versi BM
Leissner akui guna wang 1MDB beli rumah di London untuk kekasih
BEKAS pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner ketika memberi keterangan di mahkamah di New York semalam mengakui menggunakan wang diterima daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk membeli sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta (RM41.8 juta) untuk kekasihnya pada masa itu, Rohana Rozhan, lapor Bloomberg. Rohana pada masa itu ialah ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd.
|