CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Dunia] Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan paip gas, kemalangan bas di Mesir

[Copy link]
Post time 14-4-2022 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan paip gas, kemalangan bas di Mesir


BAS yang terbabit kemalangan di Selatan Mesir. FOTO AFP

Putrajaya: Tiada rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah pada Khamis dan kemalangan membabitkan sebuah bas di Aswan pada Rabu.

Kementerian Luar Negeri dalam mengesahkan perkara itu berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing, kata kementerian melalui kenyataan Khamis malam.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di Mesir 21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, atau hubungi melalui Tel: +201200276388 atau E-mel: [email protected].

Menurut laporan media Mesir letupan berhampiran Al-Ahly Club di Nasr City menyebabkan kebakaran besar dan kemalangan bas dengan sebuah lori di Aswan pula menyebabkan 10 orang maut termasuk lima pelancong asing.




Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-kemalangan-bas-di

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036768 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list