|
Bangkok: Berang dengan harimau yang kerap membaham lembu ternakan mereka, empat lelaki menembak mati dua haiwan itu sebelum memanggang dagingnya dalam hutan berhampiran sempadan Myanmar di daerah Thong Pha Phum.
Tindakan itu akhirnya menjerat diri apabila mereka ditahan polis.
Semua suspek kemudian dikenakan 10 pertuduhan atas pembabitan mereka dalam membunuh dua harimau itu,
Portal Bangkok Post melaporkan, Sho-ae, 66, melaporkan kepada pegawai di balai polis Thong Pha Phum, tetapi menafikan sebarang pembabitan dalam pembunuhan haiwan itu.
Empat lelaki lain yang dikehendaki kerana membunuh dua haiwan itu diserahkan kepada polis sebelum ini.
Suspek mendakwa, harimau itu kerap membaham lembu mereka dan ini mendorong mereka menggunakan lembu mati sebagai umpan dan menembaknya.
Keempat-empat mereka dikenali sebagai Kukue Yindee, 37, Jorhaeng Phanarak, 38, Supachai Charoensap, 34, dan abangnya Ratchanon Charoensap, 30.
Ketika disoal siasat, keempat-empat mereka tidak mengaitkan sesiapa dalam pembunuhan harimau itu, kata sumber.
Jorhaeng dan Supachai, yang mengaku melakukan tembakan pada 8 Januari lalu, dibawa semula ke lokasi kejadian untuk lakonan semula.
Polis mengenakan 10 pertuduhan terhadap suspek, antaranya berpakat dalam memburu haiwan liar yang dilindungi, pemilikan haram bangkai hidupan liar, bersekongkol dalam pemilikan senjata api secara haram, membawa senjata di kawasan awam dengan alasan yang tidak munasabah dan mengumpul produk liar tanpa kebenaran.
Pertuduhan lain antaranya, termasuk berpakat dalam memikat atau mencederakan haiwan liar dan berpakat dalam aktiviti untuk mengambil sumber dari taman semula jadi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|