CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 0

[Johor] Kejut sahur guna kompang, gendang kembali meriah

[Copy link]
Post time 11-4-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Kota Tinggi : Kedatangan bulan Ramadan bagi penduduk Felda Gugusan Adela, di sini lebih meriah dengan aktiviti kejut sahur menggunakan tepukan kompang dan paluan gendang.

Wakil Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Gugusan Adela, Afifi Ezuan Samsu, 31, berkata aktiviti itu dijalankan oleh sekumpulan belia generasi kedua dan tiga felda berkenaan setiap hujung minggu.

Katanya aktiviti mengejutkan masyarakat yang beragama Islam bangun sahur bermula seawal jam 3.30 pagi.

"Sebenarnya aktiviti kejut sahur ini bermula sejak 2018, namun dihentikan seketika pada 2020 akibat pendemik Covid-19.

"Tahun lalu, aktiviti ini berjalan tetapi terhad kepada 20 orang dan menggunakan motosikal dan hon.

"Berbeza kali ini, dengan penyertaan hampir seratus orang, dengan sebahagian besar bermotosikal mengiringi lori dan pacuan empat roda yang membawa 20 anak felda yang menepuk kompang dan memalu gendang sambil berselawat," katanya.



TAKLIMAT diberikan sebelum aktiviti kejut sahur berkompang dijalankan sekitar Felda Gugusan Adela. FOTO Omar Ahmad

Aktiviti ini berjalan di Felda Tunggal, Felda Adela, Felda Kledang dan Felda Sening dengan jarak keseluruhan 60 kilometer.

Afifi Ezuan berkata, kenderaan akan bergerak perlahan melewati rumah penduduk seawal jam 3.30 pagi hingga 5 pagi dan mereka akan bersahur bersama-sama sebelum bersurai.

"Alhamdulillah ramai anak belia felda berusia 18 hingga 30 tahun menyertainya. Walaupun kami hanya lakukan di hujung minggu sahaja, penyertaan sangat baik. Malah kami juga mendapat maklum balas positif daripada penduduk di sini.

"Secara langsung, aktiviti ini boleh menjadi ronda jenayah di kawasan felda kami. Insya-Allah jika tiada kekangan, aktiviti seperti ini akan kami teruskan pada tahun akan datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bali-meriah-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.198071 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list