CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 941|Reply: 9

Budak 9 Tahun Mati Ditembak Dalam Kereta, Penembak Tersalah Sasar Ingatkan Perompak

[Copy link]
Post time 22-2-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditembak mati ketika berada di bahagian belakang kereta ibu bapanya ketika mereka dalam perjalanan ke majlis makan malam sempena sambutan Hari Kekasih.


Daily Star melaporkan, kejadian berlaku ketika Arlene Alvarez, 9, sedang menonton filem dengan fon telinganya selepas bapanya berhenti di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS).


Bapa kanak-kanak perempuan itu, Armando Alvarez, memanggil keluarganya untuk berlindung, tetapi anak perempuannya tidak dapat mendengar kerana berbaring di tempat duduknya dan terperangkap dalam bahaya.


Arlene Alvarez, Foto: Daily Star




"Saya tidak menjerit cukup kuat. Saya tidak tahu dia memakai fon telinganya," katanya.


Arlene dikejarkan ke hospital berdekatan dengan kecederaan kritikal sebelum dia meninggal secara tragis keesokan harinya.


Ibunya menyifatkan Arlene sebagai wira selepas mengetahui anaknya itu mati otak akibat kecederaannya.


Jabatan Polis Houston mengesyaki kanak-kanak itu ditembak seorang lelaki dikenali sebagai Tony D Earls yang tersalah sasaran.


Earls percaya dia menembak seorang lelaki yang baru sahaja merompaknya, tetapi lelaki itu melarikan diri dari tempat kejadian.


Earls dilaporkan menembak kereta Alvarez dari jarak hanya kira-kira 3 meter.


CNN melaporkan, penembak berusia 41 tahun itu didakwa melakukan serangan dengan senjata, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam dalam tahanan, lapor CNN.


Peguam keluarga itu, Rick Ramos berkata, Earls tidak mempunyai alasan kukuh untuk mempertahankan diri kerana tiada ancaman segera atau ketakutan memandangkan suspek rompakan sudah tiada.


Sementara itu, identiti suspek rompakan yang masih bebas, sedang dalam siasatan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2022 11:54 AM | Show all posts

Washington: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditembak mati ketika berada di bahagian belakang kereta ibu bapanya ketika mereka dalam perjalanan ke majlis makan malam sempena sambutan Hari Kekasih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Auto teringat kes aminurasyid. Yg ni lg kesian
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis ke yg tembak tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 22-2-2022 12:07 PM
Auto teringat kes aminurasyid. Yg ni lg kesian

Yaaa, kes ni. Tak logik la dia pi tembak budak tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 22-2-2022 12:27 PM
Yaaa, kes ni. Tak logik la dia pi tembak budak tu kan..

I pulak rasa mcm logik. Sbb tgh2 malam, dah suruh stop xmau stop. Bawak mcm penjenayah. X sangka budak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 22-2-2022 12:40 PM
I pulak rasa mcm logik. Sbb tgh2 malam, dah suruh stop xmau stop. Bawak mcm penjenayah. X sangka b ...

Dah mmg buat salah harus la gelabah kak anon..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 12:47 PM | Show all posts
Dahlah kena rompak, bakal kena manslaughter pulak.  Geng NRA ratib gun don’t kill people, people kill people..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 01:50 PM | Show all posts
puncanya s i perompak= tapi perompak lepas
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 22-2-2022 12:07 PM
Auto teringat kes aminurasyid. Yg ni lg kesian

sama la i pun.. tapi budak ni memang totally tak bersalah.. kesiannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5588 Replies : 26
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11457 Replies : 108
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 260010 Replies : 6565
Paderi Kristian jual lot tanah di syurga harga USD100,boleh bayar melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay,pelan pembayaran ansuran.
YgBenarPaderi Kristian jual lot tanah di syurga
Views : 8313 Replies : 10
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 27981 Replies : 171
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 6918 Replies : 21
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12378 Replies : 43
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76451 Replies : 3164
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117599 Replies : 1560
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 105316 Replies : 2904

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.134952 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list