CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1644|Reply: 9

Taktik Scammer Terbaru! Ditakutkan Dengan Waran Tangkap Dan Beku Aset, Wanita Ini Hampir Terpedaya

[Copy link]
Post time 10-3-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, ada sindiket penipuan yang disyaki oleh dari kumpulan Macau Scam yang makin aktif.

Malahan, ramai yang sudah hampir terpedaya dengan sindiket ini yang makin lama makin kreatif dengan modus operandi terbaru.

kredit foto: Awani/Facebook



Petikan dari odisi, satu hantaran oleh Nurhusna Said melalui sosial media Facebook yang menceritakan pengalamannya dan berharap ceritanya disebarkan supaya orang ramai sedar dengan taktik terbaru yang digunakan untuk mengambil duit mereka yang terpedaya itu.



Difahamkan, Nurhusna menjelaskan yang bagaimana dia hampir termakan umpan sindiket itu dan sindiket itu pandai menggunakan nama penuhnya dan nombor MyKad dia dalam bentuk surat waran tangkap bersama akta yang diletakkan di dalam surat itu.

kredit foto: Facebook



Berikutan itu, Nurhusna berharap ramai lagi akan bongkarkan sindiket Macau Scam ini kepada orang ramai supaya mereka tahu ini adalah adalah sindiket penipuan dan bukan dari kerajaan Malaysia. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 03:58 PM | Show all posts
scammer ni elok masuk kelas bahasa melayu la

belajar buat surat rasmi betul2

siap ada seal lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ni surat ke sijil? [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Main hentam je buat surat
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 12:36 AM | Show all posts
haritu kat mall, geng UNHCR tahan mintak derma

tapi tanak cash, nak visa or mastercard sahaja

dan kena provide nama penuh, alamat, nombor IC, nombor telefon, entah details ape lagi dia suruh isik

memang tak lerr.. gila.. korang jangan bagi maklumat peribadi kalau orang mintak kat kedai/ mall.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 01:21 AM | Show all posts
uish dah pandai hantar surat ke sekarang? mau gelabah bapa I kalau dapat surat macam ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2022 05:48 PM | Show all posts
Adrif replied at 11-3-2022 12:36 AM
haritu kat mall, geng UNHCR tahan mintak derma

tapi tanak cash, nak visa or mastercard sahaja



Lain kali buat macam ni u
I mean, kenapa nak paksa kan. Walaupun pahala dapat, tapi I think lagi besar sesebuah organisasi kebajikan tu lagi lambat dana tu sampai ke mangsa yang betul2 memerlukan dan lagi banyak pembaziran untuk tanggung kos macam2.

Untuk tak off topic, surat tu sekali tengok pun dah tahu fake. Lainlah kalau scammer tu hantar sekali dengan pukau (boleh ke?).

See, sebab tu lah semakin bertambah umur ni semakin malas nak deal dengan benda yang tak perlu dalam hidup. Data terdedah, etc. Hidup secara basic je lagi aman harmoni tak mengundang.



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru dapat call dari INCOME TAX.
Heran dah tukar phone no pun boleh kata kita ada hutang income tax. Sah2 lah scammer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 06:08 PM | Show all posts
mana pernah ada surat rasmi kerajaan ade cop mcm sijil,adeiii konon nak ori la tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 06:29 PM | Show all posts
Adrif replied at 11-3-2022 12:36 AM
haritu kat mall, geng UNHCR tahan mintak derma

tapi tanak cash, nak visa or mastercard sahaja

Klo aku nampak geng ni dari jauh, aku akan uturn. Sanggup ikut jalan jauh dpd kena hadap geng ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047694 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list