CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1249|Reply: 0

Kaki dipotong lepas makan lebihan makanan

[Copy link]
Post time 22-2-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kaki yang dijangkiti sepsis. FOTO Agensi

London: Kaki seorang pelajar terpaksa dipotong akibat sepsis (bakteria dalam darah) selepas memakan lebihan makanan disimpan di dalam peti sejuk.

Daily Star melaporkan pemuda itu yang hanya dikenali sebagai JC dalam New England Journal of Medicine dikatakan memakan hidangan ayam dan mi dibeli rakannya dari sebuah restoran pada malam sebelumnya dan serta-merta jatuh sakit.

Suhu badannya sangat tinggi dan degupan jantungnya meningkat kepada 166 denyutan seminit sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk diberi ubat penenang.

Menurut rekod, budak lelaki itu tidak mempunyai alahan, menerima semua vaksinasi ketika kanak-kanak dan jarang minum alkohol.

Bagaimanapun, JC ada tabiat iaitu menghisap dua kotak rokok setiap minggu dan ganja setiap hari.

Keadaan JC terus bertambah teruk dan terpaksa dibawa ke hospital lain melalui helikopter untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan laporan perubatan, JC dalam keadaan sihat sehingga 20 jam sebelum dimasukkan ke hospital.

Dia mengalami sakit perut dan loya selepas makan nasi, ayam, dan lebihan makanan dibeli dari restoran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.529686 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list