Siti Nurhaliza menjadi artis tempatan paling tinggi penstriman di Spotify untuk tahun ini.
Kuala Lumpur: Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, terus unggul dan menjadi artis tempatan paling tinggi penstriman di Spotify untuk tahun ini.
Siti menyifatkan kejayaan itu berkat daripada sokongan semua dan bersyukur lagu-lagunya terus mendapat hati dalam kalangan pendengar Malaysia.
"Semua hal tak datang dengan sendiri. Terima kasih untuk semua. Terima kasih Spotify, syarikat rakaman, pendengar muzik saya, peminat saya dan semua yang membesar dengan lagu-lagu saya," katanya.
Menerusi rekod dikeluarkan Spotify, Siti mendapat penstriman lebih 30.7 juta, lebih 2.3 juta pendengar dan lagunya didengari di 152 negara.
Untuk kategori artis tempatan, Yonnyboii berada di tempat kedua diikuti Naim Daniel, Hujan, Haqiem Rusli, Faizal Tahir, K-Clique, Unic, Aina Abdul dan Search.
Selain mengungguli kategori itu, Siti turut tersenarai di tempat ke-10 untuk kategori Artis Wanita Top di Malaysia di belakang Taylor Swift, Ariana Grande, Olivia Rodrigo, Doja Cat, Billie Eilish, Dua Lipa, IU, Halsey, dan Adele.
Selain itu, untuk kategori Artis Paling Tinggi Penstriman Malaysia secara keseluruhan, kumpulan BTS terus kukuh di tangga teratas diikuti Justin Bieber, Taylor Swift, Ariana Grande dan Olivia Rodrigo.
iols pernah recommend channel tokti di spotify,
to a female exchange student from japan.
iols siap tolong search kan dari phone dia.
bagi aku cara paling mantap to introduce negara ni, adalah melalui muzik dan lagu.
especially lagu irama malaysia (and slow rock @ rock kapak),
dari situ mereka akan tahu and study bahasa, budaya dan tamadun melayu.
tapi sayang nyer takde yg organize malay singing competition to a foreigner.
yg ada cuma program debat.