CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 5

Harga Tiket Bas Naik 20 Peratus Sempena Raya

[Copy link]
Post time 13-4-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Pengguna perkhidmatan bas kini terpaksa berdepan kenaikan harga tiket menjelang sambutan Hari Raya yang naik antara 10 hingga 20 peratus selepas terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan.


Kenaikan harga tambang bas ekspres tersebut berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang bermula 29 April depan hingga 8 Mei.


Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Mohamad Ashfar Ali berkata kerajaan telah menetapkan kadar tambang pada RM0.10 setiap kilometer ke atas tambang bas ekspres sedia ada sepanjang tempoh tersebut.




Gambar hiasan




Beliau juga berkata, kenaikan harga dalam lingkungan 10 peratus tersebut sebenarnya digunakan untuk menampung kos pekerja dan perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri serta berperanan sebagai insurans bas baharu.


“Sebanyak 4,700 bas ekspres akan beroperasi sepanjang tempoh tersebut membawa 141,000 penumpang ke destinasi seluruh negara,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.


Peningkatan tersebut memperlihatkan harga tiket bas, misalnya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan mengalami kenaikan tambang dari RM46.20 kepada RM50.20, manakala peningkatan harga tambang dari RM30 kepada RM35 bagi bas menuju ke Larkin, Johor.


Berdasarkan semakan dari laman sesawang redbus.my, sistem tempahan tiket bas ekspres dalam talian juga menunjukkan perjalanan sehala dari TBS ke Ipoh naik dari RM20 kepada RM24.


Manakala perjalanan dari TBS ke Terminal Bas Larkin, Johor pula turut berlaku peningkatan harga dari RM30 kepada RM35, iaitu antara RM5 hingga RM8.


Mohamad Ashfar berkata, pihaknya tidak mempunyai rancangan dalam penambahan kuantiti bas sepanjang tempoh Aidilfitri.


“Disebabkan terdapat jangkaan bahawa permintaan tiket bas meningkat dan dikhuatiri menambah potensi risiko jangkitan Covid-19, saya ingin berpesan kepada penumpang supaya hadir 30 minit awal bagi memastikan pematuhan SOP,” jelasnya.


Pada masa yang sama, Ketua Aktivis Pengangkutan Awam Darat, Kamarudin Hussain menyambut baik peningkatan tersebut dan berharap agar masyarakat awam menerima kenyataan tersebut.


“Kalau kerajaan sudah menaikkan kadar tambang, saya rasa itu adalah satu pendekatan baik dari mereka sebab kita tengok hari ini alat ganti dan pelbagai barangan lain untuk melancarkan perjalanan meningkat dengan drastik.


“Jadi kenaikan tersebut secara tidak langsung boleh menampung kos operasi syarikat-syarikat bas ekspres,” katanya.




Sumber: FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by msel at 13-4-2022 06:40 PM

Setiap kali apa2 perayaan besar pun, dari dulu lagi harga tiket bas akan naik. Dah abis musim perayaan kembali ke harga asal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 08:49 AM | Show all posts
Lupakan aje Hari Raya jawabnya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 08:52 AM | Show all posts
Rindunya nk blk kg naik bas
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 11:55 AM | Show all posts
yang kesian tiket kapal terbang pun naik >1k pergi balik dari KL ke KK....mcm mana nak balik raya lepas PKP nak beraya dgn keluarga...kasian org Sabah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051712 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list