CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1540|Reply: 17

[Politik] Rafizi Ramli vs Saifuddin Nasution. Siapa pilihan ahli PKR?

[Copy link]
Post time 17-3-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 17-3-2022 10:12 PM


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dilihat akan memberi saingan kepada Rafizi Ramli bagi merebut jawatan timbalan presiden.

PETALING JAYA: Saingan merebut jawatan nombor dua PKR bakal menyaksikan pertembungan antara Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail dengan Naib Presiden Rafizi Ramli, kata sumber.

“Farhash tidak akan merebut jawatan itu sekiranya Saifuddin bertanding. Beliau akan membantu kempen Saifuddin,” kata sumber itu, merujuk kepada Farhash Wafa Salvador, yang juga bekas pembantu kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Farhash menjadi antara individu dalam PKR yang lantang mengkritik Rafizi, bekas Ahli Parlimen Pandan berhubung keputusan kembali aktif dalam politik dan mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, dalam pemilihan parti itu, tahun ini.

Pada 2018, Rafizi mencabar Timbalan Presiden PKR ketika itu, Azmin Ali, namun tewas tipis. Setahun kemudian, beliau mengambil keputusan berundur daripada kancah politik, sambil menyatakan mahu memberi tumpuan terhadap projek baharunya.

“Saifuddin pasti akan memberi cabaran getir kepada Rafizi, perebutan itu akan menjadi sengit mengambil kira Saifuddin juga adalah orang kuat parti,” kata sumber itu.

“Beliau dilihat akan memberi lebih saingan kepada Rafizi berbanding Farhash”.

Jawatan timbalan presiden parti itu kosong selepas Azmin dipecat susulan “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020.

PKR akan mengadakan pemilihan pada Mei ini.

Single Polls, Total 18 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2022 09:34 PM | Show all posts
plihan ke 3- who cares? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tk president terus.. anwar ibrahim dah tak relevan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 08:21 AM | Show all posts
Rafizi terbukti brilliant dalam menyerang pihak lawan dengan strategi, persisteng, ada retorik yang bagus, serangan yang bermakna kpd rakyat... aku hari tu kalau dapat nak tengok mcm mana dia mentadbir pulak bila dpt pegang kuasa yg besar sedikit spt menteri.. cuma atok dulu tak mau dia naik, takut dibayangi barangkali..

Semua yang lain di dalam pkr ini cuma tipikal watak yang mahir jaga tembolok sendiri atau jaga geng sendiri sahaja, cuma tahu jaga kedudukan dalam parti dan mahir ambik nama sahaja.  ... tetapi peranan yang lebih besar seperti menghadapi cabaran semasa, menangani serangan pihak lawan dan pengurusan pentadbiran ini kelihatan lemah semuanya, kelihatan seperti sampah semuanya... Sebab itu pkr cuma parti yang cenderung berpuak-puak, kelihatan lemah dan tidak berpengaruh langsung bila dilihat dari luar... kelemahan yg akhirnya akan menjurus kpd strategi paling low clas iaitu penggunaan politik wang dalam mencari pengaruh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 08:57 AM | Show all posts
kalo saifuddin nie naik, seronok la member aku....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:11 AM | Show all posts
rafizi kaki penipu

saifudin pun kaki penipu

PKR ni kalau tak menipu bukan PKR

dah terbukti semua PRN semua kerusi kalah..tu la kuat lagi menipu

hanya org PH je undi org menipu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2022 09:12 AM | Show all posts
card_reader replied at 18-3-2022 08:57 AM
kalo saifuddin nie naik, seronok la member aku....

Kalo pizi formula ni naik senior aku kat uni plak happy kot..

aku tgk kat fb senior aku dia selalu tag mamat ni...

rajin main beskal lagipon diong sama2 penah study kat mckk cuma senior aku ni batch atas dia kot.


maybe dia pon antara org yg suruh mamat ni buat comeback..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:12 AM | Show all posts
pilihan netizen mesti la rafizi.

tapi dlm parti, mungkin tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dua2 kaki kencing
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pilihan ketiga iaitu mangkuk jamban
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:33 AM | Show all posts
vaious replied at 18-3-2022 09:12 AM
Kalo pizi formula ni naik senior aku kat uni plak happy kot..

aku tgk kat fb senior aku dia sel ...

harap belaja MCKK tapi menipu tak guna,  org pun malu nak tag

politik ni biar la SPM ke Penilaian darjah 5

kalau belajar kat MCKK senior hang tu menipu pun ko percaya tu yg susah bila jadi taksub.

bila taksub fakta dgn auta, auta tu tu pun org pandai blh kene tipu.

bang non tu pun MCKK  blh la suruh resign. ganti org lain la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:46 AM | Show all posts
pasa replied at 18-3-2022 09:33 AM
harap belaja MCKK tapi menipu tak guna,  org pun malu nak tag

politik ni biar la SPM ke Penilaian ...

haha... zaman reformasi dulu2 aku mengaku antara pengkagum puak2 depa ni...
skang tak lagik..pusing2 mostly sama je lanch** politaiksyen seko2 tak kira la mana2 parti..



generasi super ring je skang belum sedar lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:10 AM | Show all posts
Tetap utuh menyokong rapiji dek kerna dia mampu memberi idea & "formula" yang hebat tak tercapai dek akai org2 biasa.. idea seperti harga petrol, bukan sahaja mampu selesaikan masalah di Malaysia, hatta di donia yang sedang alami kenaikan harga petrol kaa gas kaa apa kaa .. harap2 negara2 lain cepat laa rebut rapiji sebelom terlambat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 18-3-2022 11:10 AM
Tetap utuh menyokong rapiji dek kerna dia mampu memberi idea & "formula" yang hebat tak tercapai dek ...


Joe Biden needs him badly
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:30 AM | Show all posts

betoi tuu... si Biden takkan nak kalah next election lak kan... harga naik gila2 sana.. takkan US gomen ni bodoh sangat tak nampak kehebatan "formula petrol" rapiji ...



Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:33 AM | Show all posts
Kompem Rapizi jadi pilihan. Pilih la sesiapa pun, mmg takkan dapat rampas putrajaya semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 18-3-2022 11:30 AM
betoi tuu... si Biden takkan nak kalah next election lak kan... harga naik gila2 sana.. takkan US  ...

Let's go Brandon
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm parti sendiri yg bilangan nya ciput pon berebut2 jawatan. Apa la yg boleh diharapkan? I sokong klau lapiji masuk umno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054983 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list