CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 1

13 Kali Gugur Dalam Tempoh 12 Tahun, Akhirnya Merasa Juga Wanita Ini Hamil Dan Melahirkan Anak

[Copy link]
Post time 11-4-2022 12:51 PM | Show all posts |Read mode
WUHAN: Seorang wanita yang tidak pernah berputus asa berjaya melahirkan anak selepas 13 kali keguguran dalam tempoh 12 tahun.


Wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Liu melahirkan anak pada Mac lalu, menerusi pembedahan di Hospital Universiti Zhongnan di Wuhan, lapor Mirror.  


Liu berasal dari daerah Xinzhou dan berkahwin sejak 2010.




Foto: Asiaware




Dia mengandung setiap tahun, namun sering mengalami keguguran semasa peringkat awal kehamilan.


Doktor mengesahkan Liu menghidap penyakit autoimun systemic lupus erythematosus (SLE), 2017.


Badan pesakit SLE akan menghasilkan protein darah dengan banyak. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.


Sehingga kini, punca penyakit SLE tidak diketahui.


Disebabkan masalah itu, dia sering keguguran kerana penyakit itu menyerang setiap sistem dalam tubuh badan manusia.


Walaupun doktor menasihatkan dirinya supaya berhenti mengandung, dia hanya mengabaikan nasihat itu dan sebaliknya terus berusaha untuk hamil.


Selepas 13 kali keguguran, doktor menyedari badan mangsa mula menjadi lemah dan dia mula menderita hipertiroid.


Pakar perubatan, Dr. Guo Juanjuan berkata, SLE menyebabkan pesakitnya sukar hamil dan jika mengandung, berdepan risiko keguguran.


Jelasnya, proses kehamilan dapat dipastikan dalam keadaan selamat hanya menerusi penjagaan perubatan yang terbaik, namun masih terdapat risiko keguguran. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 10:29 AM | Show all posts
rezeki dia            
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.201651 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list