CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 0

[Johor] Pengguna, peniaga merungut minyak masak paket 1 kilogram tak cukup

[Copy link]
Post time 9-4-2022 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Pengguna di beberapa lokasi di bandar raya ini mendakwa minyak masak paket bersubsidi yang dijual dengan harga RM2.50 sekilogram habis sejak dua minggu lalu.

Tinjauan di Tampoi dan Pandan di sini, mendapati beberapa kedai dan pasar raya mendakwa kehabisan stok minyak masak paket berikutan permintaan yang tinggi dan bekalan yang tidak banyak.

Pekerja sebuah kedai runcit di Tampoi yang mahu dikenali sebagai Nizam, 27, berkata bekalan minyak masak paket satu kilogram yang tidak konsisten menyebabkan bekalan bahan itu terputus sejak dua minggu lalu.

"Minyak masak paket satu kilogram memang menjadi rebutan sejak dulu namun bekalannya sudah terputus sejak dua minggu lalu menyebabkan pelanggan marah.

"Kebiasaannya majikan membuat pesanan dua kotak besar minyak masak paket setiap dua hari, namun sejak dua minggu lalu bekalan belum lagi dihantar, bila majikan saya minta untuk beli lebih pun pembekal kata tiada.

"Pembekal mendakwa stok tiada selain menyatakan mereka menerima permintaan lebih tinggi dari biasa sejak beberapa bulan lalu dan tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi," katanya.

Sementara itu, pengguna Alias Mohamed, 44, berkata keputusan bekalan minyak masak paket itu menyebabkannya terpaksa membeli minyak masak botol yang lebih mahal.

"Saya terbeban kerana minyak botol terlalu mahal apatah lagi saya belum mendapat pekerjaan baharu selepas diberhentikan kerja.

"Saya terpaksa beli minyak masak botol apabila tidak dapat beli minyak masak paket yang sudah dua minggu tiada di pasaran. Banyak lokasi kedai saya sudah pergi,namun semuanya tiada bekalan," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata pemeriksaan yang dibuat agensi itu mendapati stok minyak masak paket bersubsidi sepatutnya mencukupi.

"Menerusi pemantauan anggota KPDNHEP di sesetengah lokasi mendapati minyak masak paket ini menerima permintaan cukup tinggi, sehingga ada lokasi sudah kehabisan stok tidak sampai sehari selepas ia diletakkan di atas rak kedai.

"Bagaimanapun, kita akan terus pantau keadaan semasa. Bekalan mungkin mengalami sedikit kelewatan selepas stok habis dalam kadar waktu yang singkat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kilogram-tak-cukup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.075318 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list