Pulanglah - Aishah
( ...Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah... )
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )
Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya
Gambar ihsan google
salam semua saudara2ku.
~ hari raya menjelang tiba kuih disiap, baju tersedia mari bermaafan sesama kita moga direstui Yang Maha Esa ~ kain putih di buat baju baju di tempah kedai seberang kalau ada salah dan silap ku harap di maaf terlebih terkurang
~
Di jemput semua utk ucapkan hari raya kepada sesapa saja, kekasih ke, ex korang ke, ex ex ex korang ke, lecturer or whoever. tak kisah poremner atau tak. kalau nak ucap utk org yg (bukan nama sebenar) pun takper. kekadang kemaafan susah nak di lafazkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin |