CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

Nora Lyana mampu buru pingat di Hanoi

[Copy link]
Post time 14-4-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode

NORA diyakini bersedia menggalas tugas memburu pingat pada Sukan SEA Hanoi meskipun sebelum ini tanggungjawab itu digalas oleh pemain lebih senior.

MESKIPUN turun selaku muka baharu pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam, namun ia tidak dijadikan bebanan atau tekanan buat atlet boling negara, Nora Lyana Nastasia Norkamal untuk melakukan kejutan untuk membawa pulang pingat buat kontinjen Malaysia.

Tindakan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menghantar muka baharu atau skuad kedua pada temasya dwitahunan tersebut bukan satu keputusan semborono, malah yakin kesemua atlet muda yang terpilih mampu memberi tenta­ngan cukup sengit.

Bagi atlet berusia 25 tahun itu, dia bersedia untuk menggalas tugas memburu pingat pada pada 12 hingga 23 Mei ini nanti walaupun sebelum ini, tanggungjawab itu diberikan kepada pemain ‘senior’.

“Kami yakin dan percaya dengan bimbingan jurulatih serta program yang dirangka sepanjang tempoh persediaan, ia mampu menyediakan diri kami untuk memberi aksi terbaik di Sukan SEA Hanoi nanti.

“Sudah tentu, kami akan meneruskan legasi dan sema­ngat pemain senior yang tidak pernah mengecewakan negara dalam perebutan pingat di sukan itu. Kami sudah berlatih dengan mereka sekian lama dan banyak yang dapat dipelajari.

“Walaupun kali pertama turun di Sukan SEA, tapi misi utama kami adalah bersaing merebut pingat, cuma acara kali ini berkurang berbanding Sukan SEA di Manila iaitu hanya ada perseorangan, regu dan berpa­sukan dengan hanya enam pingat emas ditawarkan untuk ka­tegori lelaki dan wanita,” katanya.

Pada Sukan SEA di Manila, Fi­lipina tiga tahun lepas, Malaysia secara keseluruhan memenangi tujuh pingat dengan dua emas, tiga perak dan dua gangsa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MTBC, Maradona Chok berkata, keputusan menghantar skuad kedua bukan bermakna mereka tidak mampu mengha­dirkan pingat, namun ia adalah sebagai pendedahan dan proses peralihan untuk pemain-pemain ini menimba pengalaman.

“Mereka juga memiliki stan­dard yang tidak jauh beza dengan pemain ‘senior’. Jadi, kami masih yakin barisan pemain ini mampu membawa pulang pi­ngat,” jelasnya.

Skuad elit negara pada ketika ini ‘direhatkan’ beraksi di Sukan SEA apabila kini membuat persediaan untuk bertan­ding pada tiga kejohanan besar iaitu Kejohanan Dunia 2022 di Amerika Syarikat diikuti Kejohanan Tenpin Boling Asia di Hong Kong dan Terbuka Si­ngapura pada Disember.
https://www.kosmo.com.my/2022/04/14/nora/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067156 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list