CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3370|Reply: 16

perang dua sisi, aku jadi batu

[Copy link]
Post time 2-9-2010 05:52 AM | Show all posts |Read mode
salam, selamat pagi diucapkan kpd semua pembaca dan tak lupa mod sekalian. saya orang baru dan jadi SR selama ni, mohon tunjuk ajar. durian nak ceritakan tentang sesuatu yg mungkin pernah berlaku, sedang berlaku, atau akan kepada sesetengah pembaca. iaitu apabila dua puak kawan sendiri berperang, dan kita tersepit di antara mereka. ceritanya begini:

semuanya kerana mulut. kerana kata2. seorang kawan (T) telah mengeluarkan kata2 utk melakukan sesuatu. kata orang, kata itu kota tetapi atas sebab tertentu, ia tak dapat dilaksanakan. manakala sebelah pihak yg mendengar itu, telah menganggapnya sebagai janji. dan apabila janji tidak ditepati, maka sakitlah hati. dalam kes ini, mengikut logik akal, yg selayaknya digelar mangsa adalah orang lain. tapi lain pula apabila si dia (I) yg berlebih, bersuara dan menguarkan perkara yg terjadi. lebih menyedihkan apabila teknologi (fb) menjadi medium melampiaskan perasaan tidak puas hati. pelbagai tohmahan, sindiran, ejekan, dan gelaran dilemparkan. tambah haru apabila perbuatannya mendapat sokongan berpuak. seperti dicucuk, ditarik mereka bersetuju.

durian adalah kawan kepada kedua-dua belah pihak. sudah lama kenal, tahu keburukan, kebaikan. kalau yg tidak tahu tu, adalah rahsia masing2 dgn Tuhan. apa yg membuatkan durian terkilan, perkara ini tidak diselesaikan secara normal. secara musyawarah, diskusi, atau konfrontasi. semua nya bising, tetapi sembunyi. maksud durian, tidak bersemuka dgn T tetapi mengambil jalan berkerat rotan berpatah arang, segalanya cakap belakang. agak pedih juga melihat keadaan mereka, tidak tahu apa yg harus dilakukan. sudah lah bulan baik, perkara begini pula berlaku. setakat ini durian hanya bersikap neutral, tunggu dan lihat, tidak masuk campur, kerana durian tak mampu jadi jaksa pendamai. lagipun durian hanya dgr cerita sebelah T, tidak keduanya. tetapi pada pendapat durian, walau apa sekalipun, perlukah kerana perkara kecil, persahabatan jadi tak bermakna macam daun kering ?

jika anda dalam keadaan durian, apa yg anda akan lakukan? jika dibiarkan lebih lama, ia akan menjadi luka yg busuk dan bernanah. kerana mulut badan binasa, kerana fb perlukah silaturrahim mati ? mohon dijauhkan. minta pendapat pembaca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 03:46 PM | Show all posts
kalau aku,aku takkan pilih jadi batu...
alah jgnla tgk je durian,sayang je persahabatan diaorg tu,gi le pujuk dua2 belah pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 08:03 PM | Show all posts
ko lah kena bawak dorang duduk bersemuka dan berbincang pasal ni...miscommunication aje bila masing2 dah paham situasi dorang pun berbaik2 lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2010 12:04 AM | Show all posts
bukan taknak. tapi susah. perempuan kan. masing2 nak menang. mulut bisa. durian pulak jenis yang diam, tak banyak cakap. cuma apa yg durian perasan, seolah ada dalang yg mencucuk dan membakar supaya keadaan lebih hangat. sumber bahan api ni tak tau dari mana. durian sedih
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 11:48 PM | Show all posts
ko dengar dua-dua pihak.
ko bagi nasihat.
suruh bebaik.

kalo diorang mau dengar, baguslah...
tapi, ada gak yang bebal tanak dengar ni... lantak pi kat depalah.....

hohoho.... sebenarnya pasal FB ni, aku pun ada gak kawan-kawan yang bergadoh, pompuan gak. sampai la ni tak baik-baik.... sampai remove2 friend, tapi pasang kaki jugak spy-menypy... intai-intai dalam rindu...

bila akal depa dah matang sket nanti, pandailah depa bebaik balik....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 11:54 PM | Show all posts
durian tak leh buat apa, kalau depa nak gak gadoh2.. kalau durian dah nasihat, depa tak mau dengaq....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2010 12:24 AM | Show all posts
sila upload video tentang indahnya persahabatn dlm fesbuk, pastu tag ramai2 yg bermusuh-musahan tuh. semoga insap.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 01:19 AM | Show all posts
sila upload video tentang indahnya persahabatn dlm fesbuk, pastu tag ramai2 yg bermusuh-musahan tuh. ...
hAzEL^nut Post at 4-9-2010 00:24



    idea yg bernas n boleh dguna pakai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2010 09:22 AM | Show all posts
sbg kawan yg dah lama kenal umpama aur dgn tebing, haruslah saling membantu. ular menyusur akar takkan hilang bisanya.. berbicalah dgn kedua belah pihak didinding supaya mereka dpt lebih memahami ketidakpuasan hati antara satu dgn yg lain walaupun isinya umpama kaca terhempas ke hati.. kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. pasti ada permasalahn yg lebih besar disebaliknya. bacang dibungkus tentu baunya terkeluar juga. masak durian, masaklah manggis.

tarik rambut dalam tepung, rambut jgn putus, tepung jgn selerak. mungkin akan memakan masa. tapi, genggam bara api biar sampai jadi arang. cubalah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

sekian dari saya. untung lelaki, cari carikan, untung perempuan, nanti nantikan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 10:53 AM | Show all posts
ko buat bodoh jek.. penat nanti kang they will stop la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 04:52 PM | Show all posts
Reply 1# duri_durians

eh.. ko kawan aku ke? sbb rasanya......

ada sorang kawan aku yg 'mungkir janji'.. mula2 tu aku takde rasa papepun
sbb dah biasa sangat kawan tu mungkir janji tapi masalahnya pulak..
yg kawan tu sendiri pulak provoke2 aku, asyik la tanya "ko marah ke?" byk kali
sudahnya, daripada relax2 je takde pape, aku terus jadi marah!

pastu aku start la letak kat status segala hadith & ayat Quran tentang mungkir janji
Ya Allah... jahatnya aku.. mempergunakan ayat suci untuk tujuan macam tu
tapi yelah kan.. niat sebagai ingatan utk diri sendiri (& orang lain jugak)
sudahnya kawan tu terasa & terus provoke2 aku lagi.. letih betul

so.. adakah cerita ni sama dgn cerita kawan2 ko? adakah kita berkawan?

sebagai orang yg pernah (mungkin masih) melalui benda ni, apa yg aku boleh nasihatkan,
DIAM.. sila diamkan diri.. jangan cakap apa2 kepada kedua belah pihak..
sebab apa? masing2 ada ego.. masing2 tak nak kalah.. ko sendiri yg cakap, kan?
so.. apa je yg ko cakap, takkan didengar.. lebih teruk, mungkin jadi salah faham
sudahnya mereka tu akan bergaduh lagi teruk.. so? biarkan saja..

kalau ko rasa stress nak hadap 'perang status' kat fb tu, HIDEkan saja mereka tu
ko sentiasa ada pilihan ditangan ko.. HIDEkan mereka.. jangan lagi ambil tahu..
masing2 dah besar kan? nak gaduh2 macam budak kecik tu buat apa la kan
konon kalau hentam pihak lain dapat burukkan orang tu, biar semua orang tahu
padahal tak sedar menjatuhkan maruah sendiri.. orang akan kenal dia sebagai 'pembuka aib'

so.. jangan masuk campur.. biar mereka selesaikan sendiri.. hide, hide, hide!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 07:43 PM | Show all posts
hanya mampu geleng kepala......manusia.....
begitukah sikapnya......
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 02:49 PM | Show all posts
idea yg bernas n boleh dguna pakai...
troy_kitaro Post at 4-9-2010 01:19


mmg bernas..macehh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 11:43 PM | Show all posts
thanks cik keboom dan mziskandar atas nasihat. mziskandar ambil kelas sastera ke sekolah dulu?
addamnor, ni sedang buat bodoh. kalau buat pandai, lain pula jadi.
nemesis, eh, harap2 tidak lah. malu hamba. tapi apa kata cik nemesis pm hamba. mungkin kita dapat mengetahuinya.
widuri, dah tergeleng-geleng macam orang ditempeleng dah.

sila upload video tentang indahnya persahabatn dlm fesbuk, pastu tag ramai2 yg bermusuh-musahan tuh. ...
hAzEL^nut Post at 4-9-2010 00:24


cik hazelnut, mana nak cari bideo2 tu. durian tak rajin tau nak teroka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 11:24 AM | Show all posts
thanks cik keboom dan mziskandar atas nasihat. mziskandar ambil kelas sastera ke sekolah dulu?  
...
duri_durians Post at 5-9-2010 23:43



    sila bukak youtube n click sahabat sejati..macam2 kuar...


xpun, meh add fesbuk aku untuk mendapatkn bideo2 yg besh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2010 05:36 AM | Show all posts
klu dlm keadaan begini, TT kene ambil sikap atas pagar.....klu boleh jgn putuskan sillaturahim antara kedua dua belah pihak....cuma sbg org tengah, cube beri pandangan2 yg positif antara satu sama lain....insyaallah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2010 07:50 AM | Show all posts
klu dlm keadaan begini, TT kene ambil sikap atas pagar.....klu boleh jgn putuskan sillaturahim antar ...
rosemary70 Post at 12-9-2010 05:36


tengs atas nasihat kak rosemary. sedang cuba duduk atas pagar. camat ari raya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.059978 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list