View: 936|Reply: 1
|
Bastianini mahu berada di podium
[Copy link]
|
|
BASTIANINI kekal positif dengan potensi jentera menjelang perlumbaan GP Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika hujung minggu ini. – AFP
Bastianini mahu berada di podium
LOMBOK – Pemenang Grand Prix (GP) Qatar, Enea Bastianini tidak mahu terlalu mendabik dada menjelang perlumbaan GP Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.
Meskipun melakar sejarah tersendiri di Qatar minggu lalu, namun pelumba pasukan Gresini Racing itu percaya saingan pasti menjadi lebih sengit menjelang pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu nanti.
Bastianini mengakui, dia tidak tahu sama ada mampu untuk menampilkan aksi sama seperti di Qatar, namun percaya kemampuan jentera berdasarkan catatan masa dilakukan pada sesi ujian pramusim sebelum ini.
“Sudah tentu saya tidak pasti kami boleh terus pantas seperti di Qatar pada GP Indonesia nanti. Bagaimanapun, saya percaya dengan potensi yang dimiliki jentera kami.
“Kami sangat pantas di Jerez dan Mandalika pada ujian pramusim terdahulu. Selain itu, saya juga turut melakukan rekod sepusingan di Malaysia, justeru saya mahu terus berada di podium,” kata pelumba Itali itu.
Pada masa sama, dia juga berwaspada dengan potensi yang dimiliki pasukan-pasukan lain termasuk KTM dan Repsol Honda berdasarkan perlumbaan di GP Qatar minggu lalu.
“Memang saya yakin dengan kemampuan diri tetapi anda semua tahu apa yang boleh dilakukan oleh Pol Espargaro (Honda), Brad Binder (KTM) serta pelumba-pelumba lain. Oleh itu, saya tidak boleh terlalu selesa,” ujar Bastianini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/03/14/bastianini/
|
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan podium lagi ...klu fabio tak buat hal selepas dpt P1 for today
Good luck riderssss !! |
|
|
|
|
|
|
| |
|