Mahu tegur namun takut bergaduh. Itulah dilema yang dihadapi oleh seorang wanita apabila jirannya menjemur pakaian di pagar rumahnya tanpa rasa bersalah.
Baru-baru ini, viral satu video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Kay Nurisy. Menerusi video itu, wanita ini telah meluahkan perasaannya apabila mendapat jiran yang tidak ada perasaan common sense kerana menyidai baju di sepanjang pagar rumahnya.
Lebih mengejutkan lagi apabila jirannya juga turut menyidai pakaian dalam tanpa ada perasaan malu.
Tambah wanita ini, ketika dia sedang berada di dapur, dia dapat melihat jirannya itu sedang menyidai baju. Walaupun jirannya dapat melihat dirinya berada di dapur, namun tidak pernah sekali pun dia datang meminta izin untuk menyidai baju di pagar rumah wanita itu.
Hal ini telah menyebabkan wanita ini terfikir untuk meletakkan paku pada pagarnya untuk mengelakkan jirannya itu tidak lagi menyidai baju mereka di pagar rumahnya.
Sumber: Tiktok Kay Nurisy
Pernah berdepan situasi sama? Apa yang anda lakukan? - CARI
|