CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 15

[Tempatan] Syarikat penerbangan berhenti ‘hisap darah’ penumpang

[Copy link]
Post time 14-4-2022 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 14-4-2022 12:25 PM

Syarikat penerbangan berhenti ‘hisap darah’ penumpang



Oleh SURAIDAH ROSLAN
14 April 2022, 11:55 am

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan tempatan diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga tiket penerbangan secara melampau menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Kementerian Pengangkutan perlu campur tangan dan menangani isu ini dengan segera.

“Ketika ini rakyat Sabah sudah mula mengeluh dengan fenomena sebegini. Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia dilihat seakan-akan menghisap darah penumpang.

“Bayangkan tiket ekonomi sahaja untuk perjalanan sehala daripada Semenanjung Malaysia ke Sabah berharga sehingga RM2,800 malah, ada juga mencecah RM3,600.

“Perkara sebagini tidak seharusnya berlaku. Oleh itu, MAS serta AirAsia diingatkan jangan sekali-kali mengaut keuntungan dengan menghisap darah penumpang,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya semalam.

Beliau berkata, beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri maka, sudah tentu anak perantauan yang bekerja di Kuala Lumpur ingin pulang ke Sabah namun, dengan harga tiket penerbangan sebegitu, ramai yang terpaksa membatalkan hasrat pulang ke kampung halaman.


Bung Moktar turut mengulas tentang syarat AirAsia yang mewajibkan penumpang daftar masuk melalui mesin daftar masuk yang disediakan. Malah, bayaran RM100 akan dikenakan bagi mereka yang mendaftar masuk daripada kaunter.

Menurut beliau, AirAsia perlu mengambil kira penumpang yang tiada telefon pintar untuk melakukan daftar masuk sendiri. Mereka yang berusia pula sudah pasti tidak faham dengan arahan melalui mesin berkenaan.

Sebelum ini, sebuah agensi berita melaporkan seorang anak Sabah menerusi laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati susulan syarikat penerbangan tambang murah bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Sandakan pada 30 April ini berharga RM1,049 manakala, syarikat penerbangan lain pula berharga RM1,400 bagi laluan yang sama.

Biasanya harga tiket penerbangan bagi laluan tersebut antara RM190 hingga RM300 untuk setiap penumpang.- UTUSAN



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 01:22 PM | Show all posts
kepala hotak RM3800 hahahah....macam mana diaowang dapat formula ni haaa..alang alang tambah lagi RM3000 dapat package buat umrah bulan ramadhan dah ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 02:40 PM | Show all posts
biasalah bro..nak cover hutang
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 02:46 PM | Show all posts
iol pun pelik. asal musim perayaan mesti rego mengalahkan rego biz class...hari biasa ok plak 200++ 300 ++...something wrong somewhere  ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 02:58 PM | Show all posts
Ramai mengeluh tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak melambung tinggi harganya.  Pasti ramai memilih tak pulang beraya kalau budget kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala tambang bas naik 20% pun dah bising juga ... howww howw semua tak kena
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 14-4-2022 02:46 PM
iol pun pelik. asal musim perayaan mesti rego mengalahkan rego biz class...hari biasa ok plak 200++  ...

Beli last minute.. biasa utk balik raya orang beli sebulan dua lagi awal.. early planning
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau sampai 3ribu baik pergi london
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terkejut.. Msia ada 3-4 menteri je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Marilah kita bersama-sama derma dara dan jangan hisap dada
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 08:12 AM | Show all posts
Tambang domestik mahal ni perkara biasa di US dan Indonesia.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
terbayang..gambor VAMPIRE kt kapal terbang....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 02:33 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-4-2022 09:07 PM
Marilah kita bersama-sama derma dara dan jangan hisap dada

kenapa tidak
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 02:42 PM | Show all posts
Skuau replied at 18-4-2022 02:28 PM
terbayang..gambor VAMPIRE kt kapal terbang....

teringat watak adam sandler jd vampire dlm hotel transylvania ms kejar menantu die dlm flight


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
BateriKOng replied at 18-4-2022 02:33 PM
kenapa tidak

Belia benci dada dan Pusat Dara Negara kekurangan dara
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:49 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-4-2022 06:49 PM
Belia benci dada dan Pusat Dara Negara kekurangan dara

jgn benci nnt rindu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.073799 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list