CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1723|Reply: 24

[Tempatan] Tandatangan 100,000 Pencarum KWSP Telah Diserahkan Kepada YDP Agong, Zafrul Digesa Berundur

[Copy link]
Post time 4-2-2022 08:27 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) hari ini menyerahkan petisyen yang ditandatangani lebih 100,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Petisyen itu mewakili pencarum bagi menuntut pengeluaran tunai RM10,000 secara one-off buat kali terakhir dengan kadar segera di musim pandemik Covid-19 bagi yang mempunyai baki mencukupi dan jumlah yang rasional bagi yang berbaki kurang RM10,000 dalam Akaun 1 KWSP.

Presiden ProRakyat, Khairul Anuar Othman berkata, pihaknya mewakili pencarum merayu dan meminta Seri Paduka mendengar rintihan suara hati dan nurani pencarum.

Katanya, ini kerana setiap hari, waktu dan masa pertubuhannya menerima panggilan aduan daripada pencarum yang terkesan.

“Ada yang sanggup nak jual rumah, ada yang sanggup kehilangan kereta, ada yang dibuang kerja, ada yang jadi penganggur, ada yang sanggup paling teruk menjadi pelacur dan yang terkini yang baru kami dengar, ada yang sanggup bunuh diri.

“Wahai kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, wahai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tolong kami bantu kami rakyat kerana sudah tidak sabar lagi.

“Kami tak mahu adakan perhimpunan kerana kami merayu, tetapi ingat sekiranya anda tak meluluskan permintaan kami, maka satu perhimpunan besar akan saya lakukan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan petisyen itu, hari ini.

Petisyen itu diserahkan kepada Pegawai Tadbir Urusan Diraja Istana Negara, Muhammad Iqbal Zahanuddin di Pintu 3, Istana Negara di sini.

Dalam pada itu, seorang aktivis ProRakyat, Azmi Mohd Tahir berkata, pihaknya mengharapkan Seri Paduka dapat berbincang dengan kerajaan dan memberi nasihat kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan tuntutan itu.

Katanya, pihaknya juga amat mengharapkan keputusan mengenai memorandum itu positif dan akan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini mengenai tuntutan itu daripada pihak Istana.

“Sebanyak dua petisyen yang kami hantar, satunya adalah tuntutan RM10,000 yang ditandatangani oleh pencarum yang betul-betul terkesan.

“Satu lagi adalah pencarum mendesak Tengku Zafrul meletak jawatan, jadi sememangnya harap pihak Istana berbincang dengan kerajaan untuk gantikan Tengku Zafrul kepada seorang yang berhati rakyat, wakil rakyat yang berwibawa, berintegriti dan lebih kepada rakyat, bukannya kroni-kroni,” jelasnya.

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/prorakyat-serah-petisyen-wakili-100000-pencarum-kwsp-kepada-agong/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 11:04 AM | Show all posts
x tahu nak komen apa da....

sedih pun ya juga...

dah la tread lain menteri meeting guna mineral water evian...rm9 sebotol...
tread ni rakyat sengsara...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 11:38 AM | Show all posts
“Satu lagi adalah pencarum mendesak Tengku Zafrul meletak jawatan, jadi sememangnya harap pihak Istana berbincang dengan kerajaan untuk gantikan Tengku Zafrul kepada seorang yang berhati rakyat, wakil rakyat yang berwibawa, berintegriti dan lebih kepada rakyat, bukannya kroni-kroni,” jelasnya.


sape je politician yg berintegriti skrang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Zafrul ni mcm x faham kesusah org. Puppet with strings…
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 12:32 PM | Show all posts
sapa je yang layak nk ganti?
dah la melibatkan kewangan
menteri kbs tu pn taguna
tengok muka pun nak
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMuntanah replied at 4-2-2022 12:22 PM
Zafrul ni mcm x faham kesusah org. Puppet with strings…

Sah2 lah dia kayangan. Tau ke dia maksud susah. Lps graduate cepat je dia naik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2022 01:17 PM | Show all posts
kenapa laaa sikit sikit nak suruh letak jawatan? sebab dia tak bagi keluarkan kwsp ke?sorry aku ni pembaris sikit..sebab tak faham context..
kalau dia approve pengeluaran kali ni..kiranya lepas ni dah takde permintaan pengeluaran lagi ke

menteri menteri ni faham ke masalah rakyat sebab dorang takpenah hidup susah kan..rasanya mcm rare je kalau ada menteri yg mmg asal dari keluarga susah
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:18 PM | Show all posts
Epf pun blm umumkan dividen lg…hmmmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.... Desakan hidup buatkan org ramai terpaksa mendesak utk dptkan duit sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:54 PM | Show all posts
mendesak menggunakan wang sendiri atas desakan hidup ada integritinya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 02:49 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 4-2-2022 11:04 AM
x tahu nak komen apa da....

sedih pun ya juga...

ada orang RM9 pun takde tau. entah la..mmg zalim sangat diorang buat rakyat camni
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
10k KWSP x perlu pun. Tapi jadi wajib sebab dulu  PIMPinan Umno yang cadang. Bila dah jadi kerajaan, laksanakanlah. X perlu byk excuse.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 4-2-2022 11:38 AM
sape je politician yg berintegriti skrang ni?

Pimpinan PAS lah,  yg tu aku mmg yakin dorg berintegriti.... Tp xder capability,  tu masalah dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 4-2-2022 11:38 AM
sape je politician yg berintegriti skrang ni?

Kalau dah bincang pasal kesusahan rakyat pun air mineral kayangan..apa sangat depa tau pasal rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 4-2-2022 03:02 PM
10k KWSP x perlu pun. Tapi jadi wajib sebab dulu  PIMPinan Umno yang cadang. Bila dah jadi kerajaan, ...

Cadangan bukan kitab suci.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 04:31 PM | Show all posts
axl_bach replied at 4-2-2022 03:44 PM
Pimpinan PAS lah,  yg tu aku mmg yakin dorg berintegriti.... Tp xder capability,  tu masalah dia

capacity pon tadaq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 04:37 PM | Show all posts
lepas je pagar istana ke bakul sampah tmpatnye
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 06:46 PM | Show all posts
SiMontel replied at 4-2-2022 01:17 PM
kenapa laaa sikit sikit nak suruh letak jawatan? sebab dia tak bagi keluarkan kwsp ke?sorry aku ni p ...

Ye lah...kalau kompani swasta ko tak perform...dh lama off you go!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 07:23 PM | Show all posts
Iols x faham...kenapa nak suruh zafrul berundur? Dia x buat jenayah apa pun...cuma dia belum approve tuntutan pemilik akaun kan...dia x ambil pun duit tu...

Seriously kerajaan kena quickly cari solution cara lain bantu rakyat yg dlm kesusahan, yg hilang kerja semua ni...bukan time covid je...for a long term...kalau rakyat ambil duit kwsp mmg la kerajaan rasa kurang beban nk bantu sekrg, but later on di hari mereka tua, tetap kena spend byk bantu rakyat2 warga emas pula...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 07:34 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 4-2-2022 07:23 PM
Iols x faham...kenapa nak suruh zafrul berundur? Dia x buat jenayah apa pun...cuma dia belum approve ...

Ooo.. kau fikir hari tua? Ada orang nak survive setahun pun belum tentu begolok bergadai sampai ada angkat bendera putih...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.066220 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list