CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 6

Info - Selepas Banjir, penyakit yang common berlaku

[Copy link]
Post time 20-12-2021 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by adila39 at 21-12-2021 07:33 AM

Salam all and good day,


Saya bukakla thread yang current issues now ni ya..apa pun semoga kita semua tabah menghadapi dugaan banjir ni. Sedih tak penah penah shah alam ni banjir , Anyway hope anda semua especially orang tua kita menjaga kesihatan dan kebersihan selepas musibah ni. I share some info and hopefully manfaat kepada kita.

1 Penyakit Bawaan Air dan Makanan


    Penyakit bawaan air dan makanan kerap berlaku semasa dan selepas kejadian banjir adalah seperti Demam Kepialu (Typhoid), Taun/Kolera, Hepatitis A, Disentri dan keracunan makanan. Gejala penyakit ini seperti cirit-birit, muntah, demam, sakit perut, dan sakit kepala. Cara jangkitan penyakit ini adalah melalui meminum air atau memakan makanan yang telah dicemari oleh kuman-kuman penyakit tersebut. Penyakit ini sangat mudah berjangkit dan merbahaya. Kejadian penyakit ini sentiasa dipantau dan dikawal oleh pihak Kesihatan.

So maybe apa yang boleh kita lakukan elakkan makan makanan yang mentah, basuh sayur sayur tu bersih bersih, kupas kulit buah buahan dan pastikan air dimasak dgn betul


2 Penyakit Leptospirosis



    Penyakit Leptospirosis adalah disebabkan oleh bakteria Leptospira yang terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing, lembu dan sebagainya. Penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia yang terdedah atau bersentuhan secara langsung dengan air atau air banjir yang telah tercemar dengan air kencing haiwan yang telah terjangkiti dengan bakteria ini. Antara tanda-tanda penyakit Leptospirosis ialah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, kemerahan pada mata, ruam, sakit pada abdomen, jaundis dan air kencing berwarna kehitaman (Manual Maklumat Kesihatan Banjir, n.d.)

So if boleh makanan ditutup dan elakkan if bolehla jangan lama sangat dilopak banjir tu


3.Penyakit Konjunktivitis (Sakit Mata)

Konjunktivitis atau Sakit Mata juga merupakan penyakit yang kerap terjadi semasa banjir. Penyakit ini mudah merebak dengan cepat dari seorang pesakit kepada orang lain melalui perkongsian alat-alat peribadi seperti tuala, bantal dan sapu tangan serta bergaul rapat dengan orang yang sakit mata. Penyakit yang disebabkan oleh kuman (bakteria atau virus) atau alahan ini merupakan radang pada bahagian putih mata. Antara gejala sakit mata ialah mata merah, berair dan pedih; discaj tahi mata yang berlebihan, mata terasa gatal dan mata sensitif terhadap cahaya.

Jangan kongsi towel atau barangan pribadi lain


4. Denggi

Penyakit paling common di negara kita, hopefully kita semua akan bersatu padu bab bersihkan kekotoran selepas banjir ni.. you all share la experience. Some of us directly lalui semua ni.  Kami doakan anda semua tabah dan dipermudahkan.





Sumber : myportalhealth.kkm






@ipes2


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2021 04:28 AM | Show all posts
sangat berguna
juga sangat topical
boleh menjadi hints kepada semua netizen bila mereka google
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 04:29 AM | Show all posts
waalaikumussalam
maaf, lupa jawab salam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully mangsa banjir skrg ni mendapat rawatan susulan if any. Our doctors buat random check up utk semua mangsa kat pusat pusat banjir sejak sabtu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2021 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ni 17 org mangsa meninggal..mybe akan bertambah. Rasanya pengendalian banjir kali ni sgt slow...until today masih ada lagi yg terperangkap dirumah. Imagine boat hanya boleh ambil 2org je satu masa...so poor execution. Sigh. ..semalam lalu highway masih lagi ada kereta tersadai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Info gambar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-12-2021 04:28 AM
sangat berguna
juga sangat topical
boleh menjadi hints kepada semua netizen bila mereka google

Hopefully apa yg manfaat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.297659 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list