CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Polis buru wanita larikan gelang emas

[Copy link]
Post time 9-4-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN CCTV di tempat kejadian.

Kuala Pilah: Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian wanita melarikan gelang tangan emas dari sebuah kedai emas di sini, tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Gani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.18 malam tadi.

Beliau berkata, kejadian dikatakan berlaku pada jam 3.45 petang semalam.

Katanya, laporan dibuat seorang wanita yang juga jurujual di kedai emas berkenaan.

"Berdasarkan laporan, seorang wanita melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram yang dianggarkan bernilai RM10,000.

"Suspek berbadan gempal, warna kulit sawo matang serta dipercayai berusia 30-an.

"Suspek turut dibantu seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha NVX berwarna merah tanpa nombor pendaftaran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amran berkata, polis masih menjalankan siasatan terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum itu, tular di Facebook, video rakaman kamera litar tertutup ( CCTV) menunjukkan kejadian

Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan sebelum itu dipercayai memegang gelang tangan emas berkenaan sebelum melarikan diri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... larikan-gelang-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053094 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list