CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Borneo] Mulai 1 April, Pengembara Tak Lengkap Vaksinasi Mesti Kuarantin 5 Hari Selepas Tiba

[Copy link]
Post time 10-3-2022 08:04 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Mulai 1 April, pengembara yang belum lengkap vaksinasi atau langsung tidak menerima vaksinasi mesti menjalani kuarantin selama lima hari selepas tiba di negara ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan berkata, selepas selesai kuarantin, individu tersebut mesti mengikut syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

“Sebagai contoh, tidak boleh ‘dine-in’ di restoran kerana tidak menerima vaksinasi lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, jika seseorang sedang menjalani kuarantin sebelum 1 April, perintah kuarantin individu tersebut akan tamat pada 1 April.

“Sebagai contoh, jika seseorang individu mula menjalani kuarantin pada 29 Mac, kuarantin tersebut akan tamat pada 1 April 2022,” kata Khairy

Individu berusia 17 tahun ke bawah pula tidak perlu menjalani kuarantin tanpa mengira status vaksinasi, tetapi perlu menjalani ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan di Malaysia.

Tambah Khairy, pengembara yang dikecualikan daripada vaksinasi atas sebab kesihatan mesti memuat naik bukti pengecualian yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan ke aplikasi MySejahtera.

Beliau kemudian melancarkan portal baharu yang mengandungi maklumat mengenai segala protokol berkaitan Covid-19.


sabahpost.net/2022/03/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057227 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list