|
RIBUAN penunjuk perasaan menyertai perhimpunan di Wellington sejak Selasa lalu. FOTO Agensi
Wellington: Gara-gara suaminya mengambil dos penggalak vaksin Covid-19, seorang wanita mahu meninggalkan lelaki itu.
Wanita itu yang menyertai perhimpunan antivaksin kerana memprotes dasar peraturan ketat Covid-19 yang berlangsung tiga hari di ibu negara memberitahu 1 News, dia tidak mahu ada kaitan dengan suaminya lagi selepas lelaki itu mengambil dos penggalak.
"Saya akan meninggalkan suami. Dia ambil dos penggalak hari ini. Saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengannya lagi," katanya.
Sebanyak 76 peratus penduduk sudah lengkap divaksin sebelum negara itu mewajibkan vaksin untuk profesion tertentu termasuk polis, doktor dan tentera.
New Zealand juga memperkenalkan pasport vaksin bagi mereka yang tidak menerima suntikan vaksin yang meninggalkan lokasi tertentu di luar sempadan.
Satu 'konvoi kebebasan' disertai ratusan kereta, trak dan motosikal bergerak ke Wellington sejak pagi Selasa lalu.
Kenderaan itu menghalang jalan di sekitar Parlimen dan menyebabkan lalu lintas sesak dengan ribuan orang turun ke jalan raya.
Mereka memegang sepanduk dan papan tanda menuntut kebebasan kembali dan menyerang Perdana Menteri, Jacinda Ardern.
Ada segelintir yang memasang khemah dan mahu duduk situ untuk jangka masa lama.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|