigi bawah), gusi bengkak tetapi tidak sakit, keluar nanah di antara celahan gigi dan gusi apabila gusi ditekan, juga antara simptom," katanya.
Selain itu, antara tanda lain anda yang mengalami penyakit gusi ialah satu atau beberapa gigi menjadi goyang, gigi terlihat jarang atau terbentuk ruang antara gigi yang sebelumnya tidak ada, gigi terasa sensitif atau ngilu atau gigi sakit ketika mengunyah makanan.
XRAY keadaan gusi yang ‘advance’, kehilangan tulang yang ketara bagi penyakit gusi advance.
"Jika anda mempunyai salah satu atau beberapa tanda ataupun semua tanda-tanda yang disebutkan itu, segeralah berkunjung ke klinik pergigian yang berdekatan untuk pemeriksaan bagi mengetahui status terkini kesihatan gusi anda," katanya.
Pakar itu berkata, punca utama terjadinya penyakit gusi adalah disebabkan oleh plak gigi. Plak gigi ini adalah nama saintifik bagi campuran sisa-sisa makanan dan bakteria yang melekat pada permukaan gigi dan tidak dibersihkan dengan baik.
"Nama lain bagi plak gigi ini yang lebih umum diketahui oleh masyarakat di negara ini ialah tahi gigi.Plak gigi sering berkumpul di celah gigi serta berada di antara gigi dan gusi.
"Plak gigi sebenarnya boleh dibersihkan sendiri oleh anda dengan cara memberus gigi di rumah. Bagaimanapun, disebabkan kurangnya pengetahuan kita mengenai cara memberus gigi dengan teknik yang betul, menyebabkan plak gigi ini berkumpul di celah gigi dan gusi tanpa dibersihkan," katanya.
LAKUKAN pemeriksaan jika anda mengalami simptom penyakit gusi.
Katanya, plak gigi biasanya berwarna putih kekuningan, bersifat sedikit melekit, lembut dan sering berada di antara celahan gigi dan gusi.
"Jika anda lihat di dalam cermin dan melihat ada garis-garis putih di bahagian leher gigi atau di celah-celah gigi, itulah yang dinamakan plak gigi," katanya.
Jelasnya, secara normal, terdapat pelbagai jenis kuman atau bakteria bagi mengawal keseimbangan persekitaran di dalam mulut. Kuman atau bakteria ini tidak berbahaya jika jumlahnya di dalam mulut adalah seimbang.
"Namun, disebabkan sifat plak gigi yang melekit, maka keadaan ini membuatkan kuman atau bakteria mudah melekat pada plak gigi berkenaan.
BERJUMPA dengan doktor gigi untuk mengetahu masalah gigi dan gusi.
"Secara tidak langsung, kuman atau bakteria menjadikan plak gigi sebagai rumah untuknya membiak. Semakin lama, jumlah kuman atau bakteria itu akan meningkat menjadi semakin banyak jika plak gigi dibiarkan tanpa dibersihkan," katanya.
Tambahnya, keadaan itu akhirnya menyebabkan jumlah kuman atau bakteria di dalam mulut kita menjadi tidak lagi seimbang.
"Sistem daya tahan tubuh kita pula sangat sensitif dengan ancaman daripada kuman atau bakteria ini. Apabila jumlah kuman atau bakteria semakin meningkat, sistem pertahanan tubuh kita akan bertindak melawan kuman-kuman itu bagi mengawal jumlahnya supaya tidak membawa kerosakan kepada badan kita.
"Malah sistem pertahanan tubuh yang bekerja melalui salur darah kita akan menyalurkan pelbagai sel-sel imun bagi membunuh kuman itu. Salur darah ini pula banyak terdapat pada gusi dan tisu lembut lainnya di dalam mulut," katanya.
Dr Mohd Haikal berkata, semakin banyak kuman yang ada, semakin banyak pula sel pertahanan tubuh yang perlu dihantar ke kawasan gusi melalui salur darah bagi melawan kuman.
"Meningkatnya aliran darah ke kawasan gusi akan menyebabkan gusi mengalami keradangan dan mulai berwarna kemerahan serta mudah berdarah terutama ketika memberus gigi.
"Perkara ini adalah tanda bahawa sistem pertahanan tubuh kita sedang bekerja keras melawan kuman yang ada pada plak gigi," katanya.
Jelasnya, jika membiarkan masalah gusi peringkat awal (gingivitis) tanpa dirawat, plak gigi yang bersifat lembut akan mulai mengeras dan membentuk karang gigi (dental calculus).
"Gusi pula akan semakin membengkak dan membentuk ruang yang lebih luas di antara gigi dan gusi. Ruang ini dikenali sebagai poket periodontal yang menjadi tempat untuk karang gigi berkumpul.
"Tidak seperti plak gigi, karang gigi tidak boleh dibersihkan dengan cara memberus gigi di rumah. Ia perlu dibuang di klinik gigi melalui rawatan scaling," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/202 ... i-kuman-dalam-mulut
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
content terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
gigi gigi kesemua mereka ini adalah jauh lebih baik dari gigi saya
tetapi sy syukur dgn apa yang Allah sudah beri |
|
|
|
|
|
|
| |
|