View: 713|Reply: 0
|
Martin terus konsisten, raih petak utama
[Copy link]
|
|
Martin terus konsisten, raih petak utama
MARTIN mempamerkan tunggangan mantap di GP Amerika. FOTO AFP
Austin: Jorge Martin meraih petak utama buat kali kedua musim ini di Grand Prix (GP) Amerika tatkala Ducati menyapu bersih lima tempat hadapan di petak permulaan.
Martin, yang menduduki tempat kedua di Argentina hujung minggu lalu, mempamerkan aksi yang tidak dapat dilupakan selepas mempamerkan tunggangan cemerlang pada pusingan terakhir kelayakan.
Dia mengetepikan pelumba Australia, Jack Miller dengan kelebihan 0.003 saat (s) diikuti dengan penunggang Ducati yang lain seperti naib juara keseluruhan 2021, Franceso Bagnaia, Johann Zarco dan Enea Bastianini,
Martin sekarang ini sudah berjaya meraih barisan depan di petak permulaan dalam keempat-empat perlumbaan musim ini.
"Selepas kemalangan di sesi latihan bebas (awal Sabtu), saya tidak menjangka akan dapat meraih petak utama.
"Jadi terima kasih kepada pasukan di atas kerja yang hebat, mengembalikan saya ke landasan yang betul, saya sangat gembira dan fokus pada hari esok. Kedudukan petak utama amat bermakna. Kami sangat pantas," kata Martin.
Ia juga adalah petak utama keenam buat pelumba kelahiran Madrid itu sejak menyertai MotoGP tahun lalu.
Dia juga berjaya meraih petak utama pada perlumbaan pembukaan di Qatar dan kedua terpantas di Indonesia serta Argentina.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... en-raih-petak-utama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|