CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 14

[Tempatan] 'Ada polis, PBT dapat habuan sindiket judi'

[Copy link]
Post time 5-2-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode
'Ada polis, PBT dapat habuan sindiket judi'


TINJAUAN dari dalam sebuah premis perjudian dalam talian di tingkat dua di Cheras, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Ada ketua Balai Polis, Ketua Polis Daerah dan anggota serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di sekitar Lembah Klang didakwa bersekongkol memberi kebenaran kepada aktiviti premis mesin judi, yang kini kembali rancak beroperasi.

Mereka ini dikatakan menerima bayaran hingga ribuan ringgit daripada sindiket perjudian di kawasan masing-masing, bagi memastikan kegiatan itu boleh beroperasi dengan bebas tanpa 'gangguan' pihak berkuasa.

Sumber berkata, pihak terbabit juga menggunakan nama Ketua Polis Negara dan Bukit Aman, yang kononnya memberi kebenaran itu.










"Kalau fikir secara logik, takkanlah Bukit Aman nak ambil 'port' (tahu) pasal kedai mesin ini dan mustahil pihak berkuasa, polis atau PBT tidak tahu mengenai kewujudan premis perjudian di kawasan mereka.

"Hakikatnya, mereka pada peringkat bawahan ini yang rakus dengan ganjaran sindiket perjudian. Mereka menerima habuan, termasuk bayaran beribu ringgit setiap bulan.

"Mereka juga menjual nama Bukit Aman dan Ketua Polis Negara, kononnya kebenaran beroperasi diberi pihak atasan ini," katanya kepada BH ketika ditemui di sebuah premis perjudian, di sini.

Beliau berkata, premis perjudian berkenaan kembali rancak beroperasi sejak November lalu, terutama di sekitar ibu kota dan Selangor dengan menggunakan taktik baharu, antaranya beroperasi di tingkat atas premis perniagaan.

Antara sindiket yang dikenal pasti memonopoli kegiatan aktiviti perjudian itu adalah kumpulan 'WeChat', kumpulan 'VIP' dan Payung.

Kumpulan 'WeChat' pernah dikesan menjalankan aktiviti judi di Sungai Buloh, susulan pendedahan Hot Burger Malaysia tahun lalu.

Sumber berkata, beliau yakin aktiviti kedai mesin judi itu dapat ditangani jika Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, menggempur lokasi yang dijaga oleh pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan sindiket itu.

https://www.bharian.com.my/berit ... abuan-sindiket-judi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 10:39 AM | Show all posts
rahsia yg bukan lagi rahsia. bila nak settlekan masalah yg dah berpuluh tahun ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai kat taman iols elok je polis n pbt round2 depan kedai judi online
Open secret gitchuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 12:10 PM | Show all posts
Letih baca kisah sama. Korang tak letih ka?

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 12:17 PM | Show all posts
ha tu la sebab anak2 pulis, anak2 PBT semua tak menjadi... berkat makan duit judi haram jadah rupanyierrrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 12:33 PM | Show all posts
Bukan benda baru ramai dah tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tanpa 'persekongkolan'....pihak berkuasa...judi(tanpa lesen) & maksiat/pelacuran/persundalan...tidak mungkin boleh 'hidup'.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 03:49 PM | Show all posts
bayaran beribu ringgit setiap bulan


40k/mth....pakej pompuan dadah onz.....sape x suke kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yang baru keluar gua tu???
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 04:49 PM | Show all posts
eh baru tau ke

tengok ler wakil rakyat kawasan tu dari parti mana

kalau dari PH memang hampir 100% konfem ada
yang ni rakyat dah tau
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
La... Takkan tak tahu selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 5-2-2022 10:39 AM
rahsia yg bukan lagi rahsia. bila nak settlekan masalah yg dah berpuluh tahun ni?

Low crime does not mean no crime……

All is well….under control…..

No worries
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tpt ai berniaga dulu tauke hotel tu terang2 jutawan biz judi. Tiap kali ada je makhluk2 pemakanan duit har@m ni dtg ambil imbuhan. Silih berganti wakil dr jabatan yg berbeza. Paling best rata2 melayu ye. Senang sgt nak kenal diarg ni sbb tpt ai berniaga tu tpt cina
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Already know asking also lah you ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua balai yg buat disko kat balai haritu ape cer?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196099 Replies : 4540
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30358 Replies : 178
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.190218 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list