Post Last Edit by t@t at 2-9-2010 10:45
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (Mitsubishi) akan memperkenalkan model terbaru ASX kompak pada suku keempat tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tetsuya Oda berkata, model terbaru ASX itu telah men-dapat sambutan menggalakkan di beberapa pasaran utama global sejak dilancarkan baru-baru ini. ''Kami sedang bekerja keras untuk membawa model tersebut ke Malaysia dan mengumumkan ia akan masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
''Salah satu sasaran utama Mitsubishi adalah menyediakan pelbagai pilihan kereta kepada rakyat Malaysia dan yakin ASX akan diterima pasaran tempatan,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Setakat ini, model terbaru itu telah mendapat maklum balas positif di seluruh dunia termasuk dari Amerika Utara dan Australia. Ia telah dilancarkan di Jepun dengan nama RVR pada bulan Februari lalu.
Model terbaru itu menggabungkan kelebihan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan kualiti sedan, konsep utama model itu adalah 'saiz pintar' iaitu lebih kompak berbanding SUV biasa, tetapi lebih besar dari kereta kompak. ASX mencapai kemudahan utiliti terbaik dan prestasi mengagumkan, kecekapan mesra alam dan reka bentuk dalaman dan luaran menarik dalam saiz kompak.
Ia turut menyediakan ruang letak barangan sempurna bagi setiap situasi, selain memberikan penjimatan minyak kerana badannya yang ringan.
Model ASX itu juga didatangkan dengan enjin 2.0 liter dan menggunakan blok aluminium ringan bagi prestasi optimum. Maklumat lanjut sila lawati bilik pameran Mitsubishi atau layari www.mitsubishi-motors.com.my serta talian 03 7622 2202.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm |