ETALING JAYA: Warganet meluahkan perasaan tidak senang melihat gambar yang dimuat naik di laman media sosial Twitter memaparkan dua ekor tikus berkeliaran di dalam dapur sebuah restoran pusat beli belah, di ibu negara.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @Azwinshafinaz telah berkongsi tangkap layar Instastory Sarah Shimmers yang memaparkan tikus berkeliaran di kedai makan Teppanyaki, Pavilion Kuala Lumpur.
Seorang pengguna media sosial tersebut, Azwin Shafinaz memohon pihak pengurusan bersikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan restoran mereka, kerana kehadiran haiwan tersebut mampu membawa padah kepada individu-individu yang sedang menjamu selera.
Dakwanya, perbuatan pengurusan yang hanya tertawa melihat tikus tersebut adalah sesuatu tidak wajar dilakukan kerana mereka seharusnya menghalaunya dan membersihkan dapur mereka.
“Jangan ambil mudah akan perkara ini! Kencing tikus mampu menyebabkan manusia mati. Lebih menjijikan hal ini berlaku di dalam waktu perkhidmatan.
“Dia dah bagitahu kakitangan tentang tikus berkeliaran dalam dapur mereka, tapi apa yang mereka buat? Mereka tenung dan gelak sahaja! Tak menghalau binatang tersebut atau tutup kedai! Tapi hanya gelak,” ciapnya di laman Twitter.
Rata-rata pengguna Twitter yang melihat ciapan tersebut meluahkan perasaan geli melihat keadaan dapur tersebut dan berharap ada agensi berkuasa menyiasat isu itu supaya ada tindakan diambil.
“Tak mustahil tikus ni pernah duduk dalam alat perkakasan masakan kedai ni. Ingat semua, semahal mana kedai tu kebersihan belum tentu bersih. Pilihan di tangan korang, poket sendiri,” ciap mhdazmnrlsn.
“Baru cakap craving teppanyaki sekarang tengok rasa mual. S#it, I studied culinary arts for 4years and all the syllabus i’ve learned are always emphasize about hygiene and safety. Tapi ni apa nyahhhh,” ciap Aicashaa.
“Lapor DBKL la kak. dorang boleh tutup kedai tu immediately. they will go through process cleaning dulu baru boleh buka balik,” ciap nur4z. – UTUSAN ONLINE
Post time 8-12-2021 12:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 8-12-2021 12:30 AM
Tikus tu sebenarnya tukang masak dalam Ratatouille
Tikus dua ekor tu berkejar kejaran sambil nyanyi "berlari berkejaran...seindah gunung di taman,bak gurun yang mekar kanda ku puja bahagia kita berdua..dindaaaaaa ..kandaaaaa..burung pun turut menyanyi..naa naaa naaaa"
Post time 2-6-2022 10:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Boleh gelak2 nmpak tikus mknanya slama ni tukang bt & hidang mkanan mmg amik remeh pnjgaan kbersihan la yeh. nk tmuntah dok imagine tikus blarian ats table top, mnyorok balik stack of dishes plates cups smua tu. urine tahi merata
Post time 2-6-2022 11:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aduh kedai favourite aku.. tp prasan gak tukang2 masak dia byk yg baru and acuh tak acuh je bila masak padahal depan mata kita ni kau lempor2 je bekas sayur tu sementara nak masak