|

Suspek kes bunuh seorang warga Myanmar dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini, untuk permohonan reman bagi membantu siasatan. FOTO AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN.
Seremban: Suspek yang disyaki menikam sehingga mati rakan senegaranya di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di sini, pagi semalam, direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes terbabit.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban di sini.
"Suspek yang disyaki terbabit dengan kematian seorang remaja lelaki etnik Rohingya berusia 19 tahun di sebuah rumah di Bukit Tembok direman sehingga 13 April ini.
"Permohonan reman terhadap suspek yang berusia 40 tahun dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah di hadapan Majistret Intan Syafinaz Ros'lin hari ini," katanya pada kenyataan.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, mayat lelaki warga Myanmar ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan terdapat kesan tikaman pada perut di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok, jam 9.40 pagi semalam.
Mayat ditemui seorang lelaki tempatan yang memeriksa kediaman yang turut didiami suspek selepas suspek melarikan diri sejurus bergaduh dengan mangsa.
Nanda dilaporkan berkata, suspek kemudiannya ditahan anggota Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dalam sebuah kedai pakaian di Jalan Aston, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, jam 1.30 tengah hari semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... umah-direman-7-hari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|