CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5069|Reply: 74

[Dunia] Korea Utara letupkan resort Korea Selatan

[Copy link]
Post time 13-4-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Korea Utara letupkan resort Korea Selatan

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... sort-korea-selatan/

Oleh KOSMO!
13 April 2022, 10:00 am


Jong-un dilaporkan tidak berpuas hati dengan keadaan Hotel Haegumgang yang dibina oleh Korea Selatan. – Google/Daily Mail

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung Kumgang  yang sebelum ini menjadi  simbol keamanan antara Korea Utara dan Korea Selatan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Gambar-gambar satelit menunjukkan resort pelancongan dinamakan Hotel Haegumgang bernilai AS$75 juta (RM317 juta) itu dimusnahkan pada  hujung minggu lalu.

“Tindakan secara unilateral untuk memusnahkan hotel itu jelas bertentangan dengan matlamat  usaha sama antara dua Korea berdasarkan rasa hormat dan dialog,” kata jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Cha Deok-cheol.

Resort  yang dibina di kawasan Pergunungan Berlian pada ketinggian 1,637 meter itu terletak hampir 50 kilometer dari sempadan Korea Selatan. Pembinaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif  persahabatan dengan Korea Utara yang  dinamakan  Dasar Sinar Matahari  pada tahun 1998.

Bekas Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung melaksanakan dasar itu untuk ‘melembutkan’ pendirian  Korea Utara terhadap negaranya menerusi bantuan ekonomi kepada Pyongyang di samping  menggalakkan interaksi dua hala.

Sejak dari itu, berpuluh-puluh ribu pelancong Korea Selatan berkunjung ke kawasan pergunungan tersebut. Mereka digalakkan untuk menggunakan mata wang asing,  namun dilarang daripada berkomunikasi dengan penduduk Korea Utara.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bagaimanapun dalam lawatannya ke resort berkenaan  pada Oktober 2019 mengarahkan Hotel Haegumgang  dimusnahkan dan diganti kerana dianggap  amat mundur.

“Jong-un mengarahkan  semua struktur dan fasiliti tidak cantik  yang dibina oleh Korea Selatan dimusnahkan serta diganti dengan kemudahan baharu  lebih moden mengikut acuan Korea Utara,” demikian menurut laporan agensi berita tempatan, KCNA.

Jong-un juga dilaporkan berkata bahawa ia merupakan idea yang salah untuk menganggap Gunung Kumgang sebagai simbol hubungan antara kedua-dua negara. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Dia dah nampak Puting, dia pun kata oh udah sampai masa nak carik pasal for real.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:42 AM | Show all posts
“Jong-un mengarahkan  semua struktur dan fasiliti tidak cantik  yang dibina oleh Korea Selatan dimusnahkan serta diganti dengan kemudahan baharu  lebih moden mengikut acuan Korea Utara,”


mcmlah Korea Utara selama ni terer sgt bab modern architecture



Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
cehh ingat bom resort dlm negara kpop, kalau jd camtu mesti bts tak balik korea dah lepas puas tunggang budaya negara sendiri utk isi tembolok masing2. mai tang military service pon acah "kami tetap akan enlist" padahal dah tau ada kemungkinan boleh dapat exemption masa tu, skrg bila dah tak pasti dapat ke tak last2 berselindung disebalik nama company sambil berharap exempted paling lawak nama fandom ARMY tapi retisnya cam pondan!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 13-4-2022 10:42 AM
mcmlah Korea Utara selama ni terer sgt bab modern architecture

Kann..acah2 buildings kt NK tu design lawa2 gamaknya
Akak tgk hauk jah and soooo yesteryears punya design mcm trapped in 80s gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 03:18 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-4-2022 11:45 AM
Kann..acah2 buildings kt NK tu design lawa2 gamaknya
Akak tgk hauk jah and soooo yesteryears punya ...

entah... negara dia org dah mcm time capsul, dgn pesyen rambut mandatori masih stuck di tahun 1986 hahaha
datang melancong ke NK ala2 time traveler konsepnya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2022 03:23 PM | Show all posts
Dah buruk lusuh pun tak rugi apa
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 03:57 PM | Show all posts
Sewel sungguh dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 10:08 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 13-4-2022 10:51 AM
cehh ingat bom resort dlm negara kpop, kalau jd camtu mesti bts tak balik korea dah lepas puas tungg ...

aku pun tak faham army ni bitter giler bts kena enlistmandatory kan utk semua yang lelaki yang layak
unless ada health condition or national atlet
itu pun boleh choose to be enlisted for public service sahaja

kalau retis lain dapat exemption or cuba lari from being enlisted
kemain depa2 ni kutuk2
ada leak picture bts smoking pun wartawan kena kecam
kalau retis lain smoking, retis tu yang kena kutuk





Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuklear jangan tak nuklear!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:17 PM | Show all posts
Perang uols peranggg biar perqng serata alam baru puas semua
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:23 PM | Show all posts
si gemok ni pun tak habis2 duk mencuittt, menjadi2 los puting attack ukraine; kesannya org lain yg dpt nanti
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg hodoh pun
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ye la provoke . walopon bangunan tu mmg dah lama & usang
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:34 PM | Show all posts
aku nak buat pengakuan aku sebenarnya dah kena buang keja pulak sbb things yg escalated dr perang ukraine russia, segala minyak electric naik kos running d bisnes pun jd mahal gila so compqny kecilkan organisation 7 org kena buang termasuk aku, dah le baru tak sampai setahun keja sbb last time kena buang sbb pandemic, dpt keja sini bonus bagus semua tiba2 perang pulakkk, sabo je. Sbb tu klu sesiapa perasan lately ni aku asyik berforum time yg aku tak biasa buat, mula2 tu malas nak royak tp skrg ni lantaklah mak tak kuasa. Nasib baik kat sini kena buang keja pun ttp ada income, insurance bayar gaji tiap2 bulan, cuma cari keja lain kje lah tp tetap tak best kan kena buang keja, kena start balik cari keja. So buat masa sekarangg mak raya hindu kat rumahhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-4-2022 10:29 AM
Ok. Dia dah nampak Puting, dia pun kata oh udah sampai masa nak carik pasal for real.

Agree.

Budak pendek ni amek kesempatan.
Selayaknya Di bitch slap je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Perang sana sini kita yg nak kena tanggong akibat, drpd ada keja skrg ni duk rmh je, bila duk rmh kejap2 terbabas makan maniss2 cuci mulott tak henti2,  tension jugak ni takut gemokkk. Buat exercise tp makan manisan pun blh tahan hermmmm sbb tu aku suka g keja aku tak makan benda2 merepek sgttt. Tp rajin jugak buat facial part tu, lps tu tgk netflix, cari keja apply seminggu dua keja minimun, tp bosanlah dah biasa keja duk rmh lama2 mulalah boring
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 10:50 PM | Show all posts
Aku dah merasa ye hilang keja sbb pandemik n hilang keja sbb perang dlm jarak masa terdekat pulak tu antara dua2 tu. So nak kata apa life is like a box of chocolate, tak tahu apa lagi next
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:01 PM | Show all posts
dah lah ramai pelarian ukraine masuk sini jugak, duit tax kita guna utk tolong dorg jugak, semua ni bg kesan ekonomi pd negara lain yg tak bersalah

ni sebelah sana si gemokk pulqk tak sabo2 nak perang kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2022 11:02 PM | Show all posts
dani-rox replied at 13-4-2022 10:42 AM
mcmlah Korea Utara selama ni terer sgt bab modern architecture

KL 80an wajahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.083703 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list