View: 6923|Reply: 15
|
[Lain-lain]
Jalan tutup...Keadaan banjir di Kelantan dan keperluan untuk mangsa...
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 21-12-2022 04:21 PM
Banjir: Bantuan untuk mangsa masih mencukupi, Kelantan dalam 'standby mode'Bernama
Disember 26, 2021 10:48 MYT
Pihak bomba mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pasir Mas. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Bantuan bekalan makanan serta kelengkapan peralatan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diwartakan di Kelantan diletakkan dalam mod sedia (standby mode) sekiranya gelombang kedua banjir melanda negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata tindakan itu dilakukan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu meskipun amaran atau ramalan hujan dan banjir telah dikeluarkan di kawasan tertentu.
"Ketika saya melakukan tinjauan di PPS sebelum ini, rata-rata mangsa banjir yang ditemui memaklumkan kepada saya bahawa mereka sedang bersiap untuk menghadapi gelombang kedua banjir dengan menyimpan dokumen penting, ubat, makanan asas dan sebagainya.
"Oleh itu, kerajaan Kelantan juga sedang mengambil langkah perlu untuk berdepan dengan situasi atau sebarang kemungkinan yang berlaku sama ada teruk atau tidak kerana banjir ini adalah luar jangka," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mumtaz berkata sebelum ini juga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperuntukkan RM1.3 juta bagi kerja membaik pulih PPS, 3,000 kit makanan kering yang diagihkan ke depoh-depoh diselia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 1,600 aset seperti bot dan trak dan 6,500 anggota daripada pasukan penyelamat di negeri ini diatur gerak bagi menghadapi Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh.
"Kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri sangat perlu dalam memastikan kebajikan serta keselamatan rakyat di negeri ini diutamakan terlebih dahulu.
"Apa yang paling penting sekarang ini adalah peranan semua pihak yang perlu sentiasa waspada dengan situasi semasa dan patuh dengan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa sekiranya dikehendaki berpindah ke PPS terutama penduduk di kawasan berisiko tinggi," katanya.
Untuk rekod, menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah tertinggi mangsa banjir di Kelantan direkodkan pada 20 Dis lalu melibatkan seramai 3,801 orang daripada 1,098 keluarga di 57 PPS membabitkan lima jajahan iaitu Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.
-- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[url=][/url] Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ruji Ubi (dua kanan) menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir Zolkiply Rahman, 60, (kiri) sempena program Penyerahan Bantuan Wang Ehsan di Kampung Putat Tujuh, Rantau Panjang hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
RANTAU PANJANG: Penerima Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022 diperoleh melalui senarai nama Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang layak, susulan kediaman rosak akibat bencana banjir banjir.
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ruji Ubi, berkata pihaknya mengharapkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap negeri terbabit dapat mengenal pasti secepat mungkin mangsa yang layak agar proses pembaikan rumah dapat dijalankan segera.
Katanya, program berkenaan memfokuskan kepada tiga kategori iaitu membabitkan kerosakan bawah RM5,000 yang akan dibayar secara tunai, kerosakan RM5,000 hingga RM15,000 yang mana pembaikan segera atau bina baru dengan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.
"Pihak PKOB dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertanggungjawab membuat anggaran kos yang diperlukan untuk membaik pulih sebelum diserahkan kepada pihak pelaksana.
"Setakat ini, senarai penerima yang paling tinggi adalah di Selangor dan Pahang, manakala Kelantan pula lebih 6,000 penerima yang dikenal pasti bakal menerima manfaat daripada Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022.
"Kita menyasarkan masa selama sebulan untuk proses penilaian penerima yang layak, manakala kerja membaik pulih serta bina baru dianggarkan selama tiga hingga enam bulan," katanya selepas menyampaikan Bantuan Barangan Asas sebanyak RM2,500 kepada mangsa banjir di Kampung Putat Tujuh, hari ini.
Ruji berkata, sebanyak 10 buah rumah terpilih untuk dibaik pulih sebagai perintis program berkenaan di Kelantan membabitkan jajahan Pasir Mas yang mana menjadi lokasi banjir hampir setiap tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 14-1-2022 03:25 PM
Jambatan runtuh akibat banjir, penduduk bergadai nyawa guna rakit buluhMuhafandi Muhamad
Januari 14, 2022 11:21 MYT
Rakit yang dibina menggunakan buluh, kayu hutan dan tong plastik itu boleh memuatkan motosikal mereka. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Lebih 5,000 masyarakat Orang Asli di Pos Simpor dan Pos Gob di Gua Musang, Kelantan bergadai nyawa menaiki rakit buluh untuk ke bandar berikutan ketiadaan jambatan untuk kegunaan mereka. Sejak sebulan lalu, jambatan di Sungai Perias runtuh selepas dibawa arus ketika bencana banjir.Menurut penduduk Orang Asli, mereka bergotong-royong membina rakit bagi kemudahan mereka berulang-alik.
Rakit yang dibina menggunakan buluh, kayu hutan dan tong plastik itu boleh memuatkan motosikal mereka.Menurut penduduk, Jasmi Abus, sejak menggunakan rakit tersebut, dua motosikal penduduk telah terjatuh ke dalam sungai.
"Hari pertama masa bawa satu motosikal jatuh dalam sungai ni. Mestilah banyak berlaku, sudah dua biji motosikal terjatuh ke dalam sungai.
"Kita takutlah nanti sebab kita ada bawa budak, takut wayar putus ke apa," katanya.
Penghulu Kampung Pos Tohoi, Zainal Chali berkata, penduduk mengharapkan jambatan baharu dapat dibina dengan segera.
"Penduduk kampung telah mengharungi detik cemas dan bahayalah ketika mereka mengharungi sungai dengan rakit.
"Memang sangat berbahaya dan berisiko dan kita harap keadaan ini disegerakan pembinaannya supaya keadaan lebih terjamin kepada mereka sekiranya ada jambatan baru yang akan dibina nanti," katanya.
Bagi seorang lagi penduduk, Nordi Baharom, ketidaan jambatan menyukarkan pelajar untuk pergi ke sekolah.
"Kita tahu jambatan mereka terputus akibat banjir baru-baru ini jadi murid-murid, anak-anak mereka nak keluar ke sekolah itu memang susahlah kali ni.
"Jadi kita harap pihak atasan boleh membantu jambatan itu boleh siapakan dalam sebulan dua," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam proses memasang jambatan bailey untuk kemudahan lebih 5,000 penduduk kampung Orang Asli yang terputus hubungan di kawasan itu.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersetuju untuk membantu membina jambatan bagi kemudahan komuniti Orang Asli suku kaum Temiar itu.
Infrastruktur | 5,000 penduduk bergadai nyawa guna rakit buluhLebih 5,000 masyarakat Orang Asli di Pos Simpor dan Pos Gob di Gua Musang, Kelantan bergadai nyawa menaiki rakit buluh untuk ke bandar berikutan ketiadaan jambatan untuk kegunaan mereka.Sejak sebulan lalu, jambatan Sungai Perias runtuh selepas dibawa arus ketika bencana banjir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Enam negeri selesai pembayaran Bantuan Wang Ihsan - NADMABernama
Januari 14, 2022 17:34 MYT
Enam negeri selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri lain termasuk Pahang dan Selangor untuk tempoh sama, masing-masing mencatatkan peratusan agihan BWI sebanyak 96.4 dan 97 peratus daripada jumlah KIR yang terkesan.
Sehingga 12 tengah hari tadi, dua negeri dilaporkan masih terjejas dengan bencana banjir melibatkan tiga daerah di Johor dan satu daerah di Sarawak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 20-1-2022 02:51 PM
Ramalan Cuaca Negeri
Kelantan
Tarikh | Cuaca | Ramalan | 20/01/2022
Khamis |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 21/01/2022
Jumaat |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 22/01/2022
Sabtu |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 23/01/2022
Ahad |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 24/01/2022
Isnin |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 25/01/2022
Selasa |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 26/01/2022
Rabu |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramalan Cuaca Negeri
Lokasi: Johor Tarikh | Cuaca | Ramalan | 04/02/2022
Jumaat |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 33° | 05/02/2022
Sabtu |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai | Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 33° | 06/02/2022
Ahad |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 33° | 07/02/2022
Isnin |
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 33° | 08/02/2022
Selasa |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 32° | 09/02/2022
Rabu |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 32° | 10/02/2022
Khamis |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 32° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Bil. | Nama Daerah | Pusat Pemindahan | Tarikh Dibuka | KG Yang Terlibat | JUMLAH MANGSA PERMINDAHAN | Tarikh Ditutup | Bil. Pusat | Jumlah Keluarga | Jumlah Mangsa | Mengikut Jantina | Dewasa | Kanak | L | P | L | P | 1 | Jajahan : Jeli [Dikemas Pada : 26-02-2022 10:01] | 6 | 112 | 403 | 146 | 149 | 52 | 56 | | Jeli | SK Legeh | 25-02-2022 19:00 | | | 28 | 118 | 49 | 47 | 8 | 14 | | | Jeli | SMK Air Lanas | 25-02-2022 19:00 | | | 53 | 205 | 75 | 75 | 29 | 26 | | | Kuala Balah | SK Bukit Jering | 26-02-2022 00:00 | | | 3 | 17 | 3 | 3 | 5 | 6 | | | Jeli | Dewan KESEDAR & PASTI Bukit Lakota | 26-02-2022 00:00 | | | 4 | 6 | 2 | 4 | 0 | 0 | | | Jeli | Dewan KESEDAR, Tabika KEMAS & PASTI Sg. Satan | 26-02-2022 00:00 | | | 13 | 25 | 9 | 7 | 6 | 3 | | | Kuala Balah | SK Kuala Balah | 25-02-2022 17:00 | | | 11 | 32 | 8 | 13 | 4 | 7 | | 2 | Jajahan : Kuala Krai [Dikemas Pada : 25-02-2022 22:22] | 4 | 37 | 136 | 41 | 38 | 29 | 28 | | Mengkebang | Masjid Lama Kampung Keroh | 25-02-2022 05:00 | | | 11 | 35 | 13 | 14 | 3 | 5 | | | Mengkebang | Sek. Keb. Chenulang | 25-02-2022 17:00 | | | 1 | 6 | 0 | 2 | 2 | 2 | | | Olak Jeram | Pusat Komuniti Chuchoh Puteri A | 25-02-2022 17:00 | | | 17 | 70 | 22 | 17 | 16 | 15 | | | Mengkebang | Sek. Keb. Sg. Embak | 25-02-2022 21:00 | | | 8 | 25 | 6 | 5 | 8 | 6 | | 3 | Jajahan : Tanah Merah [Dikemas Pada : 26-02-2022 11:24] | 8 | 65 | 236 | 62 | 83 | 48 | 43 | | Jedok | Sek. Keb. Gual jedok | 18-12-2020 21:00 | | | 4 | 17 | 3 | 4 | 5 | 5 | | | Jedok | Sek. Reb. Lawang | 25-02-2022 21:00 | | | 11 | 30 | 9 | 12 | 3 | 6 | | | Bukit Panau | SK. Sri Kelewek | 25-02-2022 21:00 | | | 7 | 21 | 4 | 9 | 4 | 4 | | | Jedok | Sek. Men. Keb.Bukit Bunga | 25-02-2022 21:00 | | | 15 | 59 | 15 | 20 | 14 | 10 | | | Bukit Panau | Balai Raya Kg. Padang Kijang | 25-02-2022 18:00 | | | 7 | 26 | 6 | 6 | 5 | 9 | | | Jedok | Sek. Arab Kg. Kuala Kajang | 26-02-2022 09:00 | | | 8 | 33 | 10 | 13 | 10 | 0 | | | Ulu Kusial | SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM | 26-02-2022 09:00 | | | 11 | 39 | 10 | 17 | 5 | 7 | | | Ulu Kusial | Dewan Komuniti Tebing Tinggi | 26-02-2022 09:00 |
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 28-2-2022 09:20 AM
Negara
Anggota polis membantu mangsa banjir di Kampung Chenulang, Kuala Krai hari ini.
Mangsa banjir di Kelantan meningkat 1,207 orang
- Oleh YATIMIN ABDULLAH
- 26 Februari 2022, 12:13 pm
KOTA BHARU – Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan kawasan rendah di negeri ini mula ditenggelami banjir semalam.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,207 mangsa telah ditempatkan di 26 pusat pemindahan banjir (PPS) di seluruh negeri setakat pukul 11 pagi tadi.
Antara daerah yang terjejas dengan banjir ketika ini adah Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.
Jeli menempatkan mangsa banjir paling ramai di negeri ini melibatkan 557, diikuti Kuala Krai (390), Tanah Merah (230) dan Pasir Mas (30).
Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan lima batang sungai utama di negeri ini sudah melepas paras bahaya iaitu Sungai Lanas di Jeli, Sungai Lebir di Kampung Tualang (Kuala Krai), Sungai Temangan (Machang), Sungai Golok (Rantau Panjang) dan Sungai Jenob (Tanah Merah).
Sebelum ini, seramai 111 orang mangsa banjir dipindahkan ke enam PPS melibatkan daerah Tanah Merah dan Kuala Krai setakat petang semalam.
Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,207 pagi ini selepas hujan berterusan melanda kebanyakan kawasan di negeri ini sejak malam tadi. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan kini terjejas akibat banjir dengan 6,327 orang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 9 malam ini.
Di TERENGGANU, lapan daerah yang terjejas akibat banjir iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu termasuk tiga daerah baharu mula dilanda banjir sejak lewat petang tadi iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, seramai 3,334 individu daripada 931 keluarga ditempatkan di 71 PPS di seluruh Terengganu, dengan daerah Kemaman mencatatkan jumlah penduduk tertinggi terjejas akibat banjir.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat 9 malam ini, apabila seramai 2,993 orang daripada 881 keluarga berbanding 2,186 orang daripada 622 keluarga, petang tadi.
Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan sebanyak 32 PPS dibuka melibatkan masing-masing sembilan di Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas manakala lima di Jeli.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiga sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Temangan, Machang merekodkan bacaan 22.05 meter (m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.08m) dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.4 m).
https://www.astroawani.com/berit ... us-meningkat-348879 |
|
|
|
|
|
|
|
Ramalan Cuaca Negeri
Lokasi: Kelantan Tarikh | Cuaca | Ramalan | 28/02/2022
Isnin |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 21°
Maks: 29° | 01/03/2022
Selasa |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Tiada hujan
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 21°
Maks: 30° | 02/03/2022
Rabu |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° | 03/03/2022
Khamis |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° | 04/03/2022
Jumaat |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° | 05/03/2022
Sabtu |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° | 06/03/2022
Ahad |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Banjir Kelantan: Jumlah mangsa di PPS terus meningkatMuhafandi Muhamad
Februari 27, 2022 08:01 MYT
Keadaan banjir di Kelantan susulan hujan berterusan sejak malam tadi. -Astro AWANI
RANTAU PANJANG: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
Pasir Puteh menjadi jajahan terbaharu mangsa banjir dipindahkan selain di jajahan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.
Mangsa banjir dari jajahan Pasir Mas paling ramai dipindahkan melibatkan 2,131 orang.
Sehingga jam 7 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan seramai 3,222 orang membabitkan 1,034 keluarga yang ditempatkan di 34 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Dua sungai masing-masing Sungai Jenob di Tanah Merah dan Sungai Temangan di Machang masih mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya.
Selain itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih lagi mencatatkan bacaan paras bahaya.
Hujan masih lagi turun di kebanyakan tempat pagi ini.
Situasi tambah membimbangkan apabila hujan lebat itu turut disertai dengan angin kuat sejak semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
BANJIR DI KELANTAN: JUMLAH MANGSA TERUS MENINGKAT 27 Februari 2022
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat jam 9.00 pagi ini 27 Februari 2022. Seramai 3739 orang mangsa melibatkan 1258 buah keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan sebanyak 35 PPS dibuka melibatkan beberapa daerah iaitu di Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.
Pemain Video
00:00
00:18
|
|
|
|
|
|
|
|
Lalu Lintas - Laporan Lalu Lintas Yang Ditutup
Jajahan | : | Semua Jajahan Tanah MerahJeliGua MusangPasir PutehTumpatBachokKuala KraiMachangKota BharuPasir Mas | | | | | | | Pamer Gambar Jalan | |
Laporan Lalu Lintas Yang Ditutup | | | | Kemaskini Pada : 21-12-2022 16:12 |
Jajahan | Jalan | Kilometer | Tempat | Tutup Pada | Nota | Laluan Altenatif | Buka Pada | Kuala Krai | Jalan Jirat | 0.43 | Jambatan Jirat | 19-12-2022 08:30 | Dibuka kepada semua kenderaan | | 21-12-2022 16:10 | Kuala Krai | Jalan masuk ke Kg. Baru Pahi | 0.6-0.7 | Kg. Pahi | 19-12-2022 09:00 | Dibuka kepada semua kenderaan | Jalan Pekan Pahi | 21-12-2022 16:10 | Kuala Krai | Jalan Bukit Sireh/Kg. Bedal/Kuala Nal | 6.0-6.3 | Kg. Kuala Nal | 20-12-2022 09:00 | Dibuka kepada semua kenderaan | | 21-12-2022 16:00 | Machang | Jalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf Bata | 9.0 | Kg. Padang Kelupang | 18-12-2022 11:00 | Ditutup kepada semua kenderaan ringan | Laluan FT004, Jalan Machang - Jeli & Jalan Kelaweh/Kg Sat | | Machang | Jalan Paloh Rawa - Belukar Panjang | 1.8 | Tapak Projek Solar | 19-12-2022 08:30 | Ditutup kepada semua kenderaan | Jalan Batu 30-Temangan | | Pasir Mas | JALAN PENGKALAN RAKIT - BATU KARANG | 3-3.7 | JALAN PENGKALAN RAKIT - BATU KARANG | 10-12-2022 08:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | JALAN RANTAU PANJANG PASIR MAS | | Pasir Mas | JALAN SK GUAL TOK DEH | 0.05-0.50 | JALAN SK GUAL TOK DEH | 10-12-2022 14:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | JALAN RANTAU PANJANG PASIR MAS | | Pasir Mas | JALAN TOK DEH - GUAL PERIOK | 0.6 - 1.1 | KG. TOK DEH | 18-12-2022 10:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | JALAN BAKAT - KUBANG KUAU | 7.5 - 8.3 | KLINIK KUBANG KUAU | 18-12-2022 13:00 | jalan ditutup kepada kenderaan ringan | TIADA | | Pasir Mas | JALAN PANGLIMA BAYU - RANTAU PANJANG - JERAM PERDAH | 32.3-33 | KG. TERSANG | 18-12-2022 14:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | JALAN KOTA BHARU - PASIR MAS - RANTAU PANJANG | 740.5 - 740.8 | CULVERT 5 RANTAU PANJANG | 18-12-2022 19:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | JALAN BANGGOL KULIM RANTAU PANJANG | 0-1.10 | KASTAM GATE 2 | 18-12-2022 21:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | JALAN RANTAU PANJANG PASIR MAS | | Pasir Mas | JALAN BUNGA RAYA | 0-0.67 | JALAN BUNGA RAYA | 18-12-2022 21:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | JALAN RANTAU PANJANG PASIR MAS | | Pasir Mas | JALAN LUBOK KIAT - KUBANG KUAU | 6-6.9 | PROJEK JALAN KEMAHANG - LUBOK KIAT | 18-12-2022 21:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | Jalan Sekolah Cina | 0-0.40 | SJK Cina | 18-12-2022 21:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | Jalan Sekeliling Pasar | | Pasir Mas | JALAN TANAH MERAH - LUBOK JONG | 24-25.9 | AADK | 19-12-2022 11:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | Jalan Bukit Tuku-Batu Hampar | 9.1-10 | GATE AIR BATU HAMPAR | 19-12-2022 16:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | JALAN KOTA BHARU - PASIR MAS - RANTAU PANJANG | 732.5-737.8 | JAMBATAN LUBOK JONG | 19-12-2022 17:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | Pasir Mas - Pohon Tanjung | 8-10.5 | SEKOLAH KEDAI TANJONG | 20-12-2022 14:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | JALAN BANGGOL SETOL - BANGGOL KONG | 3-5.2 | KG. SIRAM | 20-12-2022 20:00 | jalan ditutup kepada kenderaan ringan | TIADA | | Pasir Mas | JALAN PANGLIMA BAYU - RANTAU PANJANG - JERAM PERDAH | 10-25 | KG. KUBANG RAMBUTAN | 20-12-2022 20:30 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | Jalan Meranti-Kg Jambu-Cabang Empat | 4-4.5 | Balai Polis Gelang Mas | 21-12-2022 12:00 | Jalan dibuka kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Mas | Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas | 10.9-12.48 | CABANG 3 GELANG MAS | 21-12-2022 12:00 | jalan ditutup kepada kenderaan ringan | TIADA | | Pasir Mas | MERANTI - POHON TANJUNG | 0.50-4.2 | KLINIK DESA POHON TANJONG | 21-12-2022 12:00 | Jalan ditutup kepada semua kenderaan | TIADA | | Pasir Puteh | Jalan Pasir Puteh - Semerak | 7 | Simpang Gong Kedak & Bukit Peraksi | 21-12-2022 10:00 | Ditutup kepada semua kenderaan ringan | | | Pasir Puteh | Jalan Selising - Kg. Tualang Tinggi | 1.5 | Masjid Mukim Tasek Pauh | 21-12-2022 11:00 | Ditutup kepada semua kenderaan ringan | | | Pasir Puteh | Jalan Gong Kulim - Gunong | 0.5 | Kg. Kulim | 21-12-2022 11:15 | Ditutup kepada semua kenderaan ringan | | | Tanah Merah | Jln ke Loji Membersih Air Bukit Remah | km 0.3 - km 0.75 | LOJI AIR BUKIT REMEH - D194 | 18-12-2022 14:00 | Papan tanda amaran telah dipasang. Jalan ditutup kepada kenderaan ringan | | | Tumpat | Jalan Cabang 4/Kg. Jambu/Meranti | 0.25-0.35 | Kampung Jambu | 18-12-2022 17:00 | Papan tanda amaran telah diletakkan. | Jalan Padang Mandol - Kenak | | Tumpat | Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang | 710.80 | Terowong Pasir Pekan | 19-12-2022 13:00 | Papan tanda amaran telah diletakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|