CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 1

Benam paku di kepala

[Copy link]
Post time 16-2-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode

IMEJ X-Ray menunjukkan paku sepanjang lima sentimeter terbenam di kepala mangsa. FOTO AGENSI

Islamabad: Polis Pakistan memburu seorang dukun selepas dia didakwa mengarahkan seorang wanita hamil membenamkan paku ke kepalanya sendiri bagi mendapatkan bayi lelaki.

The Independent melaporkan, ia bermula selepas imej X-ray tular di media sosial, selepas wanita itu tiba di hospital di bandar Peshawar dengan paku sepanjang lima sentimeter di kepalanya.

Ibu kepada tiga anak perempuan itu mendedahkan bahawa seorang dukun bertanggungjawab atas perbuatan mengerikan itu.

Katanya, suaminya mengugut untuk meninggalkannya, jika dia melahirkan anak perempuan keempat.

Polis Peshawar, pada Khamis lalu berkata, pihak berkuasa mengenal pasti wanita terbabit dan suaminya.

"Kesihatan mental wanita itu tidak kelihatan stabil dan dia sedang menjalani pemeriksaan kesihatan. Mangsa dan suaminya memutuskan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor psikiatri," kata polis.

Ketua polis Peshawar Abbas Ahsan mengumumkan bahawa satu pasukan khas ditubuhkan untuk membawa lelaki itu ke muka pengadilan kerana membabitkan nyawa seorang wanita yang tidak bersalah.

"Pasukan itu juga akan menyiasat mengapa kejadian itu tidak dilaporkan kepada polis oleh doktor yang merawat wanita berkenaan," katanya.

Menurut kakitangan hospital berkenaan, wanita itu mengalami pendarahan dan diberi pertolongan cemas sebelum dibawa ke bilik bedah.

Pakar bedah saraf, Dr Haider Suleman, berkata, paku menembusi jauh di dalam tengkorak wanita terbabit dan keluarga cuba untuk mengeluarkan paku itu di rumah, tetapi gagal.

"Dia berkata bahawa seorang wanita di kawasannya melakukan perkara yang sama dan melahirkan anak lelaki walaupun ujian ultra bunyi menunjukkan anak dalam kandungannya adalah perempuan," kata doktor itu.

Akibat takut kepada suaminya, mangsa didakwa berjumpa dukun yang memberinya azimat, untuk dibaca, dan paku.

"Mangsa kemudian pulang ke rumah dan membenamkan paku di kepalanya. Dia ditemukan ahli keluarga selepas dia menjerit kesakitan dan dipindahkan ke hospital," kata kakitangan hospital.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:07 PM | Show all posts
uishh
x sakit ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.076642 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list