View: 1962|Reply: 2
|
Baik Dengan Bekas Suami, Hana Azraa Dituduh Sengaja Tunjuk Cerai Perkara Normal
[Copy link]
|
|
Bekongsi video yang memperlihatkan hubungan baik dengan bekas suami pertama, usahawan Hana Azraa mengakui mereka juga pernah melalui fasa perpisahan seperti pasangan lain yang bercerai.
Hana yang juga bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan bagaimanapun berkata, perkongsian itu bukan ingin menormalisasikan perceraian seperti yang didakwa segelintir netizen.
Menurut Hana, dia ingin memberikan kesedaran kepada pasangan bercerai agar tidak mementingkan diri dan sentiasa mengutamakan anak biarpun sudah tidak bersama.
Foto: Titktok
"Saya ada baca komen yang menganggap perkongsian saya itu seperti mahu menunjukkan perceraian itu perkara biasa asalkan anak terjaga.
"Tidak pernah berniat untuk menunjuk seperti itu. Perceraian bukan benda biasa. Saya ingin memberi kesedaran kepada pasangan yang sudah berpisah dan ada anak bersama.
"Saya dan bekas suami sama seperti pasangan lain yang bercerai. Kami lalui juga fasa perasaan benci dan dendam itu selama tiga bulan.
"Tapi bila fikir semula, kami tak boleh pentingkan diri. Kami perlu jaga hubungan demi anak. Tambahan pula anak kami perempuan," katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Hana memuat naik video di aplikasi TikTok yang memperlihatkan bekas suami pertamanya iaitu Muhammad Azrin datang mengambil anak mereka.
Perkongsian itu menjadi tular dan rata-rata netizen memuji Hana dan bekas suami yang masih menjalinkan hubungan baik biarpun sudah berpisah.
Untuk rekod, Hana berpisah dengan bekas suami pertama iaitu Muhammad Azrin pada 2016 selepas setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah yang kini berusia lima tahun.
Pemilik nama Nurhanna Azra Mohd Zakir ini kemudian berkahwin dengan PU Abu pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen yang berusia dua tahun.
Hana dan Abu
Dalam pada itu, Hana yang juga seorang usahawan kosmetik meluahkan rasa syukur apabila perkongsian itu mendapat maklum balas positif.
"Alhamdulillah, ramai netizen yang melihat secara positif. Malah, saya juga banyak terima pertanyaan bagaimana saya boleh berhubung baik dengan bekas suami.
"Saya harap selepas ini, dapat lagi memberi inspirasi kepada orang di luar sana. Itu sahaja matlamat sekarang. Nak kongsi benda dan sesuatu yang baik," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai rumah tangganya dengan PU Abu, Hana mengesahkan mereka tidak lagi memegang status suami isteri.
"Soal rumah tangga saya dengan PU Abu, kalau boleh saya tak nak mengulas lebih lanjut sebab masih dalam proses mahkamah.
"Apa yang boleh saya kongsikan, kami bukan lagi suami isteri," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
halahhh...caprut betol netizen pprt nih..
ape sebab dah bercerai memang kena saling benci membenci, gaduh mulut dengki memanjang ala2 ritrud?
What sort of life you have been brought up to? Sad miserable one for sure. |
|
|
|
|
|
|
|
Whoareyou sangat la depa ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|