|
Kanak-kanak bergayut pada cadar untuk mengambil sari ibunya di tingkat sembilan sebuah pangsapuri. FOTO agensi
New Delhi: Umpama tidak berakal, seorang ibu di India tergamak menggadai nyawa anaknya semata-mata mahu mengambil sari yang jatuh di tingkat bawah rumah mereka.
Satu rakaman video tular menunjukkan kanak-kanak itu berpaut pada cadar dari balkoni tingkat 10 untuk mengambil sari yang jatuh di tingkat sembilan pangsapuri di Faridabad.
Insiden itu dirakam penduduk yang tinggal bertentangan bangunan diduduki anak beranak itu.
Menurut laporan, wanita itu mengikat anak lelakinya itu dengan cadar untuk mengambil sarinya.
Video yang diulang kongsi pegawai polis, Dipanshu Kabra di Twitter menunjukkan kanak-kanak itu berpaut pada cadar manakala ibunya dan ahli keluarga lain menariknya ke atas.
Tindakan mereka itu dikecam dan menjadi kemarahan warganet kerana membahayakan nyawa kanak-kanak itu.
Jirannya berkata, wanita itu tidak meminta bantuan atau nasihat sesiapa untuk mendapatkan kembali sarinya yang terjatuh di balkoni sebuah rumah yang berkunci.
"Dia sepatutnya berhubung dengan kakitangan penyelenggaraan daripada membahayakan nyawa anaknya sendiri," katanya.
13hmsari: kanak-kanak bergayut pada cadar untuk mengambil sari ibunya di tingkat sembilan sebuah pangsapuri. FOTO agen |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|