CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1317|Reply: 2

Wanita tergamak menari di sisi suami terlantar sakit

[Copy link]
Post time 22-2-2022 12:03 PM | Show all posts |Read mode

VIDEO Cui Fangli menari di sisi suaminya yang terlantar sakit mengundang kecaman netizen. FOTO Agensi

Beijing: Seorang wanita di China menerima kecaman hebat di laman sosial dan dituduh tidak berhati perut kerana tergamak memuat naik video di laman sosial menunjukkan dia menari di sisi suaminya yang terlantar sakit.

Menurut laporan berita Qianjiang, ada netizen mendakwa Cui Fangli, 46, melakukannya kerana mahu 'membunuh' suaminya, Fang Jianhui supaya dirinya dapat pengganti baru.

Hakikatnya, Cui tiada niat buruk, namun melakukannya untuk menghilangkan tekanan.

Ia kerana Fang hilang keupayaan berjalan termasuk makan dan membuang air besar serta kecil sendiri selepas diserang strok pada 2019.

Jadi, rutin harian Cui adalah membantu Fang bersenam untuk mengelakkan degenerasi otot, memberi makanan melalui saluran tiub dan mengeluarkan lendirnya setiap dua jam untuk memastikan saluran pernafasannya bersih.

"Saya seorang yang positif. Tidak kira betapa sukarnya kehidupan, saya tidak mengeluh. Saya terus ketawa.

"Saya pernah menari dengan penduduk kampung di dataran, tetapi selepas suami jatuh sakit, saya tidak boleh ke mana-mana, jadi ada kalanya saya menari di rumah.

"Saya hanya ingin berkongsi rutin kami memerangi penyakit. Tidak pernah terlintas di fikiran saya yang perkongsian itu akan mengundang kecaman.

"Bagaimanapun, daripada perspektif lain, ia menjadikan saya terkenal dan tidak ada salahnya," katanya.

Fang terlantar selepas dimasukkan ke hospital dengan degupan jantung lemah dan doktor mengatakan dia mengalami pendarahan otak.

"Kini dia boleh berkomunikasi dengan pergerakan jari yang mudah," kata Cui.

Selepas strok, doktor berkata, Fang akan berada dalam keadaan terlantar sepanjang hayatnya.

Bagaimanapun, Cui enggan berputus asa dan berkeras untuk menjaganya walaupun suaminya itu akan kekal terlantar.

Di sebalik kecaman, ramai pengguna dalam talian tersentuh dengan cinta, keberanian dan keyakinan pasangan berkenaan.

"Jarang hari ini seorang isteri kekal ada di sisi selama tiga tahun selepas suaminya lumpuh," tulis seorang pengguna di Weibo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Video pelik2 gini kalau tak dari jiran sebelah, mesti dari tanah besar sana...2x5 je perangai tah hape hape
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 04:02 PM | Show all posts
takde hati perot ekk
aduh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.053512 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list