View: 533|Reply: 0
|
Hakim tolak permohonan saman model bayi Nirvana
[Copy link]
|
|
Spencer Elden.
Los Angeles: Hakim Mahkamah Daerah California, Fernando Olguin, semalam menolak permohonan saman Spencer Elden, 30, yang juga bayi yang gambarnya dijadikan kulit album Nirvana, Nevermind pada 1991.
Penolakan berkenaan dibuat selepas peguam-peguamnya lewat memfailkan kertas bangkangan pada tarikh ditetapkan bulan lalu.
Dia diminta untuk berbuat demikian semula sebelum 13 Januari ini.
Elden yang gambarnya ketika bayi dalam keadaan bogel dijadikan kulit album berkenaan pada 1991 memfailkan saman terhadap kumpulan grunge legenda itu atas dakwaan eksploitasi seks.
Elden berusia empat bulan ketika gambarnya dalam keadaan bogel sambil cuba mencapai wang kertas yang tersangkut di mata kail dalam kolam renang itu dirakam.
Album Nevermind yang memuatkan lagu popular Nirvana seperti Smells Like Teen Spirit, Come As Your Are dan Lithium itu mencatat kejayaan luar biasa apabila terjual lebih 30 juta unit di seluruh dunia.
Ia juga diiktiraf sebagai antara album rock terbaik sepanjang zaman.
Elden dikatakan tidak pernah menerima sebarang wang pampasan untuk gambar berkenaan.
Justeru, dia menuntut RM629,000 sebagai wang ganti rugi daripada 15 defendan kes itu. Mereka termasuk bekas anggota Nirvana yang masih hidup iaitu Dave Grohl dan Krist Novoselic, aset hartanah mendiang Kurt Cobain serta jurugambar, Kirk Weddle.
Weddle dilaporkan adalah rakan kepada bapa Elden. Gambar itu diambil ketika mereka mengadakan parti di tepi kolam renang terbabit.
Ibu bapa Elden hanya menerima bayaran sebanyak RM838 untuk gambar itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|