View: 574|Reply: 0
|
Bakal pengantin 'tempah maut'
[Copy link]
|
|
WANITA yang didakwa sengaja pergi ke kelab malam untuk dijangkiti Covid-19. FOTO TikTok
Sydney: Ibarat 'menempah maut' apabila seorang wanita di Australia mengakui pergi ke kelab malam dengan sengaja kerana mahu dijangkiti Covid-19.
Daily Star melaporkan, menerusi satu perkongsian video di TikTok, bakal pengantin itu menunjukkan dirinya memeluk individu tidak dikenali sambil meminum air di pusat hiburan berkenaan.
Wanita itu juga dilihat menari di sebuah kelab malam yang sesak dengan pengunjung, dengan harapan dijangkiti virus itu lebih awal.
Memetik laporan Mirror Online, wanita berkenaan akan melangsungkan perkahwinan pada Februari dan kini kecoh mengenai varian Omicron melanda Australia dengan banyak kes jangkitan dilaporkan.
Keadaan itu membuatkan ramai mengasingkan diri dan dia cuba memulakan rancangannya.
"POV (sudut pandang) perkahwinan dalam enam minggu lagi dan kamu masih belum dijangkiti Covid-19," katanya dalam kapsyen video yang dimuat naik di laman sosial.
Beberapa pakar menyelar tindakan wanita itu sebagai 'terlalu bodoh'.
Walaupun Omicron kini lebih mudah merebak, tetapi ia mungkin kurang berbahaya berbanding strain dan masih boleh menjadi 'pembunuh' dalam sesetengah kes.
Terdapat juga kemungkinan wanita itu mendapat jangkitan daripada strain lain yang boleh membunuh.
Sementara itu, ketua pegawai perubatan England, Profesor Chris Whitty berkata, orang ramai tidak seharusnya memandang rendah terhadap ancaman varian baharu itu.
Pakar lain turut menunjukkan bahawa virus itu boleh dijangkiti lebih daripada sekali.
Orang ramai digesa untuk mendapatkan suntikan penggalak secepat mungkin sebagai usaha mengurangkan kesan virus. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|